Friendly Friends

January 23, 2011

A photo of an animal I'd love to keep as a pet


aku nak bela kuda!yeah.aku suka tengok kuda putih.macam best je dapat tunggang kuda kan?sebenarnya kat rumah aku ada jugakla 2,3 buah rumah yang bela kuda.depa buat kadang kuda kat depan rumah,pastu petang-petang kalau aku jalan-jalan situ,mesti aku akan berhenti tengok kuda dengan penuh rasa kagum!


selalu orang cakap,menunggu cinta dari seorang putera yang datang dengan kuda putih.tengok,kat sini bukan putera hensem yang jadi hero sebenarnya,tapi kuda putih!kalau kuda putih takde,macam mana putera hensem nak sampai kat kita?haha.betul tak?pastu kan,untung-untung aku bela kuda,malam-malam dia bertukar jadi unicorn!cahaya dia ada kuasa yang boleh pancarkan infrared yang akan slimkan badan aku. ha..nanti la aku fikirkan kegunaan infrared ni.haha


ha,pastu kan,kuda putih aku ni sangat hebat tau.time aku p pantai makan-makan angin dengan dia,dia mintakla kat aku nak menyelam.dia cakap nak cari batu karang kat aku.aku marahla.aku cakap,kamu mana tau berenang!kuda putih aku tergelak bear sambil tekan perut dia.tak gune punya kuda!sampai berguling dia gelak.pastu,satu cahaya terpancar dan membuatkan aku terpaksa menutup mata sebab terlalu silau...

toinkk!toinnkk!tooinnk!!


ciss!berapa benda dia boleh jadi ni?sambil kodek-kodek ekor dia,dia babai kat aku sambil menari kuda kepang menuju ke laut..


serentak dengan tu,muncul sepasukan penari kuda kepang yang diketuai oleh kuda aku tu sambil terkinja-kinja mengikut rentak tarian kuda aku yang dah naik sheikh...aku menggelengkan kepala sambil berkata: kalau gini gamaknya,menyesal aku lahir tahun kuda..

p/s:ada kaitan?haha


No comments: