Friendly Friends

January 21, 2011

Bebaskan Mimpimu di Angkasa


ada sorang budak ni.dia ada hmpir 635 impian dia yang dia catatkan dalam satu buku yang dah kusam sejak dia berada dalam tingkatan 3  lagi.semua impian dia tercatat di situ,termasuklah impian jangka masa pendek atau jangka masa panjang..
apa kelebihannya dia catat semua impian tu?
setiapkali impian dia tercapai,dia akan tulis tarikh bila impian tu tercapai.

---------> mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah sampai engkau engkau akan meraihnya

tapi contohnya kalau dia tetapkan satu tempoh masa tapi impian tu dah terlepas untuk dicapai,dia tetap akur.dia redha.tak semua yang dia nak akan dia dapat.

---------> menarilah dan terus ketawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

dia sedar yang bila dia menulis dan mencatat semua impian,dia akan lebih komited sebab dia tahu,dia nampak apa yang dia nak.dengan adanya catatan tarikh impian tu tercapai,semua usaha yang dia lakukan untuk merealisasikan impian tu terasa lebih manis.sangat manis!

dia ada menonton satu rancangan yang sekarang disiarkan di TV7 setiap hari Rabu pukul 9.30 malam.dia jadi sangat suka sebab dia tahu,apa yang dia buat itu bukan benda bodoh.rancangan tu best.macam dia jugak,orang-orang dalam The Buried Life tu senaraikan semua impian depa yang depa nak lakukan sebelum mati.sedaya upaya depa cuba realisasikan impian-impian yang disenaraikan.


menarik kan?sesungguhnya apabila sesuatu impian itu dicatat,sebenarnya kita sudah separuh jalan untuk menunaikan impian kita tu.
hidup ni terlalu indah untuk disia-siakan.belajarlah untuk menikmati hidup agar kehidupan kita tak sia-sia.kita berhak untuk bahagia dan memilih kebahagiaan sebagai jalan hidup kita.

p/s:doakan impian gadis ini terlaksana:)amin..

No comments: