Friendly Friends

January 19, 2011

Cikgu Shaqirah pesan: Jangan Potong Barisan!

antara kepantangan aku yang makin menjadi-jadi sekarang ni ialah ialah tentang potong barisan.
 orang lain penat beratur,dah lama tunggu giliran,kenapa mesti kita ambil hak depa?tak baik tau.
kalau kita di tempat depa,mesti dah marah-marah,maki dalam hati

"apesal suka ati je nak potong barisan ni?tak nampak ke orang tengah beratur?"

kita semua nak cepat..tapi tu tak bermakna kena langgar etika kemanusiaan.aku lagi sanggup beratur panjang dari ambil turn orang pastu dapat sumpah seranah free.
tak elok tau buat macamtu.

lagi aku pantang bila ajak aku tumpang potong barisan sama.
please.
aku masih menghargai kesabaran orang lain yang dah lama beratur.
lagipun nampak tak sopan je tiba-tiba mencelah pegi kaunter,orang belakang mesti jeling sakan.
biarlah harga benda tu dah tetap sekalipun,biarlah harga benda tu sekupang sekalipun,aku pilih untuk beratur.

amalkan sikap bertimbang rasa.anda mampu mengubahnya!



No comments: