Friendly Friends

January 24, 2011

Beri Aku Ruang itu

hari ni kalau tidak aku okee-okee aje.kelas pun sejam je rini.siap lecturer cakap, awak born to be a teacher.naturally.orang lain kena bentuk,tapi awak gifted.
tapi mood aku: heartless

pastu pergi perpustakaan.pinjam 3 novel BI.lama-lama tak menghadap material dalam BI nanti otak karat pulak.nak speaking simple sentences pun nanti takut gagap.maka dengan langkah longlai,aku pergi rak fiksyen Inggeris.pastu pinjam buku Fizik.ada report yang nak kena hantar dan perlukan rujukan.

itu kehidupan aku yang normal.yang dah aman sejak sekian lama.bila nak makan pulak,masa takde duit macam ni,scholarship tak masuk lagi,lauk bilis saja pun aku bedal.aku buat rotation,rini blis,esok telus,lusa ikan,tulat bilis campur telur.last-last,muka bulat sampai membantutkan niat aku nak pakai shawls dengan inner syria.

ya.aku tengah merapu.

aku ada post kat group batch aku di facebook.kalau reunion nanti,kawan-kawan perempuan nak tumpang rumah sewa aku,aku tak kisah.kalau ada rezeki lebih,aku boleh sediakan sarapan dan makan malam.Nuru respon,dia tanya,free ke?aku jawab,kalau setakat sarapan dengan ubi kayu cicah nyok,dinner dengan nasi goreng,insyaALLAH aku mampu sediakan.tapi kalau nak hulur sawi sepokok dua apa salahnya.lagipn kesian kawan-kawan yang datang serata negara semata-mata nak attend reunion.aku yang tak payah beli tiket yang nearly rm100 tu patut bantu kawan..

rupa-rupanya,ada orang cakap macamni..boy

lawak gak rupanya hang ni.ingatkan 24 jam serius.

*sigh

aku ada kehidupan aku sendiri.ada masanya aku boleh jadi pak lawak,ada masanya aku jadi manusia yang serius amat.ada masa aku yang mengacau kawan-kawan dalam kelas,ada masa aku terlalu fokus sampai aku tak suka dengar sebarang bunyi gelak dalam kelas.ada masa aku nangis,ada masa aku ketawa.ada masa aku rasa nak berdunia,ada masa aku nk sendiri.

aku yakin bukan hanya aku yang berperangai macamni.kita manusia,kehidupan kita ada pasang surutnya.bila aku ketawa,tandanya aku senang hati.bila aku buat lawak,mungkin aku tak sedar aku tengah buat lawak.bila aku nangis,tu tandanya ada sesuatu yang merungsingkan hati dan kepala aku.bila aku fokus,tu tanda aku tengah semangat nak belajar tapi bila aku mengacau kawan-kawan,tu bermaksud aku tak minat nak belajar.



aku diam maksudnya aku takde mood.aku nak ruang bersendirian.aku tak mau diganggu.tapi rasanya,aku hanya perlu sedikit ruang dan masa untuk bersendirian.untuk bermusahabah diri.untuk menilai apa yang dah berlaku dan apa tindakan aku seterusnya.tapi rasanya,dalam umur 21 tahun ni,aku sangat banyak bercakap dari diam.

diam aku ubi berisi.
tapi anggaplah bila aku bercakap,aku macam tin kosong.
tapi tin bukan sebarang tin.tin ni kadangkala penuh dengan ilmu,sayang dan perhatian.cuma kadangkala bila ada orang yang melanggar,tin tu akan trbalik,semua yang ada dalam dia akan tumpah.semua ni akan ambil masa untuk dipenuhkan balik.


 beri aku ruang untuk pujuk balik hati ni.hati ni terlalu banyak bersabar.hati ni dah terlalu banyak sakit.sampai satu masa,mungkin aku akan berdoa..

' Ya ALLAH Yang Maha Agung, sucikanlah hati ini.bersihkanlah hati ini dari noda-noda yang menyebabkan munculnya titik-titik hitam di dalamnya. Jikalau tidak,aku mohon dikurniakan hati yang baru kerana hatiku yang lama ini sudah beku kerana sudah ditoreh berkali-kali...amin..'

please.Grant me with serenity to accept things that i cant change..