Friendly Friends

February 16, 2011

Resdung


dah lama sebenarnya aku nak bercerita pasal benda n.aku pun tak tau la nak panggil dia binatang ka,penyakit ka,kuman ka,ulat ka..apa ka.yang aku tau,resdung adalah satu gejala tidak sihat yang berpunca dari ulat-ulat jijik resdung dalam badan.
kenapa aku cakap jijik?sila layan gambar di bawah

sapa yang tak cakap benda ni jijik sila angkat tangan.

banyak jugak lagenda yang aku dengar pasal resdung ni.yang aku pasti,tak ada satu pun cerita baik pasal dia yang boleh menjadi halwa teling.semua cerita mengerikan je macam cerita sorang pakcik yang tengah sedap-sedap lunch,tiba-tiba hidung dia terlucut dan terjun masuk dalam pinggan nasi.tambh 1 lauk yang sangat menjijikkan.semua orang yang ada kat situ muntah-muntah dan  pak cik tadi yang hebat dugaannya terpaksa tunduk mengutip hidungnya yang terjatuh dalam pinggan nasi lalu bergegas ke emergency room...

begitulah kisahnya..

kalau begitu cikgu Shaqirah, macam mana kita nak singkirkan ulat resdung?

bagus soalan tu ya murid-murid..sebenarnya,payah la nak buang bagi mati semua sebab kalau kita usik sarang dia,dia akan mengamuk dan akan makin mengganas.oleh itu,langkah pencegahan macam kurangkan makan makanan yang boleh menyebabkan ulat resdung membiak boleh diambil.yang selalu cikgu dengar,kurangkan memasak guna belacan sebab tu antara stimulan yang menyebabkan ulat-ulat tadi akan semakin ghairah untuk melakukan pensenyawaan.haha.pastu kurangkan makan makanan laut.pendek kata,makanlah makanan yang seimbang dan berkhasiat.

selain tu,kita jugak boleh pergi wat facial treatment.kaedah yang paling biasa digunakan ialah dengan menbakar rokok resdung (satu-satunya rokok yang dibenarkan diguna pakai oleh kaum wanita).sekarang ni,kita dah boleh buat sendiri rawatan ni dengan membeli rokok resdung dan suruh adik kita di rumah tolong asapkan muka kita macam mana kakak aku selalu buat.

boleh didapati dalam perisa limau purut.tak tipu!kakak aku pernah beli

sebagai penutup karangan kita pada hari ini,seranglah ulat resdung sebelumhidung terjatuh dalam pinggan nasi.sekian

No comments: