Friendly Friends

February 12, 2011

Lucky


kadang-kadang, aku rasa lebih bernasib baik dalam percintaan berbanding persahabatan. entahlah.

hari ni, 12 Februari 2011, aku buka halaman baru dalam hidup aku.segala yang terpendam dah aku luahkan semuanya semalam.aku rasa lega yang amat.2 tahun setengah aku berdiam diri.tapi kali ni tak lagi

hakikatnya,marah macam mana sekalipun,aku still waras untuk tak panggil insan lain dengan perkataan kasar dan keji macam bitch dan betina macam orang tu cakap kat aku.marah macam mana pun aku,benci macam mana sekalipun,tak gamak rasanya nak panggil orang macam tu.

apatah lagi bila dia cakap mak abah aku tak ajar aku

tolong jangan jadi manusia yang tak matang.awak boleh kutuk saya,tapi jangan kaitkan pasal mak abah.jangan jadi perempuan yang tak tahu adab sopan.kita sama-sama bakal guru

macam saya cakap,awak yang mulakan dulu cakap kasar kan?

ye.saya tak lawa.awak cakap saya buruk,okee takpe saya terima.tapi sekurang-kurangnya,kalau saya tau saya buruk,saya tak kutuk orang lain tapi puji diri sendiri lawa.macam awak buat semalam.

saya mengalah bukan sebab saya kalah.saya mengalah sebab saya nak awak tau,kepuasan kita bukan masa orang tak mampu patahkan bicara kita,tapi adalah dengan ketenangan kita dalam berbicara.

macam mana saya tau?

sebab saya pernah jadi pembahas.haha.

3 comments:

niniem said...

sabar k...manusia bnyk ragam~

niniem said...

sabar k...manusia bnyk ragam~

Mas Ayu said...

sabar k qirah..