Friendly Friends

February 19, 2011

Budak-budak Zaman Sekarang


kakak aku kan tengah jadi penganggur kehormat..sebelum dapar kerja tetap ni,dia jadi cashier kat cyber cafe kat kampung aku ni.aku selalu la jugak ikut dia pegi jaga cc.banyak la jugak ragam manusia yang aku nampak.
majoriti pengguna memang kanak-kanak yang berusia belasan tahun.dan lebih daripada separuh pengguna belasan tadi ni bibir depa kebiruan tanda kuat menghisap rokok.sedih kan dengan budak-budak sekarang.ada duit mak bapak bagi abis melencong beli benda tu.aku sebagai cikgu merasa sangat terkesan dengan aa yang berlaku.hehe
pastu kan,ada satu malam masa aku cuti dan teman kakak aku yang kena jaga cc waktu malam,mai la sorang budak tingkatan 5 yang tengah mabuk masuk dalam cc.semua yang di buat diluar kawalan.dia naik atas meja kaunter dengan air liur yang meleleh..semuanya jadi sangat menakutkan!aku lari keluar pegi kedai makan kat depan tu.

apa la nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang...
*sigh

adik aku pun sekarang,dh pandai berfacebook.aku ni secara ikhlasnya kenal komputer masa sekolah menengah!budak-budak zaman sekarang ada sesetengah tu dari sekolah rendah dah dapat telefon.aku masa habis sekolah menengah baru ada telefon.tu pun aku beli sendiri.zaman berubah,kemajuan bertambah tapi peradaban bertambah mundur.modenisasi menyebabkan manusia semakin lupa diri dan lalai..

*dah tak larat nak mengeluh.lagipun mengeluh tu tak baik kan?marilah beristighfar bersama.-sama..

No comments: