Friendly Friends

February 23, 2011

Rezeki ini Hari

assalamualaikum.
tengah hari tadi aku cadang nak berjimat.ambil ikan goreng je dengan nasi kosong.ikan kembung biasa.harga: RM2.80
Kemarin,aku ambil benda yang sama dengan harga cuma RM2.50 padahal hari ni aku ambil nasi lagi sikit dari kemarin.apa yang berlaku di pasar tani pagi tadi?ada kekecohankah sampai harga ikan naik melambung?
cuba bagitau aku.

petang:
aku nampak satu kedai baru bukak kat Bandar Darulaman ni.nak try tomyam dia kaww ke tak.tapi sedih,ni kali pertama aku makan tak sampai 10 sudu kecuali dengan tujuan nak cedok isi ayam yang dimayang nipis dan hampir sama dengan kenipisan kueteow tu.aku cuba sabar lagi.


kueteow kosong yang banyak gile tak habis dan bawang besar yang sangat banyak.takde sayur lain selain bawang,serai,dan daun limau purut dalam tomyam ni.

tapi yang seronoknya,aku dapat makan free hari ni!

 lori Vico yang berhenti depan Yawata.teringat masa zaman sekolah rendah dulu :)

aku ambil mee goreng pedas Maggi dari kakak promoter tanpa segan dan silu dan jalan berulang-ulang kali depan dia dengan harapan dia akan offer lagi.

haha

sadis

apa-apa pun,syukur atas semua rezeki kurniaan ALLAH.

2 comments:

Cik Fia said...

wah..









megi best sgt kalo makan dlm cawan kecik tu

luvly mya said...

alamak,rindu yawata, rindu jitra. huhu :)