Friendly Friends

February 23, 2011

World Thinking Day celebrated by Girl Guides and Girl Scouts

assalamualaikum semua.

jangan risau,tajuk je dalam BI,kita cakap melayu sudah.hehe
ni bukan update perkembangan harian.cuma nak bercerita tentang sesuatu yang menarik telah aku buat hari ni.untuk pengetahuan semua,guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru ni diwajibkan untuk menyertai salah satu unit badan beruniform masa semester 3.macam aku sekarang la.aku join Pandu Puteri.hari ni kami kena buat kad sempena World Thinking Day.apa tu?

okee.

meh aku terangkan.
World Thinking Day ni disambut pada 22 Februari setiap tahun oleh Girl Guides dan Girl Scouts.masa ni la kami si puteri terpandu bersama gadis-gadis pengakap akan membuat menjalankan aktiviti termasuk bertukar-tukar kad berdasarkan tema.
tema tahun ni ialah Empowering Girls Will Change our World.ni kad yang aku buat tadi

simple je kan?ni yang aku mampu buat dalam masa setengah jam.

abaikan background dan pemegang kad.

sebenarnya,ni adalah tradisi turun temurun Pandu Puteri sejak diasaskan pada awal-awal dulu.maksud aku,hantar-hantar kad ni.ni pun aku tak pasti kad aku ni akan dihantar ke mana.haha

apa semua ni?kenapa perlu semua ni?
jawapan mudah dan kukuh.untuk melaungkan pada dunia yang walaupun kita ni kaum yang dianggap lemah,kita mampu mengubah dunia dengan memperkayakan kekuatan fikiran kita.kita perlu tahu hak kita sebagai wanita agar kita tidak diperkotak-katikkan!bangkitlah!sahutlah seruan ini!

chewah.
semangat la pulak:)



1 comment:

Anonymous said...

Hello are using Wordpress for your site platform? I'm new to the blog world but I'm trying to get started and set up my own.
Do you need any coding expertise to make your own blog?
Any help would be really appreciated!

Feel free to surf to my blog post ... http://affordable-dental-Plan.org