Friendly Friends

January 31, 2011

Terima Kasih Nuffnang!


 dengar cerita,nuffnang akan bagi lagi BE kalau kita suka berterima kasih.hehe.kalau gitu,terima kasih sebab aku dah dapat 4 BE dan 1 ME.terima kasih banyak2

terima kasih daun keladi:)

January 27, 2011

My Memory Lyric : Bagaimana Aku Tak Jatuh Cinta?


My memory
remember every second of it
Even for trivial things, if I close my eyes, I can still see them
You're far away
I couldn't tell you that I am still in love with you, still waiting for you
It is not even in my dream that I thought we could meet again like this
Therefore, I have to be frank with you: I am still in love with you
I wanna love you forever
If, it is not too late for our fate, I wish I could stay with you forever
For a long time, you have been alive in my heart
No matter how long we have parted, no matter how far you are, you are
always in my heart
It is not even in my dream that I thought we could
meet again like this
Therefore, I have to be frank with you: I am still in
love with you
I wanna love you forever
If, it is not too late for our fate, I wish I could
stay with you forever

mendalam kan lirik dia?
cinta pertama memang ada significant value.haha

January 26, 2011

Jenis-jenis Senyuman


setiap hari kita tersenyum.kalau kurang sikit dari senyum dipanggil tersengih.kalau lebih dari tersenyum namanya?
ok.sila jawab soalan cikgu bagi ni ye murid-murid kesayangan cikgu.
pilihan jawapan dah cikgu sediakan:

A. kerenyeh (bahasa utara).sila semak Kamus Dewan sekiranya maknanya tercatat sama
B. loqlaq (juga bahasa utara)
C. dua-dua jawapan di atas adalah benar belaka
D. tiada dalam skema jawapan

sekarang meh cikgu nak terangkan dengan lebih lanjut ya murid-murid..apakah jenis senyum yang dipamerkan oleh orang di sekeliling kita agar kita tdak tertipu dengan senyuman mereka.hati-hati ya anak-anak murid cikgu sekalian..manusia sekarang memang bijak mennyembunyikan perasaan!orang nampak baik tak semestinya baik..orang otai tak semestinya buruk perangainya.

jom kenali jenis-jenis senyuman!

1. Senyum Bajet Cute


senyuman jenis ni biasanya dimiliki oleh orang yang berlagak diva.tak pun selalu dipamerkan oleh orang yang kerap tersipu-sipu apabila diusik oleh kutu-kutu jalanan.senyuman jenis ni selalu macam sengaja naikkan pipi kembung dengan mengecilkan luas bukaan mulut.cam pasni!

2. Senyum Kambing


jangan silap ya murid-murid sekalian.tidak hanya kambing yang mampu mempamerkan senyuman begini.senyum ni selalunya bermaksud mengejek atau memperli.
contoh ayat: "comel siot awek tu!"kata Ali sambil tersenyum kambing.
amacam?paham?kalau tak paham,pasni cikgu bagi tutorial

3. Senyum Orang Tua yang Berhikmah


haha.muka dia memang macam orang tua yang bermisai janggut kan?contoh situasi yang dapat kita lihat apabila anak gadis yang sedang tersipu-sipu ketika menerima rombongan lamaran dari jejaka pilihan hati.abahnya tersenyum penuh hikmah,paham yang anak gadis dia tengah over eksaited!

4. Senyum Hati Girang


cikgu panggil senyuman macam ni sebagai senyuman penuh.bila kita nampak keseluruhan baris gigi dia,tu maksudnya hati dia tengah girang.senyuman ni jugak nampak ikhlas berbanding jenis-jenis senyuman yang lain!

5. Senyum Orang Alim


tengok sini ya murid-murid sekalian.senyuman orang alim memang manis sekali.sejuk je mata kita tengok.depa ni senyum sikit je.tapi aura tu terpancar di muka depa.macam mana nak dapatkan aura ni pulak murid-murid?
ya betul tu Abu..wudhuk selalu ya..

6. Senyum Malu tapi Mahu


pepatah yang paling sesuai ialah malu-malu kucing.contoh ayat yang cikgu bagi di sini ialah:
"ayang,nak makan nasi kandar tak?"
"nakkk...."  ---------> sambil tersenyum manja

okey.tu dia murid-murid.pasni cikgu harap,mrid-murid semua dalam tanam dalam-dalam apa yang cikgu cakap ni ya.cikgu harap semua faham la apa isi pelajaran kita hari ni yang bertajuk, Mengenal Diri Sendiri, buku Teks Sains Tahun 4.

semoga berjumpa lagi!babai!!

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011



Giveaway: Diary Motivation 2011
No of giveaway: RAHSIA
Start Date: 20 Jan 2011
End Date: 27 Jan 2011

Terms and Conditions:
1: Post 'A VERY SHORT, SIMPLE & CREATIVE' entry in ur blog under title:

'DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011' --------->done!

2: Copy la banner kat atas nie n put it in ur entry. (x kesah la kat atas ke bwh ke) -------->done!
3: Tag at least 2 bloggers (lg ramai lg bagus..sbb lg meriah la kot...) -------->farah izzati,husna lana
4: Leave ur entry link/comment.-------->done!
5: My followers? x kesah la...kalo sudi, follow la my blog ya...tiada paksaan..-------->done!
ok.aku dah completekan fasa pertama GA ni.
kenapa aku harap aku menang?haha
sebab lately ni asyik rasa down jah.nak jugak ayat-ayat motivasi yang boleh naikkan balik semangat yang hilang tu!:)

" Sometimes the fear of doing something often leads to a great reward and lifetime of happiness."
Written in 2011 by Kevin James --- California
" You can shine, no matter what you're made of. Never give up in your doings. Keep faith and hope alive, and all your dreams and aspirations will become a reality one day!"
Copyright © 2011 M.R.- Mantse Richie --- A1 Rekordz  
" Don't quit before the miracle."
Ed Begley Jr.
ada ayat-ayat motivasi macam ni tak?kalau ada,hadiah ni memang sangat bernilai!
*nilaian sebuah ilmu adalah jauh lebih baik daripada sesuatu yang bersifat kebendaan.chewah!

Air Terjun Tertinggi di Dunia

1. Angel Falls, Venezuela



berketinggian  979 m (3,212 kaki).tobat aku takkan jejak kaki sini sebab aku gayat di tempat tinggi dan gayat tengok benda tinggi!

2. Tugela Falls, Afrika Selatan


berketinggian 948 meter (3,110 kaki).mak,cheq gayat lagi!!

3. Ramnefjellsfossen, Norwegia


berketinggian 818 meter (2,685 kaki).Subhanallah..memang cantik!tapi aku tak dapat bayangkan aku berdiri kat jambatan tu menghadap air terjun yang laju dan bunyinya kuat.tak mustahil aku lembik lutut di situ!

4. Mongefossen, Norwegia


berketinggian 773 meter (2,535 kaki).macam tengok gambar Hindustan lama pulak kan?haha.tapi,air terjun tu nampak nipis sangat

5. Gocta Cataracts, Peru


berketinggian 771 meter (2,532 kaki). dahsyat kan?aku tak boleh la tengok lama-lama

6. Mutarazi Falls, Zimbabwe


berketinggian 762 meter (2,499 kaki).sayup je mata memandang ke bawah...


7. Yosemite Falls, USA


berketinggian 739 meter (2.425 kaki).subhanallah..indahnya ciptaan ALLAH..kalau kat sini mesti rasa macam puteri dalam taman larangan kan?tapi putera aku kena ready kot2 aku pening kepala tengok benda tinggi.

menulis entry kali ni sama macam menceritakan salah satu benda yang aku fobia.aku seorang yang sangat mudah gayat.bila aku rasa gayat,kepala aku akan berdenyut-denyut,kaki aku rasa lembik yang amat.macam aku tulis tadi,kadang-kadang tengok benda tinggi pun aku dah gayat.tu belum naik atas dia dan tengok bawah lagi!tapi secara ikhlasnya aku nak bagitau,masa aku tengah tulis entry ni,kepala aku memang tengah berdenyut sebab tengok gambar air-air terjun tinggi!

Eheh,muka Awak Familiar la!

pernah tak ada orang yang tiba-tiba ja mai dekat kita dan cakap ,'eheh,muka awak familiar la!awak dah tak kenal saya ke??'

dengan pantas kita geleng kepala.

'betul awak tak kenal saya?sampai hati ek tak mengaku kawan...'

kita angguk kepala lagi tanda sampai hati.

hakikatnya,kita memang tak kenal dia.agaknya dia salah orang kot!takpun kita yang dah hilang ingatan.haha

ada yang cakap,manusia dalam dunia ni ada 7 orang orang yang memiliki wajah seiras.lagi parah bila ada yang cakap,bila kita dah jumpa orang yang ketujuh seiras dengan kita,tu tanda ajal kita dah nak dekat.cehh.khurafat betul!haha.tapi kan,aku tak pernah lagi la ada manusia yang aku tak kenal,tak pernah nampak aku tapi tegur aku yang muka aku familiar dengan orang yang depa kenal.

melainkan dengan kakak aku!

aku langsung tak nampak apa persamaan antara aku dengan kakak aku.mata dia kecik,mata aku besar sikit.dia pakai spec,aku jarang sangat paka spec walau rabun (orang kampung mana pernah nampak aku pakai spec).hakikatnya tak pernah sama!tapi selalu sangat orang konfius.lagi tak tahan bila cakap aku kakak.dia adik.dia akan gelak girang suka hati sedang aku tertunduk pilu.cehh.seronok dia.bajet muda.

ada sekali tu,kakak aku keluar Kangar.pastu bila balik dia cerita yang ada sorang girl ni jerit panggil nama Shaqirah kat dia.mula-ula dia buat tak tahu.tapi orang ni tak putus asa.dia ikut kakak aku sampai masuk kedai makan semata-mata nak marah 'Shaqirah' yang menyombong.bila kakak aku duduk ja,dia pun tumpang tarik kerusi dan sergah kakak aku..

'hg ni sombongla!aku panggil dari tadi hg buat derkk je kan!'

kakak aku dengan selamba jawab.'ni Sharija. kakak Shaqirah. Shaqirah tak keluar rini.dia kat hostel.'

maka si sahabat tadi amat merah mukanya sambil memohon maaf berkali-kali..


mana Shaqirah mana Sharija?

January 25, 2011

Special Post: Syarni Farida Syukri



introducing Syarni Farida Shukri,kawan sekolah aku since f4 dulu!!

yang mana satu?tu ha..yang pakai baju maroon berdiri sebelah kiri gambar belakang Farah Nabila yang berbaju biru di sebelah Shaqirah yang berbaju oren di sisi Nora yang spastik.haha

Qirah,kenapa publish gambar ramai-ramai padahal nak cakap pasal dia sorang je?

oh jawapannya sangat mudah.aku takde gambar dia sorang-sorang.baru je nak culik dari facebook,dia privatekan album dia.awat?ada orang dok stalk hg ke Nek?haha

kenapa hang tulis pasal dia,Qirah?

oh jawapannya masih lagi mudah.sebab aku nak perkenalkan kawan-kawan aku yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni.tau tak,lepas sehari,datang hari lain,ada ja yang cakap kat aku dia nak buat blog.apa lagi kawan-kawan,mari la kita meriahkan arena penulisan maya ni!

*siap ada yang offer aku nasi kandar kalau tolong mekapkan blog dia.

oh.aku juga masih newbies.tapi pesan buat kawan-kawan yang nak berblog dan untuk Syarni Farida juga,menulislah dengan menjadi diri sendiri.baru ada kepuasan dalam menulis blog.

Syarni,puas hati?haha

jom terjah blog Syarni Farida!!tak ada lagi girl yang aku jumpa fanatik bola macam dia!dulu masa f5,masa Perlis lawan Kedah final,aku,dia ngan Hasuna pecah masa bilik tv masa orang lain prep.jahatkan aku ni?mentang-mentangla kunci asrama ada kat aku,aku bukak gate yang sememangnya terkunci kalau semua pergi prep.hikhikhik

pastu kan,selalu je aku wat jahat dengan dia.masa f4,kami ponteng tarwikh.jahat2..pastu beli lauk,simpan kat toilet blok biologi,curi2 keluar masjid n pegi meratah kat toilet!yerksss.tapi gelak besar bila ingat balik.haha

Saya Nak Tukar Header Saya!!




oh.kembali ketagih untuk join contest.tapi hadiah yang ditawarkan kali memang sangat menarik minat aku.walaupun tidak bersifat kebendaan dan moraliti (chewah!), hadiah ni yang sememangnya aku tunggu-tunggu!
Sebelum tu kena jawab soalan-soalan di bawah dengan lengkap. Tiada pilihan jawapan disediakan (soalan struktur). Masa menjawab bermula....SEKARANG!

i) Dari Siapa anda tahu tentang contest ini ? 
 - miszsheyla 
ii) Kenapa mahu tukar header anda ?
- ada kawan saya selalu tegur,Qirah,awat selalu tukar header?oh,jawapannya kerana saya tidak pernah berpuas hati dengan header rekaan sendiri yang kadangkala hanya gambar biasa yang diupload terus dari laptop atau internet T__________T
- saya juga hanya tahu menggunakan Photoscape,bukan Photoshop (hakikatnya yang sebenar ialah perisian Photoshop tiada dalam laptop saya). sebagaimana yang kita ketahui,rekaan yang canggih manggih boleh kita buat menggunakan Photoshop bukan?

Buat Slogan didalam entry:

Saya suka kalau header blog saya di tukar kerana saya mahukan perubahan besar dalam blog saya. Header merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pengunjung blog kita dan header yang cantik akan memberi 'first impression' yang baik kepada mereka agar jatuh hati dan terus mengunjungi blog kita.

What's Your Colour Contest



kembali mengaktifkan diri untuk join contest dan giveaway.haha.sebelum ni bukan apa,dah tak larat nak join.tapi contest yang satu ni memang menarik!jom kita lihat apa kebendanya contest kali ni!

Syarat-syarat penyertaan:

1. FOllOw blOg AMY and MIRA in Order tO get recent updates abOut dis cOntest.----> Done!


2. Since that we Ollz nie manyak baik hati hehe, kOrank hanye perlu buat SATU entry yang RINGKAS with a title What’s yOur cOlOur cOntest. ----> Done

3. Copy and paste banner tue kat ruangan entry kOrank and sidebar. Linkkan skali banner tue pada cOntest. Tak kisah laa nak link kat blOg AMY ataw MIRA. ----> Done!


4. POst kan juga satu gambar kOrank yang kOrank ase palin MENARIK antara gambar kOrank yang lain. Tapi need tO bare in mind that gambar tue mestilah related tO yOur favOrite cOlOur. ------> Below


i really love pink!rasa macam pink tu dapat neutralkan sifat ganas yang dah lama sebati dalam diri aku T___T.pastu kan,kalau hari  tu ada presentation ke,ape ke..aku akan pakai baju kurung warna pink sebab aku rasa lagi confident!
join di sini

tag: Lina Mastura
       Syani Farida
       Husna Lana

January 24, 2011

Beri Aku Ruang itu

hari ni kalau tidak aku okee-okee aje.kelas pun sejam je rini.siap lecturer cakap, awak born to be a teacher.naturally.orang lain kena bentuk,tapi awak gifted.
tapi mood aku: heartless

pastu pergi perpustakaan.pinjam 3 novel BI.lama-lama tak menghadap material dalam BI nanti otak karat pulak.nak speaking simple sentences pun nanti takut gagap.maka dengan langkah longlai,aku pergi rak fiksyen Inggeris.pastu pinjam buku Fizik.ada report yang nak kena hantar dan perlukan rujukan.

itu kehidupan aku yang normal.yang dah aman sejak sekian lama.bila nak makan pulak,masa takde duit macam ni,scholarship tak masuk lagi,lauk bilis saja pun aku bedal.aku buat rotation,rini blis,esok telus,lusa ikan,tulat bilis campur telur.last-last,muka bulat sampai membantutkan niat aku nak pakai shawls dengan inner syria.

ya.aku tengah merapu.

aku ada post kat group batch aku di facebook.kalau reunion nanti,kawan-kawan perempuan nak tumpang rumah sewa aku,aku tak kisah.kalau ada rezeki lebih,aku boleh sediakan sarapan dan makan malam.Nuru respon,dia tanya,free ke?aku jawab,kalau setakat sarapan dengan ubi kayu cicah nyok,dinner dengan nasi goreng,insyaALLAH aku mampu sediakan.tapi kalau nak hulur sawi sepokok dua apa salahnya.lagipn kesian kawan-kawan yang datang serata negara semata-mata nak attend reunion.aku yang tak payah beli tiket yang nearly rm100 tu patut bantu kawan..

rupa-rupanya,ada orang cakap macamni..boy

lawak gak rupanya hang ni.ingatkan 24 jam serius.

*sigh

aku ada kehidupan aku sendiri.ada masanya aku boleh jadi pak lawak,ada masanya aku jadi manusia yang serius amat.ada masa aku yang mengacau kawan-kawan dalam kelas,ada masa aku terlalu fokus sampai aku tak suka dengar sebarang bunyi gelak dalam kelas.ada masa aku nangis,ada masa aku ketawa.ada masa aku rasa nak berdunia,ada masa aku nk sendiri.

aku yakin bukan hanya aku yang berperangai macamni.kita manusia,kehidupan kita ada pasang surutnya.bila aku ketawa,tandanya aku senang hati.bila aku buat lawak,mungkin aku tak sedar aku tengah buat lawak.bila aku nangis,tu tandanya ada sesuatu yang merungsingkan hati dan kepala aku.bila aku fokus,tu tanda aku tengah semangat nak belajar tapi bila aku mengacau kawan-kawan,tu bermaksud aku tak minat nak belajar.



aku diam maksudnya aku takde mood.aku nak ruang bersendirian.aku tak mau diganggu.tapi rasanya,aku hanya perlu sedikit ruang dan masa untuk bersendirian.untuk bermusahabah diri.untuk menilai apa yang dah berlaku dan apa tindakan aku seterusnya.tapi rasanya,dalam umur 21 tahun ni,aku sangat banyak bercakap dari diam.

diam aku ubi berisi.
tapi anggaplah bila aku bercakap,aku macam tin kosong.
tapi tin bukan sebarang tin.tin ni kadangkala penuh dengan ilmu,sayang dan perhatian.cuma kadangkala bila ada orang yang melanggar,tin tu akan trbalik,semua yang ada dalam dia akan tumpah.semua ni akan ambil masa untuk dipenuhkan balik.


 beri aku ruang untuk pujuk balik hati ni.hati ni terlalu banyak bersabar.hati ni dah terlalu banyak sakit.sampai satu masa,mungkin aku akan berdoa..

' Ya ALLAH Yang Maha Agung, sucikanlah hati ini.bersihkanlah hati ini dari noda-noda yang menyebabkan munculnya titik-titik hitam di dalamnya. Jikalau tidak,aku mohon dikurniakan hati yang baru kerana hatiku yang lama ini sudah beku kerana sudah ditoreh berkali-kali...amin..'

please.Grant me with serenity to accept things that i cant change..

Alhamdulillah,rezeki pertama menang GA


sungguh seronok hari ini.pertama kali menang GA! dapat hadiah sampingan dari Mzhany berupa makanan tradisional Terengganu.wah!dah la seumur hidup tak sampai Terengganu lagi T______T

dapat makan makanan dari sana pun dah cukup.

anyway,thanks a lot ye sis:)

January 23, 2011

Bila Harus Memilih



petang tadi bukak Sinar.fm.
ada sorang wanita ni telefon cakap dia tak tau nak pilih antara 3 pilihan.wah,hebat tu!aku pun tak pernah ada peminat.haha.tapi yang aku pelik sangat tu bila deejay suruh explain,dia cakap macam ni:

"saya ada 3 lelaki dalam hidup saya.iarla saya namakan diaorang ni dengan A,B dan C aje.si A ni saya dah kenal lama.saya tau dia sangat sayangkan saya.si B ni pulak baru je kenal tapi dia dah confess yang dia sukakan saya.last sekali si C ni yang baru jugak saya jumpa,saudara saya dan jugak mengaku tentang perasaan dia pada saya."

aku yang dengar radio tu gelak besar sorang-sorang.oh,macamtu rupanya dilema nak pilih pasangan.untungnya dia ramai peminat.pas la sorang kat kawan yang still single kat luar tu.takkan nak tamak sorang-sorang kot?haha

yang aku peliknya,kalau orang yang dengar cerita tu mesti cakap,dah nyata A yang paling layak,apa yang nak dipeningkan lagi?bukan ke kita kena pilih yang sayang kita?bukan senang yang jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan kita.lagipun,percaya ke dekat lelaki yang baru je kenal tapi dah confess perasaan dia?

ya betul yang cinta tu datang tanpa perlu jangka masa.cepat atau lambat bukan ukuran untuk jatuh cinta tapi bila dah ada yang lama kita kenal..kita dah tau hati budi dia,kenapa masih keliru?

besar perbezaannya antara suka,sayang dan cinta!

suka tu,suka la!kita boleh suka sesiapa saja tanpa ada perasaan sayang atau cinta pada dia.kita sukakan kawan lelaki kita,sebab tu kita kawan dengan dia.kita sayang sahabat kita,sebab tu kita masih kekal bersahabat denga dia..tapi kita CINTAKAN pasangan kita,dan kita doakan hubungan tu kekal sampaisyurga,insyaALLAH.

-------> bercakap tentang naluri berpasangan okee.skop ni lebih luas tapi fokus aku kali ni untuk benda ni.

tapi pape pu,buatlah solat istikharah.mohon petunjuk ALLAH.mungkin jodoh kita tu hanya berada depan mata tanpa kita sedar.mungkin selama ni kita abaikan dia,mugkin juga kita dan dia sudah bersama sekarang.doakan yang terbaik.buatlah pilihan yang tepat!


A photo of an animal I'd love to keep as a pet


aku nak bela kuda!yeah.aku suka tengok kuda putih.macam best je dapat tunggang kuda kan?sebenarnya kat rumah aku ada jugakla 2,3 buah rumah yang bela kuda.depa buat kadang kuda kat depan rumah,pastu petang-petang kalau aku jalan-jalan situ,mesti aku akan berhenti tengok kuda dengan penuh rasa kagum!


selalu orang cakap,menunggu cinta dari seorang putera yang datang dengan kuda putih.tengok,kat sini bukan putera hensem yang jadi hero sebenarnya,tapi kuda putih!kalau kuda putih takde,macam mana putera hensem nak sampai kat kita?haha.betul tak?pastu kan,untung-untung aku bela kuda,malam-malam dia bertukar jadi unicorn!cahaya dia ada kuasa yang boleh pancarkan infrared yang akan slimkan badan aku. ha..nanti la aku fikirkan kegunaan infrared ni.haha


ha,pastu kan,kuda putih aku ni sangat hebat tau.time aku p pantai makan-makan angin dengan dia,dia mintakla kat aku nak menyelam.dia cakap nak cari batu karang kat aku.aku marahla.aku cakap,kamu mana tau berenang!kuda putih aku tergelak bear sambil tekan perut dia.tak gune punya kuda!sampai berguling dia gelak.pastu,satu cahaya terpancar dan membuatkan aku terpaksa menutup mata sebab terlalu silau...

toinkk!toinnkk!tooinnk!!


ciss!berapa benda dia boleh jadi ni?sambil kodek-kodek ekor dia,dia babai kat aku sambil menari kuda kepang menuju ke laut..


serentak dengan tu,muncul sepasukan penari kuda kepang yang diketuai oleh kuda aku tu sambil terkinja-kinja mengikut rentak tarian kuda aku yang dah naik sheikh...aku menggelengkan kepala sambil berkata: kalau gini gamaknya,menyesal aku lahir tahun kuda..

p/s:ada kaitan?haha


January 22, 2011

Review: Coke and Sundae


oh ya.aku baru je menghabiskan pembacaan aku pagi ni.lama dah tak baca novel.last aku baca tajuk Mistress of the Game.rasa bengap sikit nak baca material yang panjang-panjang tapi novel ni takde la tebal sangat.tapi semalam tertidur gakla masa baca.haha



overall,aku bagi 3 bintang kat novel ni.jalan cerita dia menarik tapi agak klise.aku prefer sesuatu bacaan yang boleh buat aku berfikir.tapi untuk remaja yang gemarkan bacaan santai,bersahaja dan bergenre komedi romantik,buku ni memang ditulis untuk anda! ---------> aku bukan berjiwa remaja sangat.haha
cerita ni mengisahkan Syakir dan Azyan yang sangat tak boleh berbaik.Syakir suka sundae,Azyan suka coke.dahla suka gaduh.api sebenarnya Syakir ni dari sekolah lagi dah suka kat Azyan.

watak Azyan digambarkan sebagai seorang yang comel tapi ganas.bak kata Syakir,ganas macam gorilla.asal orang salah sikit je ngan dia,dia belasah sampai lebam.tapi last-last kalau dah jodoh tu tak ke mana kan?anyway,ak suka cara depa yang kapel tak jenis jiwang-jiwang sangat.they are free to be themselves.bab ni aku bagi 5 bintang!

ayat yang paling terkesan pas baca novel ni: biarlah tak serasi di mata kasar asalkan serasi di hati..

p/s:jahat gile aku wat status gini kat facebook: sepanjang hari ni barulah aku rasa mcam mana single tu pas kapel dah lama.ramai respon,ingatkan aku ngan amir dah clash.no no.kami masih berdua,cumanya rini takde kredit,tak contact langsung.rasa lain macam sangat sebab tak pernah la tak contact seharian langsung.dats why aku cakap rasa macam single.rasa je..bukan betul2!


masih bersama.alhamdulillah..

dia tetap pengarang jantung:)

Cadangnya nak buat GA!

insyaALLAH,dalam masa terdekat ni aku nak buat GA.ada ke orang berminat nak join?haha.hadiah dia aku dah cari.tunggu nak buat banner ngan announce aje.okee?hee.

What makes me differ from everyone else?

oh.susahnya topik hari ni.maka dengan ini perlulah aku lebih tulus dan ikhlas dan tidak takbur malahan jujur.
siapa Nur Shaqirah Mat Isa?apa yang membuatkan dia berbeza dari orang lain?okee.first of all,aku nak ingatkan yang aku hanya wanita gadis yang mungkin orang yang tak berapa kenal aku anggap aku sombong tapi ada ja yang cakap first impression depa kat aku yang aku ni talkative!

first point: i am half human,half chameleon.i can change within a second.thats make me totally differ from u guys!haha

aku jugak  suka fikir berat-berat,frankly.dulu kat sekolah kawan-kawan selalu marah aku sebab serius sangat.

second point: i am an iron woman. i am half iron and another half is human.u guys ada ke?haha

January 21, 2011

Tips Menghadiri Reunion


kecoh benar kawan-kawan batch aku masa kt SMSAH dulu yang tengah bincang pasal reunion yang mungkin akan diadakan pada bulan Julai ni.aku okay je sebab aku memang dah ada kat Jitra.anytime boleh attend runion kalau takde aral.kalau ak ada kuliah pun aku boleh pergi waktu petang.papepun guys,looking forward to see u soon!

kalau dalam iklan Safi Rania Gold Jelita Tanpa Mengenal Usia cakap,sebelum attend reunion tu kena pastikan kulit anjal dulu.ha ha.tapi kami baru je umur 21 tahun.insyaALLAH kulit masih anjal melainkan butir-butir jerawat yang dengan bangganya menyerlahkan diri tanpa perlu dipromosi.tu aje.tak perlu tegangkan kulit.

tapi aku sendiri kena prepare beberapa benda untuk berjumpa balik dengan kawan lama.tak mau la pulak nanti orang tanya kenapa aku nampak berisi sangat kan?imej kena jaga.haha

1. Slimkan badan macam zaman sekolah balik untuk elakkan perlian


2007: masih mampu memakai kebaya

pipi macam apam.noktah.

2. pilih baju yang lawa-lawa dan sesuai dengan siapa korang sekarang

 harus jaga penampilan sebagai bakal guru dan jugak muslimah yang sudah berusia 21 tahun.


sangat comel dress barbie doll ini.
3. Kasut jugak kena sesuai.
 wedges: pakai masa keluar dengan kawan-kawan.kot-kotla nak mengimbau nostalgia masa outing dulu

flat sandals:  pakai masa ada majlis kat sekolah.contohnya motivasi bersama super junior


pump shoes: pakai kalau ada dinner dengan kawan-kawan atau cikgu-cikgu

yang lain tu terpulang pada kebijaksanaan masing-masing nak bawak diri.percakapan kena jaga.kalau ada ex pulak janganla tergedik-gedik kalau dah ada pakwe baru.anggap je dia kawan kita yang pernah sama-sama makan nasi kawah dengan kita.tunjukkan diri kita yang baru!

selamat reunite!