Friendly Friends

January 8, 2011

Singkirkan Toksin!

korang pernah pakai footpatch?ala..yang singkirkan toksin dalam badan kita ni.aku dulu masa tak sengkek macam sekarang ni selalu jugakla pakai.abah mak aku pun suka pakai.kakak aku pun suka pakai.badan rasa ringan aje pas bangun tidur.
awal-awalnya aku pakai yang jenama Forest Secret.RM5 sepasang.tunggu kaya ajelah baru boleh beli.haha.pastu aku guna jenama apa pun aku tau tak tapi macam yang selalu dipublish kat facebook tu.tapi kenikmatannya tetap sama.

banyak sebenarnya penyakit yang kita boleh dapat percuma dengan adanya toksin yang berlebihan dalam tubuh ni.antaranya alergi,asma,pundi hempudu dan karang ,pengerasan saluran darah,sakit sendi dan sengal-sengal tulang, sembelit, perut kembung,barah payudara,kemerosotan daya seksual.tapi penyakit ataupun masalah lain yang biasa kita hadapi ialah resdung,kenaikan berat badan yang mendadak dan jerawat.kelesuan pun boleh masuk list la.kesimpulannya,semua yang buruk-buruk tu mungkib berkaitan dengan pengumpulan toksin dalam badan.



tengok tu.ni semua keajaiban ALLAH.Dia menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.kat tapak kaki ni terletaknya semua titik organ anggota badan.dengan menggunakan footpatch,anda dapat menyingkirkan toksin.chewah!sebabnya patch tu ditampal dikaki dan menyerap toksin yang berada pada titik tersebut.
*betul ke penerangan aku?haha

apa?takde duit?okee.kita jaga pemakanan kita.elakkan pengambilan makanan yang banyak pewarna dan perasa tambahan dan segala macam yang tiruan la.patu ada jugak aku dengar,makanan laut macam kerang tu banyak toksinnya?ye ke?

tubuh ni lama lagi nak guna kalau dipanjangkan usia..kena la jaga baik-baik..

2 comments:

^misslina^ said...

suka2!

armouris said...

lagi info tentang buang toksin di SIHAT SELALU - Koyok Kaki Buang Toksin