Friendly Friends

January 3, 2011

Tugas Guru Makin Mencabar

aku perasan la kan,entry aku makin akademik dan informatif la.bravo bravo.haha.pape pun,apa yang aku nak cerita ni adalah sedikit perkongsian pendapat tentang apa yang aku dapat hari ni.

tadi masa kelas BM,lecturer aku,Encik Nazri cakap,kamu sebagai bakal guru siswazah yang akan ditempatkan di sekolah rendah akan mengalami satu pengalaman yang mengerikan pada tahun-tahun pertama kamu posting nanti.kenapa?sebab kamu akan mulakan tugas dengan gred DG41 sedangkan ada antara Guru Besar sekolah kamu berada pada gred yang rendah dari kamu.of co la dia akan rasa tercabar..kamu akan dapat lihat sebenarnya di sekolah juga ada politik yang tersendiri.sesama guru..ada dakyah tersendiri.

hakikatnya apa yang kamu belajar di sini hampir-hampir tak dapat kamu realisasikan di sekolah!

apa perlu kamu buat?tahu pertama bertugas,walau kamu genius (perkataan feveret aku) maca mana sekalipun,walau kamu ada idea bernas macam mana sekalipun,pendam dulu.relax..bagi masa cikgu-cikgu veteran terima kamu.kalau tak,lembik kamu macam sayur dikerjakan!bila kamu dah faham iklim dan budaya sekolah,baru slow-slow realisasikan idea tu.tu pun dengan kebenaran Guru Besar.

jadilah macam air..dituang dalam apa sekalipun mampu mengikut bentuk bekas.kalau dituang ke atas tanah gambut yang baik tanahnya,meresaplah kamu..kalau dituang atas tanah keras,dia mungkin tak resap..dia mungkin resap perlahan-lahan..(ayat cikgu shaqirah)

pastu aku ada baca dalam satu masa Pendidik edisi bila tah, "tengok sekilas pada wajah guru,kita akan tahu bahawa dia guru.seorang guru sememangnya memiliki wajah yang penyayang"


ada rupa cikgu penyayang tak?hahaha


bkan mudah nak ngajar Sains dalam BI.kalau cikgu pun dah terkontang-kanting,murid-murid?maka seharusnya seorang guru mesti serba tahu!


untung-untung jadi cikgu yang disayangi.hehe


guru pembina negara bangsa!

4 comments:

Husna Lana said...

ada rupa cikgu penyayang beb ! wohh takut aku nak jd cikgu nih. huhu

syaqira said...

tau takpa..haha

crazyhorsea29 said...

wah!!penyayang

as eleyana said...

beruntunglah golongan2 yg dipilah Allah untuk menjadi pendidik.. Sungguh, banyak2 kerjaya, kerjaya gurulah yg paling mulia.. aku sayang cikgu aku!! walaupun kena ketuk ketampi 100x or ketuk kepala dengan rotan, aku tetap sayang guru2 aku.. semoga dpt jadik guru yang baik kirah!!