Friendly Friends

February 28, 2011

Laksa

assalamualaikum
seriously,i'm craving for laksa! 
anyone please?

Guess How Much I Treasure the Bonds in My Life?

assalamualaikum

Guess how much i love u?









Ilmu Sains

assalamualaikum

entri ni ditulis khas untuk salah seorang daripada peserta GA aku yang mintak aku buktikan aku ni seorang guru Sains.haha.amboi2..aku buat GA,aku pulak kena jawab soalan ye?haha.macam-macamla blogger ni.
sapa blogger tu?

ni ha..aku awan kitaro ni ha.meh nak jawab awak ye!

sebenarnya,semua jenis subjek yang diajar di sekolah adalah penting..subjek bahasa macam bahasa Malaysia dan English tu penting untuk komunikasi dan medium kelangsungan hidup..subjek kemahiran macam Kemahiran Hidup pulak penting untuk pastikan kita ada kemahiran yang diperlukan untuk survival.tapi subjek-subjek yang dianggap kritikal macam subjek Sains (merangkumi Sains asas, Fizik, Kimia dan Biologi) ni jugak perlukan perhatian yang serius sebab sekarang,Sains dan Teknologi adalah intipati utama pendidikan dalam usaha untuk memajukan negara.Sains dan Teknologi akan melahirkan tenaga pakar dalam memacu pembangunan negara.

okee murid-murid.itu set induksi cikgu hari ni.sekarang dah faham kenapa kita kena belajar Sains?

Ali mengangkat tangan: Cikgu,Sains tu ape?nama kucing cikgu ke?

Cikgu Shaqirah: Tak Ali..jawapan kamu kurang tepat tapi bagus kerana kamu berani mencuba.sebenarnya,Sains tu adalah satu cabang ataupun bidang ilmu logik yang mengkaji tentang manusia,alam sekeliling,fenomena dan alam semesta.Sains jugak dapat menerangkan sebab dan akibat sesuatu kejadian.contohnya kalau kamu tengok air tumpah,kamu dapat beri alasan kenapa air tu tumpah ke bawah,bukannya naik ke atas.

Aminah: Tu disebabkan hukum graviti cikgu!

Cikgu Shaqirah: Wah,geniusnya kamu!darjh 4 pon dah boleh cakap pasal hukum graviti?!kalau macamni,senangla cikgu nak ajar pasal Hukum Kepler dalam topik Kegravitian peringkat universiti macam cikgu belajar dulu!

Murid-murid menjawab serentak: Baik cikgu!kami bersedia!kami suka belajar Sains!kami suka Cikgu Shaqirah mengajar!

Cikgu Shaqirah: Terharunya cikgu!kalau macamtu,petang ni semua mai rumah cikgu.cikgu nak buat kelas tambahan dan ada jamuan sikit untuk murid-murid kesayangan cikgu ni!

Shafiq dan Sharija (pasangan kembar siam): makan Kreb Cycle ke cikgu?

Cikgu Shaqirah: errr..Kreb Cycle takde..crab masak lemak ade la!

 eksperimen wajib sekolah rendah: fotosintesis

 benda wajib diketahui pelajar Kimia: periodic table

anda nampak genius bila memegang test tube sebegini

 topik kegemaran kebanyakan pelajar sekolah menengah

Albert Einstein: ahli Sains (Fizik) yang unggul!


February 27, 2011

Seorang Guru mesti Belajar Bersabar

assalamualaikum

ya.hari ni aku rasa marah.dah lama aku tak rasa nak marah dalam kelas.grrr..
lagi bertambah marah bila yang buat kita marah tu memang perangai macam hapetah!tolong hormat orang lain.kalau macamni perangai awak,saya harap kelas awak nanti takde murid awak kurang ajar pada awak masa awak tengah bercakap di depan.fullstop.

mak cakap,abang sulung aku memang penyabar..kakak aku pulak sangat tak sabar.aku ni pulak jenis yang boleh bersabar kalau kena gaya,ada batas dan ada tempat.thats what my mom said kemarin.i strongly believe that hari ni aku memang tak leh sabar.badan rasa panas dan menggeleter sebab terlalu marah.

astaghfirullahalhazim..
jauhkan aku dari syaitan yang terlaknat!
ni ujian so that aku bersedia menghadapi kelas yang mungkin ada dipenuhi dengan murid yang pelbagai ragam nanti..

sabar..

seorang guru yang baik takkan mudah melepaskan kemarahan dan kegeraman dek beberapa orang manusia yang abnormal..hihi < tergelak sorang diri>



February 24, 2011

Kami Blogger Utagha!

assalamualaikum
yeah!
cheq dah join group Kami Blogger Utagha!

bahasa moden: meh aku nak gtau korang.aku asal dari Abi, Perlis,satu tempat yang banyak cawangan.kenapa aku cakap macamtu?sebab kat Abi ni ada banyak Abi.macam kampung aku,Abi Pokok Jawi.yang jalan yang pegi Taman Ular ngn Bukit Ayer tu.pastu ada Abi Tok Hashim,Abi Batas Paip,Abi Tanjung Sila,Abi Kurong Batang,Abi Kampung Machang,Abi Kubang Badak..segala macam Abi yang korang nak pun ada!errr.kecuali Abi Hurairah.yang tu kena mintak izin hantu Kak Limah dulu.

haha

bahasa Abi: mei aku nak habaq kt hampo.aku mei daghi Abi,Peghelih,satu temphaq yang ado banyok cawangan.awatnya aku kata lagu tu?sebab kat Abi ni ado banyok Abi.macam kampong aku,Abi Pokok Jawi.hok jalan dio p Taman Ulaq dengan Bukik Ayaq tu.pahtu ado Abi Tok Hashim,Abi Batahhh Paiq,Abi Tanjong Silo,Abi Kurong Batiang,Abi Kampong Machiang,Abi Kubang Badok.segalo macam Abi yang hampo nok pon ado!errr..kecuali Abi Hureiroh.hok tu keno mintok izin hantu Kok Limoh dulu.

haha.actually,aku pun tak tau macam mana bahasa Abi jadi lagu ni.tapi ramai kawan-kawan aku cakap,Abi adalah tempat yang bahasa dia paling unik di Perlis.mai la rumah aku.hampa takkan paham orang kampung aku cakap apa.haha


yeah!cheq blogger utagha!kepada yang belum join..joinla!nanti senang kalau kita nak buat gathering.
terjah di http://nurrcahaya.blogspot.com/2011/01/kami-blogger-utagha.html dan di group Kami Blogger Utagha di facebook!


February 23, 2011

Rezeki ini Hari

assalamualaikum.
tengah hari tadi aku cadang nak berjimat.ambil ikan goreng je dengan nasi kosong.ikan kembung biasa.harga: RM2.80
Kemarin,aku ambil benda yang sama dengan harga cuma RM2.50 padahal hari ni aku ambil nasi lagi sikit dari kemarin.apa yang berlaku di pasar tani pagi tadi?ada kekecohankah sampai harga ikan naik melambung?
cuba bagitau aku.

petang:
aku nampak satu kedai baru bukak kat Bandar Darulaman ni.nak try tomyam dia kaww ke tak.tapi sedih,ni kali pertama aku makan tak sampai 10 sudu kecuali dengan tujuan nak cedok isi ayam yang dimayang nipis dan hampir sama dengan kenipisan kueteow tu.aku cuba sabar lagi.


kueteow kosong yang banyak gile tak habis dan bawang besar yang sangat banyak.takde sayur lain selain bawang,serai,dan daun limau purut dalam tomyam ni.

tapi yang seronoknya,aku dapat makan free hari ni!

 lori Vico yang berhenti depan Yawata.teringat masa zaman sekolah rendah dulu :)

aku ambil mee goreng pedas Maggi dari kakak promoter tanpa segan dan silu dan jalan berulang-ulang kali depan dia dengan harapan dia akan offer lagi.

haha

sadis

apa-apa pun,syukur atas semua rezeki kurniaan ALLAH.

World Thinking Day celebrated by Girl Guides and Girl Scouts

assalamualaikum semua.

jangan risau,tajuk je dalam BI,kita cakap melayu sudah.hehe
ni bukan update perkembangan harian.cuma nak bercerita tentang sesuatu yang menarik telah aku buat hari ni.untuk pengetahuan semua,guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru ni diwajibkan untuk menyertai salah satu unit badan beruniform masa semester 3.macam aku sekarang la.aku join Pandu Puteri.hari ni kami kena buat kad sempena World Thinking Day.apa tu?

okee.

meh aku terangkan.
World Thinking Day ni disambut pada 22 Februari setiap tahun oleh Girl Guides dan Girl Scouts.masa ni la kami si puteri terpandu bersama gadis-gadis pengakap akan membuat menjalankan aktiviti termasuk bertukar-tukar kad berdasarkan tema.
tema tahun ni ialah Empowering Girls Will Change our World.ni kad yang aku buat tadi

simple je kan?ni yang aku mampu buat dalam masa setengah jam.

abaikan background dan pemegang kad.

sebenarnya,ni adalah tradisi turun temurun Pandu Puteri sejak diasaskan pada awal-awal dulu.maksud aku,hantar-hantar kad ni.ni pun aku tak pasti kad aku ni akan dihantar ke mana.haha

apa semua ni?kenapa perlu semua ni?
jawapan mudah dan kukuh.untuk melaungkan pada dunia yang walaupun kita ni kaum yang dianggap lemah,kita mampu mengubah dunia dengan memperkayakan kekuatan fikiran kita.kita perlu tahu hak kita sebagai wanita agar kita tidak diperkotak-katikkan!bangkitlah!sahutlah seruan ini!

chewah.
semangat la pulak:)



February 22, 2011

Saya Cikgu yang nak Jadi Chef Selebriti!

assalamualaikum semua.
status aku di facebook hari ni: aku nak jadi chef selebriti yang ada rancangan masakan sendiri!best kan!maknanya aku boleh aplikasikan semua kesukaan aku; bercakap dan memasak.best2!

aku pernah cakap kan...yang aku nak bukak restoran.siap aku bagitau amir yang pasni aku nak ambil master dalam pengkhususan bisnes atau masakan.apa,ingat cikgu selamanya jadi cikgu?Karam Sigh Walia..Adibah Nor..tu antara contoh cikgu yang dah bertukar profesion tau!bukan nak cakap aku tak minat profesion ni..cuma aku rasa aku perlukan sesuatu yang lebih aku minat.aku nak tunaikan impian aku.tak salah kan?

mungkin jugak kalau bila dah mula mengajar,aku akan betul-betul jatuh kasih dengan bidang ni..tapi kalau ada rezeki lebih,insyaALLAH...akan tetap dengan rancangan nak miliki restoran.

tapi kalau aku ada restoran,aku nak masak sendiri..

bila masa nak ngajar?haha



Aku tak Mau Baca Kalau Tulis Blog Macam Tulis Diari Harian


tu ayat sorang classmate sekolah aku bila aku invite dia view blog ni.masa dia cakap macamtu je,aku gelak sorang-sorang dalam hati dan aku terus reply: tak main la update post harian dalam blog.dan dia reply lagi:kalau macamtu,aku baca.

haha.payah rupanya nak tarik readers dalam kalangan lelaki untuk baca blog.BACA BLOG.bukan USYA GAMBAR BLOGGER LAWA.

mungkin bagi depa,blogger perempuan ni tipikalnya ada blog warna pink yang dihiasi bunga-bunga atau menatang berkelip-kelip atau kartun-berlagak-comel.macam blog aku.haha.pastu blogger perempuan cenderung untuk update perkembangan harian depa ye tak?
sebenarnya,blog adalah hak peribadi.kita sebagai blogger bebas untuk tentukan apa isi kandungan blog kita.lately,aku suka ketengahkan post tentang keajaiban alam dan menjadi pemerhati wahid dalam kehidupan kawan-kawan aku.aku terjemahkan dalam bentuk tulisan kat sini.nak tulis novel,aku belum mampu rasanya.kat sini je aku boleh tulis.

aku kurang minat nak update tiap-tiap hari apa yang aku buat sepanjang hari tu melainkan ada sesuatu yang benar-benar menarik aku untuk menulis.lagipun,sapa yang nak tau perkembangan aku sampai macamtu kan?

kenapa aku ada blog?

asalnya hanya berhajat untuk tunaikan impian aku.sekarang aku dah jadi gian.aku boleh kalau tak buka facebook seharian tapi tolong jangan sekat aku dari berblogging.ada nikmatnya di situ bila dapat meluahkan apa yang bersarang dalam kepala.

anyway,esok adalah hari baru ye kawan2!
always expect the best.you'll surely get it!




February 21, 2011

Tangis Syukur

bila ditimpa sesuatu musibah,kita akan menangis.kalau orang macam aku yang pathetic,aku sangat mudah menangis.kadang-kadang,adik aku buat pasal pun aku boleh nangis.belum lagi kena marah dengan mak.hehe.lagi la kering air dalam badan aku sebab dialirkan dalam bentuk tangisan.

masih bercakap tentang kekecewaan,pernah tak korang menangis sebab rasa bahagia dilepaskan dari satu hubungan yang selama ni buat korang rasa tak best,tak bahagia,tak aman,tak bebas..pernah tak?kerap sangat kita jadi pendengar pada keluhan kawan-kawan yang menangis ditinggalkan kekasih tapi ade ke menangis sebab bersyukur dah putus dengan kekasih dia?

ade ke?
http://www.smileycodes.info
berdarah hidung nak jawab soalan tu

air mata itu mahal.tumpahkanlah pada yang lebih berhak.takde guna menangis untuk orang yang tak hargai kita.buat mata kita bengkak dan badan kita dehydrate ada la!


Kau.. sulam rindu
Dengan madah-madah cinta yang terindah
Kau bikinku terleka
Serahkan semua jiwa
Kau.. telah berjanji
Dengan kata-kata sumpah yang sempurna
Kau.. Bikin kuterlupa
Langsung tak terjaga-jaga
*Chorus
Pabila sampai saat getir
Barula aku tahu
Padamu aku bukan penting
Hanyalah perhiasanmu

Kau hanya arah
Dalam waktu singkat dan sekelip mata
Pohon demi cinta kita
Satu masa dulu pernah redup ranap tiba tiba

Bukti kau mampu..

Tangisku bukan pilu
Tangisku bukan kesal
Tangisku tangis insan..
Tangisku bukan sendu
Tangisku bukan sesal
Tangisku tangis syukur


Jangan Mainkan Hati Saya

          http://www.smileycodes.info   saya beri hati saya pada awak.nilainya sangat tinggi.awak terimalah!


          http://www.smileycodes.info  tapi kalau awak tak nak,awak pulangkanlah dengan cara baik sebab saya beri hati saya pun dengan cara yang baik...tak perlu awak beri pada gadis lain tanpa kerelaan saya..


*tiada kaitan dengan penulis      http://www.smileycodes.info

oh,sedapnya susu anlene coklat!



Lets Move On!

assalamualaikum
memetik kata-kata seorang sahabat, "the key to move on is to forgive and forget!"
selagi kita tak memaafkan dan cuba melupakan,selagi tu la hidup kita akan terus dihantui dengan masa silam yang sangat menyakitkan.
berlapanglah dada..
maafkan kesalahan diri sendiri dan kesalahan orang lain
tapi realitinya,memang senang mengucapkan perkataan maaf daripada melupakan apa yang berlaku


 http://www.smileycodes.info

tapi janganla sampai kita terlebih menghukum orang dengan kata-kata kesat ataupun dendam kesumat.berlapanglah dada..
http://www.smileycodes.info

kalau perlukan lebih masa,ambillah sebanyak mana masa yang kita nak.tapi jangan sekali-kali menghukum kesalahan orang dengan kejam.dia perlu tahu yang dia pernah berbuat silap tapi maafkan dia..

untuk ke sekian kalinya,berlapanglah dada...

February 20, 2011

Grand Canyon, U.S National Park


 again: gayat!

 superb!

 ewww!!!

 jom holiday sini!

Cintaku Padamu


http://www.smileycodes.info

sakitnya bila terkena panahan cinta!

http://www.smileycodes.info

telefon tu tak lepas dari tangan.asyik2 senyum sorang-sorang.

http://www.smileycodes.info

dapat hadiah teddy bear macam dapat hadiah sejongkong emas!

http://www.smileycodes.info

demimu,ku sanggup meredah lautan dalam.yeah!

http://www.smileycodes.info

sanggup juga memakai masker setiap malam untuk kelihatan cantik di matamu!

http://www.smileycodes.info

orang kata aku terkinja-kinja pun tak apa.hikhikhik

http://www.smileycodes.info

sedang melewati indahnya bunga-bunga cinta!hikhik

Tempe


pernah makan tempe?bagi aku tempe memang sangat sedap tambah-tambah kalau goreng,pastu buat sambal kering dengan bilis.tapi tak best kalau tergoreng hangit atau kuah banyak sangat dalam smabal tu.kalau tak,tempe jadi lembik.
kita jugak bubuh tempe dalam masakan lain seperti lontong.tapi korang tau ke apa keistimewaan tempe ni?jom kita tengok sama-sama!


  1. dapat mencerahkan kulit. 
  2. awet muda
  3. kandungan protein yang cukup tinggi
  4. mengurangkan risiko penyakit jantung
  5. mencegah penyakit kanser
  6. mencegah penyakit kanser payu dara dan kanser prostat
mari amalkan makan tempe!