Friendly Friends

January 9, 2011

Hanya Fikiran Meracau

banyak benda yang aku fikir lately.antara pasal rumah sewa yang tak terbincang lagi dengan classmates nak duduk mana padahal kalau lambat takde rumah yang strategik untuk newbies macam aku ngan paah..kot2 dapat rumah jauh ke..mahal ke..ke aku sorang je memikir benda tu?

hello.this is not a stressful pressure ok.aku cuma mahu merancang so that nanti tak kalut.

tadi ada assembly.bahagian kewangan cakap InsyaALLAH elaun masuk bulan ni jugak.Alhamdulillah.lega aku dengar.atleast tak payahla pnjam dulu duit mak abah atau kakak abang aku.kalau kena pinjam pun takde la lama sangat baru boleh bayar.syukur syukur..

pastu masa assembly tadi,aku tgk MC,aku teringat ada someone pernah cakap kt aku kat sini.aku tolak untuk jadi MC masa tu.frankly,dah bosan dan dah tak larat.dia cakap,"kenapa?malu nak jadi MC sebab kena bergandingan dengan si xx ni?sebab si xx ni femes dan hebat?"

cenggitu la lebih kurang ayatnya.

hello..time tu aku mngkin blur-blur lagi tapi bila aku teringat ayat sadis tu,aku rasa nak tergelak besar.kenapa?ingat aku tak pernah jadi MC sangat ke?hah!tergugat sangat la kan..bagi aku cukuplah dengan pengalaman terbesar aku mengacarakan majlis sultan.bukan semua orang dapat pengalaman macam tu.majlis yang penuh protokol.kena belajar nak merafak sembah lagi.aku gak pernah jadi MC Grand Dinner,Hari Sukan,Persaraan,Watikah Perlantikan,Perhimpunan Sekolah dan IPG,majlis bersama guru-guru sekolah dan murid..rasanya dah cuba macam-macam so apa gunanya aku nak rasa rendah diri?haha.klakar la.sebelum cakap selidik dulu..si xx ni baru je jadi MC kat sini..tu pun tanpa aku approve dia depan lecturer,tak tentu lagi nama dia naik!

frankly tetiba jadi geram sangat.nak cakap pun berpada-pada la..aku bukan nak cakap aku hebat sangat.suara aku sedap ke..aku tau pasal protokol pebende tu ke.tapi kadang-kadang kita manusia ni selalu cepat nak mengkritik tanpa tau duduk perkara.sesedap rasa aje nak balun orang.aku cakap aku bosan,aku bosanla.bukan la demand ke hape.kalau aku nak demand sekalipun bukannya aku dapat apa pun.sini bukan macam U yang macam abang aku cerita.sekali jadi MC mungkin boleh dapat RM100.sini sijil pun tak dapat.

kat sini semua kena belajar untuk jadi cikgu so bagi la peluang kat orang lain pulak menonjolkan diri.latih depa,bagi pengalaman kat depa.semua orang patut merasa jadi MC walaupun sekali sebab kat sekolah ni kita kena berada di depan.kat sekolah rendah bukan macam sekolah menengah yang students jadi MC.atleast kalau kita tak jadi MC pun,kita kena train murid-murid kita nanti untuk mengetengahkan bakat..

jadi MC bukan untuk jadi popular.tak pernah sikit aku terlintas degan nak jad MC ni kita akan popular.aku sedar suara aku tak selunak mana untuk dilenggokkan semerdu mungkin.aku gak sedar aku tak femes pun kat sini.aku tak pernah join pape pertandingan.aku tak pernah join JPP.penat untuk semua tu sebenarnya.tanya la kawan sekolah aku.macam mana dan siapa aku di sekolah.aku rasa bersyukur sebab dapat macam-macam pengalaman di sekolah tapi aku jugak penat yang amat untuk jadi macam Nur Shaqirah Mat Isa macam zaman persekolahan dia.sebab terlalu sibuk dengan macam-macam aktiviti la study aku terabai.makan minum aku terabai.kawan baik aku terabai..

aku dulu study kat salah sebuah sekolah SBP terbaik di seluruh Malaysia..tapi aku sia-siakan peluang tu sampai la aku terdampar kat sini..kawan-kawan aku ramai yang further study abroad.ramai sangat yang sedang menikmati salji di negara orang..aku dulu tak pandai bahagi masa..muka aku serius 24/7...aku gagal nikmati kehidupan sebagai student sekolah menengah walaupun saat-saat terakhir nak ambil spm..

ntahla.emo terlebih pulak.

2 comments:

crazyhorsea29 said...

qirah mc hebat!!
sapa xx tu?
tunjuk skit ke'power'an hg...
haha

syaqira said...

xx ni tak tau pun ada org cakap cenggitu kat aku..cumanya dia tak pernah bg aku wt teks.dia cakap aku xreti.cett