Friendly Friends

December 26, 2011

Little Miss Stubborn

assalamualaikum

yelling.
using harsh words.
lack of trust
very stubborn
couldn't control the emotion

yet crying all alone.
regretting what had happened.
why are you so nice and still being there?
supporting and loving and caring while i am the one who always disappointing?
i know i can't find someone like you
time flies but you stay the same
people keep telling me that you are like a diamond
still sparkling in the hard times.
yet very valuable and only those very lucky can be the owner

i am the chosen one.
the chosen one among all the girls in the whole world.
he promises to take care of me no matter what and he still hold the promises even how stubborn i am
please shaqirah
be a grateful person as your name are
please change for the sake of the relationship
you love him for years but you still don't know how to show it.
please someone teaches a teacher like me!


December 15, 2011

Nightmare!

assalamualaikum

malas dan bosan sebenarnya nak ulang cerita pasal tolong kenduri kahwin. tapi kali ni, ulung kalinya majlis perkahwinan diadakan di rumah ni. tobat penat sampai aku rasa aku tak mau kahwin. serius. cuti kali ni aku tak kerja, so aku la yang buat hantaran sorang-sorang, aku la yang mengecat rumah, aku la segala-galanya. pendek kata, memang sampai boleh bukak butik pengantin sendiri la.

bosan kan?

okay fine aku ubah topik. haha. belakangan ni kan, aku asyik mimpi orang tu la. please jangan salah anggap, bukannya skandal lama ke ape ke. cuma pelik. aku tak pernah fikirkan dia dan tak pernah pun tengok gambar dia atau ambil tahu tentang perkembangan dia tapi berturut-turut hari aku mimpikan dia. tak larat nak memikir kenapa.

mainan tidur agaknya. dan memang aku harapkan apa yang berlaku dalam mimpi tu hanya mainan tidur. tak dapat aku bayangkan kalau betul-betul jadi kenyataan.

ngeri kan bila kita mimpi orang yang kita harapkan takkan muncul lagi walau dalam mimpi atau cerita? aku harap, semua ni hanya mimpi ngeri yang akan berlalu bila aku celikkan mata.

pheww~

November 28, 2011

Wedding Mode

assalamualaikum

argh. tau tak, aku rasa, kalau pointer aku teruk untuk sem ni, bukan sebab subjek Major (Biology) tapi mungkin sebab BM! takutla. soalan BM susah sangat. rasa nak menangis. sejak bila ntah aku slow bab tatabahasa ni. aduh!

sekarang jugak aku sibuk uruskan majlis perkahwinan abang aku. hari ni baru habis majlis kahwin sepupu aku. benda terburuk berlaku bila aku kena paksa jadi pengapit sedangkan aku pakai tudung bibik dan selipar jepun je. haha. sebab selama ni dok ingat nak jadi pengapit dengan Amir je. rupanya tak sempat.



pengapit yang pemalas yang suka hati je gantung bunga pengantin!

pastu g penang pulak teman abang n bakal kakak ipar test baju pengantin
  
unknown. 

no caption 


kat sini la kenduri sepupu aku tu.

sebenarnya, ada sangat-sangat banyak gambar yang berkaitan! cuma ada kat kamera abang aku. tak sempat ambik lagi. nanti aku upload ye. bye!

November 8, 2011

Unexpected

assalamualaikum

susah benar nak meneka apa yang akan berlaku dalam hidup. kita hanya boleh merancang dan berangan dan berharap, tapi Yang Maha Agung sudah punya rencana yang lebih besar.

apa boleh buat, berdoa dan bertawakallah agar semuanya dalam kawalan. nak gelak biar terkawal, nak bersedih pun biarlah terkawal.

exam lusa tapi aku macam biasa. life aku macam biasa. teruk punya cikgu. malang benar sapa dapat aku.


kadang-kadang tu sebenarnya penat juga memikirkan soal-soal dunia macam exam, macam bila nak kawen.. aku penat sebenarnya. rasa macam nak ikut gerak hati. gerak hati sekarang cakap, jangan study. baik aku mengemas bilik. tapi akal cakap, study la Qirah. kesian mak abah yang dok doakan aku siang malam. aku kena la usaha..
rasa macam nak jadi baby balik! semua orang suka. semua orang berebut nak jaga. pastu kena handle with care pulak tu. sapa berani sakitkan baby? sapa berani jatuhkan baby? sapa berani tengking baby? kalau baby nangis pulak, ada je yang cepat-cepat pujuk dan dodoikan balik. sangat disayangi. seronok. masalah jerawat pun tak ada. obes apatah lagi. tak perlu pening memikir esok nak makan apa, esok nak pakai baju apa. tak perlu fikir nak kawen ngan sapa dan exam kena score berapa. mudah.

tapi bila balik ke alam realiti, aku kena faham yang aku bukan baby. bukan toddler dan bukan juga kanak-kanak. aku juga makin meninggalkan alam remaja. makin menginjak dewasa. maka perlu berdepan dengan kenyataan. kenyataan apa? harus aku diamkan dulu sekarang. masih mencari medium terbaik untuk mencari jawapan. dan mencari medium terbaik untuk mencerna keputusan. semoga dalam kawalan. sebab remote kehidupan dalam tangan aku.

November 2, 2011

Pimpinlah Aku ke Syurga, Suamiku

assalamualaikum

kita perempuan. kalau ada readers lelaki, kau lelaki la. haha. tapi aku nak cakap untuk kaum aku sat. kalau nak tumpang baca, silakan la ye. boleh jugak korang ambik tahu feeling kami. korang kan slow sikit bab pickup-pickup apa yang kami rasa. haha. jangan marah!

sebenarnya aku cuba untuk faham penderitaan lelaki bila depa nak ajak perempuan kawen... especially bila memikirkan banyak duit yang akan digunakan untuk satu majlis tu. dan aku makin faham penderitaan lelaki bila aku jadi wedding planner abang sulung aku. nama pun sulung kan, tanggungjawab kat mak abah, tanggungjawab kat adik beradik dan kat diri sendiri tu memang banyak. nasib baik bakal kakak ipar pun kukuh kewangannya dan ada kereta dan kerja sendiri. kalau tak, aku rasa makin payah la.

duit hantaran dan barangan hantaran tu memang kena masuk bajet. duit kenduri lagi. duit kecemasan lagi. pastu repair rumah lagi, upah orang buat rumah lagi. bila aku kira-kira, aku rasa abang aku kena ready RM20 000 dan dah habis hampir RM12 000! tapi aku suka cara depa uruskan barang hantaran. beli sendiri-sendiri. maknanya senangla nak bajet. nak beli yang mahal ke, murah ke, tak ada sapa pun akan komplen. pastu senang, tukar antara satu sama lain untuk digubah. see? mudah diuruskan.

kita yang perempuan ni kena la sedar diri jugak.. kata sayang.. kalau sayang, mestilah takmau bebankan pihak lelaki. janganlah pulak majlis kahwin grand livina, lepas kahwin? merangkak-rangkak nak bayar hutang. tambah-tambah peminjam dana pendidikan PTPTN ni. kerja sekarang payah nak cari. kesiaannn bakal suami kita, kena tanggung hidup berdua dan mungkin kena bayarkan pinjaman kita sama! kata sayang... kalau sayang, kena la bertimbang rasa.

janganlah ikut sangat trend sekarang. ada pulak hantaran ikut taraf pendidikan.. kalau macamtu, baik letak harga ikut skill menjadi isteri. kalau kuat beragama, pandai memasak, pandai mengemas, hormat orang tua, berpendidikan, cantik, pandai mengasuh, kira berpakej la! ha, tu mungkin patut mahalla. tapi tu masih bukan jaminan rumah tangga akan bahagia kan? renung-renungkan.

kita berkahwin bukan untuk sehari dua, bahkan untuk berpimpin tangan menuju ke syurga. bukankah suami isteri yang saling mengasihi kerana ALLAH akan terus bersama hingga ke syurga? dan dalam dunia sekarang, duit bukan menjamin kebahagiaan tapi duit akan mempengaruhi kebahagiaan. kalau tak ada duit, suami isteri akan bertelingkah. mana nak bayar sewa rumah, bil2, lampin susu anak, barang-barang makin mahal, pulak tu kalau upah pengasuh. pastu bila bergaduh, masing-masing akan lama-lama makin bosan. ntahla, aku teka je sebab aku tak kahwin lagi. tapi aku rasa, kadang-kadang duit adalah punca masalah dalam rumahtangga. lebih pun payah, sikit pun payah.

ekoran dari itu ya para saudara dan saudari, saya menyeru agar dari awal lagi, kita permudahkan apa yang boleh kita mudahkan. rendahkan duit hantaran tu. tapi jangan rendah sangat. kadang-kadang, lelaki ni kurang menghargai sikit kalau mudah dapat. haha. agak-agaklah dengan kemampuan depa. untuk lelaki pulak, dah kami boleh consider keadaan hampa, hampa belajarlah untuk hargai kami... kadang-kadang, kami tak minta diselaputi gelang emas, kami hanya mahu kesetiaan, cinta, kejujuran dan bimbingan suami untuk berpimpin tangan ke syurga. ingat ye. give and take okay!



assalamualaikum bakal pemimpin rumahtanggaku.. sudikah kau memimpin tanganku agar kita sama-sama dapat berada di syurga?

Hadapi Dengan Senyuman

Shaqirah,
jangan takut untuk memiliki impian
sebab impian tu yang memberi inspirasi untuk hidup
sebab impian tu yang beri kekuatan agar kita makin cekal
sebab tanpa impian, kita ibarat manusia tanpa haluan

tapi Shaqirah,
jangan terlalu menggantung harapan terlalu tinggi
takut terjatuh tak daya bangun kembali
berharaplah seadanya
supaya kalau jatuh, masih kuat untuk bangun kembali

tak semua yang kita mahu akan kita kecapi
kadang-kadang ALLAH mahu menguji
setebal mana iman dalam diri
secekal mana jiwa dan sanubari
setabah mana hati menghadapi
pantang undur sebelum kalah, Shaqirah
keajaiban kerap terjadi!

hadapi dengan senyuman
kita hidup hanya sekali

 

November 1, 2011

Tagging Tugging Things

assalamualaikum

Each person must post 11 things about themselves in their journal.

Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
Go to their page and tell them you have tagged him/her.
No tag backs.

No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


hello readers! lama tak buat benda tagging tagging ni. thanks to Malin Kundang sebab tag beta. hahaha

11 things about me:

1. I really love flowers, especially white roses and pink daisies!
2. I really love to eat, especially laksa and all kind of foods. ???
3. I really love musics, because i love to sing and dance!
4. I really love seashells, because they have values that other people can't see.
5. I really love to be a cook, because I want people to be happy!
6. I really hate the word 'huhu', because it sounds messy to me!
7. I really hate beansprout and durians, because they are smelly yet my throat can't accept their texture.
8. I really hate numbers, thats the reason why I can't score in Mathematics.
9. I really hate sports, I prefer to answer 100 Physics questions!
10. I really hate to travel, as I hate packing things! 

then, I need to answer Malin's personal questions. here it goes!

1. what you do now?
    well, to be frank, I am answering your question :)

2. what's your BMI?
    should I tell you? I bet not. haha. Let it rest in peace :)

3. do you like sport or not?
    noo! not even once! just somehow, I love long-distance run game.

4. do you already taken?
     hehe. yeah. literally and conceptually. 

5. what's your hobby ?
    I love to sing and cook and collecting seashells. 

6. do you crush on someone else than your love?
    ouch. once before. only once.

7. date of your birthday?
    20th May.

8. tell simple thing about yourself?
    I am not simple. :)

9. what do you hate about yourself ?
    I really wonder, why do I gain weight drastically? I couldn't fit into my old clothes  anymore!

10. do love home cores?
      yeah. pretty love it. hehe

11. what do you think about me? ;)
      U got a 'mancung' nose yeah. haha

October 24, 2011

Bercuti di Cameron Highlands

assalamualaikum

another entry yang tertangguh. busy menguruskan hidup yang agak kelam kabut sejak belakangan ni. duduk di IPDA style busy macamtu la. balik rumah, macam aku cakap, cuci rumah, cat rumah.. penat! pastu sibuk uruskan majlis perkahwinan abang aku hujung tahun ni. tolong lipat kad, packing goody bags dan pasang telinga dengar rancangan orang dewasa tentang kenduri ni. busy body! haha.


it's Cameron! 

aku suka benar ke Cameron sebab dia banyak bunga! strawberi bukanlah prioriti aku sangat bila aku ke sini. cukup membeli sekadar melengkapkan syarat. tapi kalaulah aku ni duduk Cameron kan, aku lagi nak bukak ladang bunga daripada ladang strawberi! bunga cantik.. mendamaikan.. dan beri semacam kelegaan bila aku nengoknya. hihi


ni bunga-bunga yang aku beli. dua jambak ros merah, sejambak ros putih, sejambak daisy pink dan sejambak kekwa ungu. puas!walaupun ada angin-angin yang mengusik aku sebab angkut bunga, aku tak kisah sebab aku seronok. haha

overall, seronok jugak dapat bercuti macamni. sebab boleh tenangkan fikiran. sebab boleh hirup udara segar. sebab boleh perabis duit =.=

eh, payah benar aku nak tekan huruf L kat laptop ni! kalau ada lepas ni aku tertinggal huruf L ni, maaf ye! haha

October 23, 2011

Selamat Bersara Ayahanda!

assalamualaikum

beliau sentiasa sinonim dengan rotan di tangan. malah aku dan kawan-kawan akan terintai-intai di perhimpunan hari Rabu. kalau beliau bawa rotan, tu bermakna ada salah laku teah berlaku dalam minggu tersebut dan ada la nanti yang akan terima habuan. kalau ayahanda hadir tanpa rotan di tangan, tu maknanya SMSAH aman dari sebarang kes. 

sekurang-kurangnya untuk minggu tersebut. hihi

aku dan rakan-rakan batch 0307 wujud di SMSAH semenjak awal kewujudan beliau lagi. maka, beliauah satu-satunya ayahanda kami di sana. tiada ayahanda tiri atau ayahanda angkat di sana. hanya beliau. mungkin kerana itu, persaraan beliau amat terkesan di hati kami. manakan tidak, membesar bersama tunjuk ajar dan nasihat beliau. 

dulu aku anggap semua tu dendaan, kiranya aku makin dewasa kini dengan mengganggap semua itu adalah nasihat dan tunjuk ajar. hihi

apa pengalaman peribadi aku bersama beliau?

secara jujurnya tiada.

cuma ya! beliau pernah memuji kejayaan aku dan Apple mengacarakan majlis Anugerah Cemerlang. Sultan Abdul Halim mencemar duli ke majlis tersebut. beliau puji gandingan kami mantap di perhimpunan. beliau bilang, suaraku seperti Nurul pembaca berita RTM. haha. ketawa malu.

ayahanda juga pernah mengajak seluruh f4 Wira, ketika aku f4, ke kafeteria ketika majlis sembelihan lembu. beliau belanja kami makan roti arab. semua tak berani duduk di hadapan beliau. paksa aku duduk di situ dengan alasan aku MPP. sadis.

tapi waktu itu, hilang ketakutan aku terhadap beliau. 

beliau terkenal dengan pelaksanaan akta baru sekolah. sekolah tanpa tong sampah? oh. bayangkan saja bagaimana kami hidup tanpa tong sampah. namun dengan disiplin yang diterapkan, magiknya kami berjaya hidup tanpa tong sampah dan masalah sampah berjaya diatasi! hebat kan?

banyak kejayaan SMSAH yang dilakar semasa pemerintahan beliau. cukup membanggakan apabila SMSAH diumumkan antara 20 sekolah SBT pertama lewat pengumuman lepas. aku bangga. ya, aku bangga. sebab aku warga SMSAH

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI AHMAD BIN DIN!

October 21, 2011

I'm home!

assalamualaikum

sekarang berada di rumah kat Perlis. bahagia rasanya. dah lama aku tak balik rumah sebab tak sempat je nak balik. 

balik balik je rumah, terkejut tengok rumah macam tongkang pecah! sebenarnya rumah kami dalam pembinaan untuk dibesarkan dan dimajukan. haha. Alhamdulillah, rumah impian semakin menjadi kenyataan. hehe

nampaknya, cuti kali ni dipenuhi masa dengan mencuci rumahla. nasib baik semua anak-anak mak abah balik. hehe

babai semua. mak suruh mula masak!

October 20, 2011

Segalanya untuk Bakal Pengantin

assalamualaikum

teringin tak nak buat ole-ole untuk tetamu menggunakan hasil tangan sendiri? teringin tak nak cipta kelainan daripada majlis-majlis orang lain? aku cadangkan brides-to-be semua kunjungi laman web Martha Steward ni. banyak idea-idea kreatif yang diberikan kat sana. 

untuk mereka yang dah set tarikh perkahwinan, laman web ni jugak menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada bakal pengantin. masukkan tarikh perkahwinan dan bajet, mereka akan tolong kita buat to-do-list. hee. menarik kan?


tapi agak-agak la sama. jangan request pasal baju kebaya atau tips tak nervous masa bersanding pulak. haha. adat budaya agama kan tak sama. tapi kalau nak idea-idea DIY. memang sangat banyak di situ!
selamat meneroka!

Ikan Hag: edisi sains

assalamualaikum

teringin nak berkongsi fakta sains dengan anda semua! melalui pembacaan aku dalam majalah Kosmik, ada satu spesies ikan yang digelar ikan Hag, hidup dalam lautan. ikan ni tak cantik, malah meremangkan aku bila nengoknya tapi kejadian alam ciptaan Allah memang hebat. walaupun tak cantik, tapi ikan ni dicipta dengan ciri-ciri morfologi yang cukup mengujakan!

  

ikan ni memang kalau kita tengok sekali imbas macam belut. macam cacing dalam perut pun ada. tapi dia sama sekali tidak tergolong dalam spesies ni sebab dia mempunyai sistem rangka tubuh, bukan sekadar bertulang belakang. selain dari itu, ikan hags ini juga mempunyai 4 jantung dan 2 otak dan mampu membesar hingga 18 inci panjangnya. mata dia hanya berbentuk polka dot (hehe) dan kalau kita tengok, tak ada rupa mata langsung. kalau kita manusia, macam taik lalat jela. pastu kan, yang paling meremangkan ialah ikan ni mampu merembeskan sejumlah lendir yang amat banyak sekiranya dipegang atau ditangkap pemangsa! lendir-lendir ini dianggarkan boleh mencecah hingga 5 gelen kalau dipegang dalam beberapa minit sahaja. kalau dipegang secara berterusan, dia akan menyimpulkan diri dia sendiri sampai pemangsa akan lepaskan dia.

menarik bukan?

October 19, 2011

Me and My Girls

assalamualaikum

layak tak aku menulis pasal ni? okay, sekadar berkongsi pengalaman ditinggalkan si dia untuk 6 bulan tanpa sebarang komunikasi. sekarang baru sebulan. ada 5 bulan lagi untuk ditempuh.

yes. awal-awal dulu aku admit aku memang pathetic betul. pantang silap sikit, mesti aku menangis. sekarang ni kurang sikit la. tapi memang tipu kalau tak teringat.

bagi aku, kunci utama LDR (long distance relationship) ni adalah elakkan terlalu rapat dengan lelaki lain! sebab kalau kita rapat, kita akan tend untuk treat dia macam mana kita treat BF kita. kita kan kehilangan tempat bermanja untuk sementara, so bila kita rapat dengan boy lain, takut nanti dia akan dianggap sebagai tempat mengadu. jangan! perempuan sangat sukakan perhatian dan kalau kita tak dapat perhatian tu, kita akan cari perhatian dari yang lain.

jadi cik Qirah, nak buat macam mana?
what can i say is spending your time with BFF is the best way! ajak your girls keluar-keluar makan, picnic, shopping or whatsoever. macam aku kan, aku ajak kawan-kawan sekolah dulu mai rumah aku, kami memasak sama-sama. buat kek batik uolls! sambil bergosip di dapur, kami bergelak sakan. serius best!


kek batik resepi kami ni sedapp!
lepas penat sepahkan dapur, kami masuk bilik untuk sesi make-over. ala, macam uolls tengok cerita omputih tu.. cumanya kami tak spend overnight untuk bergosip. tapi ni cukup untuk menggembirakan aku!




haha. malang gila budak ni sebab aku mekapkan dia. aku ni, pegang barang mekap pun tak pernah. siap berus blusher tu aku ingatkan pendrive. haha. pastu kan, cuba tengok gambar atas sekali ni. aku tambah suka hati taik lalat kat dagu dia, konon klon datuk Siti la. tapi dah nama pun BFF kan, takkan marah babe! enjoy!


dan akhir sekali, sesi bergambar itu perlu!
keluar jumpa BFF.. memang heaven! much much much better than kau melepak dengan lelaki lain masa BF kau tak ada.

pastu kan, untuk mengisi masa lapang dengan BFF kan, kita boleh jugak ajak our girls ni pegi bercuti! okay aku tipu. pegi lawatan kelas actually. sobsobsob. tapi tu kan masa berkualiti yang dapat kita spend sama-sama dengan BFF! enjoy! 



tak semestinya kena spend overnight. ingat tu. haha.

okay girls, ingat tau berkawan biar seribu, bercinta biar satu!

Hari Kokurikulum IPG Kampus Darulaman

assalamualaikum semua!

salam celik minda dari para guru yang aktif dan suka makan.

para guru okay. not only me who love to eat. hehe

siang tadi berlangsungnya Hari Kokurikulum peringkat IPG Kampus Darulaman. sebelum ni aku ingat ada kawad kaki antara unit beruniform. tapi rupanya tak ada. frust tahu frust? akak akak abang abang sem 4 ni suka benarrrr berkawad tau! hancur hati kami bila dengar kami tak perlu kawad. lagi satu, kami suka kulit tan. tapi dah kami tak payah kawad, nak buat macam mana kan. akur je dengan arahan

hehe.

overall, penganjuran kali ni telah menarik aku dan classmates untuk join galah panjang. well, to be honest, permainan tradisional ni memang untuk si tangan panjang dan si lincah. tapi bagus jugak la. cuma aku rasa boleh dibuat pengisian lain, aktiviti lain yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. mungkin barisan jawatankuasa boleh mempertimbangkan aktiviti yang melibatkan semua pelajar dan pensyarah seperti aktiviti sukaneka? pertandingan boleh dibuat mengikut jabatan masing-masing. contohnya dalam 1 pasukan, WAJIB hantar 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar. mungkin lebih meriah. sebab tadi aku tengok, macam pelajar je yang terlibat. tu pun ramai yang tak hadir hari ni. aku tahu


ni tapak permainan ketingting. permainan masa kita kecik-kecik dulu tuu. tapi kecik-kecik dulu aku tak main permainan ni. aku main  orang batu ja. kalau suruh main batu seremban pun aku tak reti. 


ni pulak permainan galah panjang. boy main nampak agresif sikit. girl? oh biasalah. kaum ayu mayu ni memang penuh hilai tawa. hahaha

ni pulak permainan konda kondi. pertama kali sebenarnya aku tengok orang main permainan ni. kena cungkil-cungkil dan sambut-sambut bagai. kalau tak salah aku, permainan ni merupakan permainan tradisi kaum India. betul tak? baguslah kalau betul. apa kata orang sekarang? 1 Murid 1 Sukan? 1 Malaysia untuk semua

*guru dibenarkan berpolitik*

dan cadangan aku seterusnya untuk penambahbaikan ialah menambahkan bilangan gerai yang ada. bukan apa, kelas yang tak tahu menahu macam kelas aku tapi nak berniaga ni teringin jugak nak tambah duit poket. hehe. lagipun kami ada perniagaan sebelum ni dan suka benar kami kalau dapat teruskan perniagaan tu. tapi syabas aku ucapkan kepada para pelajar yang begitu bersemangat menjalankan perniagaan hari ni. sekadar menyebut beberapa kelas, PISMP Matematik Semester 4, PISMP PK 1 Semester 4, PISMP Pendidikan Islam Semester 2 dan PPISMP PK (kelas Azryn) semester 3, tahniah sebab berniaga dan menceriakan hari kokurikulum kita! Azryn, saya nampak felt keychain. sapa punya kerja tu? haha

dan cadangan penambahbaikan yang terakhir dari hamba ALLAH yang hina ini ialah tentang gimik perasmian. hmm. mungkin jawatankuasa menghadapi kekangan masa untuk merancang sesuatu yang lebih gempak, tapi aku rasa, kita mampu buat sesuatu yang lebih baik dari gimik tadi. mungkin sesuatu yang tipikal seperti melepaskan banner yang diikat pada belon-belon atau cukup sekadar paluan gong. tapi kalau tak sesuai dengan hari Kokurikulum, mungkin boleh letakkan tiang bola jaring, kat dalam tu letakkan plastik berisi kertas-kertas kecil berwarna, minta timbalan Tuan Pengarah kita jaringkan bola dalam jaring tu. bila bola masuk, keluarlah kertas-kertas tadi ni. cara ni mungkin sesuai dan boleh menceriakan suasana kalau timbalan Tuan Pengarah shoot tak kena. hihi

oh. dan tak lupa juga tahniah buat pelajar semester 6 atas penganjuran pameran tu. aku paling tertarik dengan magic di gerai Sains dan jugak doh mainan di gerai  Pendidikan Khas rasanya. seronok menguli doh buat bunga ros. hehe.

panjang pulak bebelan aku kali ni. refleksi SBE dan Teknologi Pendidikan tak siap lagi. esok dah kena hantar sebab kami akan bercuti panjang sempena Deepavali! buat rakan-rakan yang akan menyambut perayaan Deepavali ini, Kassturi dan Pushpaleela dan jugak yang lain, Selamat Menyambut Deepavali!

babai semua!!

October 15, 2011

Kelebihan Kahwin Awal : Edisi Gadis

assalamualaikum

aku tak anggap nikah pada usia yang muda adalah satu trend. sebab bagi aku, remaja sekarang bukan macam remaja zaman dulu. remaja sekarang banyak terdedah pada gejala sosial. remaja sekarang, walaupun dilihat sebagai kuat pegangan agamanya, tetap terdedah pada turutan cinta.

nikah memang bunyinya macam seronok ja (haha. mesti mak aku tarik telinga aku kalau dia tau). tapi ada banyak benda yang perlu kita fikirkan sebelum bernikah pada usia yang muda. kalau aku, aku banyak fikir pasal study aku dan kewangan kami. aku ada 2 tahun lagi untuk dilangsaikai sebelum aku genggam ijazah. ramai yang beranggapan bahawa guru perempuan patut kahwin awal untuk mengelakkan dihantar mengajar di pedalaman. ikhlas, itu bukan masalah bagi aku. sebab bagi aku, hidup ni bukan untuk fikir seronok saja. bukan untuk lari dari masalah ja. mengajar di pedalaman adalah satu pengalaman berharga. terutamanya kalau belum berumah tangga sebab kita tak perlu risau akan suami yang ditinggalkan. kita bebas membawa anak murid kita masuk pertandingan. ni la masanya kita menimba pengalaman di tempat orang. lepas kahwin, takut suami tak bagi masuk hutan pulak kan?

so, jom memaknakan hidup sebelum kahwin!

dari satu sudut, aku memandang pernikahan sebagai satu cara untuk mempermudahkan hidup. kenapa? kerana kita ada seorang lelaki yang bertindak sebagai pelindung ketika abah kita tiada di sisi kita. suami ini akan menemani kita, teman kita shopping barang dapur, tolakkan troli untuk kita, dan sentiasa ada di sisi kita masa susah dan senang.

tolong tolak troli beli barang dapur
girls, pada usia ni, kita juga perlukan suami untuk bawa kita ke mana saja yang kita nak tanpa perlu risau balik lewat kerana kita di sisi seorang yang halal ada untuk menemani kita. mak abah pun takkan risau. nak pegi jalan-jalan, tak payah risau pandangan masyarakat. 

tapi aku rasa la kan, girls zaman sekarang ni nakkan lelaki berkereta. kalau tak ada kereta sekalipun, ada lesen dah cukup. betul dak?


dan, ada jugak insan yang akan setia mendengar rintihan kita, tolong kita buat research untuk assignment dan macam-macam lagi. macam mana, dah sedia ke nak kawen?

* ulasan seterusnya pada entri akan datang

Mood: Serabut dan Busy

assalamualaikum

banyak kerja yang melaung-laung minta disiapkan agar dia dapat berehat di meja pensyarah. semuanya mengangkat tangan minta disiapkan segera sedang empunya badan sedang berperang dengan emosi dan mentaliti sendiri.

trust me adik adik out there, tak payah teringin nak ambil jurusan Sains kalau berminat nak masuk Institut Pendidikan Guru. masa foundation dulu, belajar Fizik Biologi Kimia sekaligus dalam 3 semester tu. pastu ambil pulak exam untuk ketiga-tiganya dalam 1 paper! kalau setakat silibus sekolah menengah bolehla aku terima lagi. ni silibus matrik campur silibus STPM. selalu sangat aku rasa down masa foundation dulu. pecah kepala dibuatnya!

masuk degree pulak satu hal. memang la belajar takde yang senang tapi kalau kat IPG, budak-budak Sains la yang guna letrik paling banyak (agaknya sebab tu budak Sains kena duduk antara kami je, takde la orang pertikaikan kita guna letrik lebih-lebih). kami la yang paling kerap tak cukup tidur dengan lab report yang melambak-lambak dan perlukan perhatian khusus berbanding tugasan lain. orang lain nyenyak dibuai mimpi, kami pukul 4 pagi majoritinya tak tidur lagi. bukan isu kerja last minute tapi memang due tu muncul saat akhir buat kita tak menang tangan!

kalau sapa dapat score 3.70 ke atas untuk jurusan lain, bagi aku tu adalah normal. aku tak terkejut. seriously. biasa la tu. depa susah cara depa. kami susah cara kami. maka, mana-mana budak sains score 3.70 ke atas, bagi aku dia amat hebat!

macam sekarang, aku ada 3,4 benda yang kena submit. salah aku ke ek kalau aku cakap aku ni tak sempat nak bernafas, balik Public Speaking terus pergi bahas? balik-balik je, tak tahu punca, dari mana harus aku mulakan. nak menangis pun ada. tengok kawan-kawan dok kecoh dalam group kelas di facebook, cakap submit portfolio ni hari Ahad, portfolio tu hari Ahad, Isnin.. aku rasa macam nak jerit. apakah semua ni???

pensyarah pun mula tanya bila Shaqirah nak balik. lama benar. yelah. nama pun tournament. tapi yang hampehnya, walaupun aku busy, berat aku tak susut. ciss. 

agaknya lemak tu dah saturated.

time ni jugak duit meronta-ronta minta dilaburkan. konon kena jadi manusia prihatin dan tidak ego dan bertanggungjawab ye, fine. aku rasa, manusia macam kau memang takkan ada sapa pun akan suka. teruskan. aku nak diam je. tuntutlah hak kau dan hak-hak yang kau rasa wajar, tapi aku harap, aku tak sekejam kau untuk tuntut hak aku nanti.

diam.

berharap amir segera muncul. tadi mimpikan dia, dia datang bertanya keadaan aku. dan tanpa sedar, rupanya aku menangis dalam tidur. dia tanya aku sama ada aku sihat, sama ada aku hidup dengan baik semenjak ketiadaan dia. dan aku tahu aku mengadu macam-macam pada dia, itu mungkin sebabnya aku termenangis dalam tidur.

datanglah kembali sayang, walau hanya dalam mimpi :(

esok genap sebulan aku hidup tanpa dia, tanpa suara dan perhatiannya. tapi aku yakin, doa dia tetap sama untuk aku. macam tu juga aku. semoga segalanya baik-baik saja. kenapa? bagitau aku. ada ke kapel yang sentiasa mesej setiap hari, call setiap hari, tiba-tiba terpaksa berjauhan selama 6 bulan boleh hidup macam biasa? itu kebiasaan aku sejak 3 tahun lepas. memang jarang jumpa, mungkin 3 bulan sekali tapi mendengar suaranya adalah wajib setiap hari sebagaimana mendengar suara mak abah. 

mungkin aku perlu istikharah, mempertimbangkan hasrat dia dan keluarganya untuk kami segera bertunang. sekurang-kurangnya apabila bertunang, perancangan hidup akan lebih serius.

ahh.



semoga segalanya dalam kawalan, amin.


Allah yang Maha Pemurah...

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia
dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat - saat indah
yang dapat kami nikmati bersama.
Terima kasih untuk setiap pertemuan
yang dapat kami lalui bersama.

  Akudatang bersujud dihadapanMU...

Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya...
janganlah biarkan aku, melabuhkan hati aku dihatinya..
kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku dan jauhkan dia dari relung hati aku...
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus, murni...
dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk aku...
ya Allah tolong satukan hati kami...
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya...
berikan saya kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya...

Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan...

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh - sungguh mencintai dan rela membgi suka dan dukaku dengan dia...

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini...
lepaskanlahku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU...

Allah yang Maha kekal, aku mengerti bahwa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untukku...
luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepadaMU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing aku menuju terangMU...
Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....
Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendakku yang menjadi dalam setiap bagian hidupk...
Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku.
Amin.

taken here

October 14, 2011

Non-officially Enganged

assalamualaikum

pertunangan bermaksud apabila seseorang lelaki melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita tersebut bersetuju, satu ikatan pertunangan telah terjalin antara mereka. ya! dan menurut sumber sahih, rombongan meminang yang datang tu hanya menyempurnakan adat saja, jadi isu pertunangan antara seorang lelaki dan wanita yang serius berhubungan tidak timbul sebab lamaran si lelaki sudah diterima.

wajib diketahui oleh lelaki lain bahawa apabila seorang wanita sudah dipinang oleh seseorang lelaki dan peminangan itu sudah dipersetujui, tidak dibenarkan baginya menggangu dan meminang wanita tersebut selagi mereka masih berhubungan.

err, maknanya aku dan amir dah bertunang tapi belum secara rasmi mengikut adat la kan? ye. dah bertunang. dan hati takkan berubah. tiada yang kedua. takkan ada yang kedua. 

dah hampir sebulan dia pergi dan hampir 3 minggu dah tak dengar khabar berita. 

dan sesungguhnya seorang shaqirah masih tetap menanti dan terus menanti. 6 bulan je pun. macam sekarang, pejam celik pejam celik dan sebulan. insyaALLAH kalau raya dia balik, walau tak sempat jumpa, rasanya dah terubat kalau dengar suara dia.




October 13, 2011

Beralih Angin

assalamualaikum

okay serius bosan asyik cakap pasal bahas. kadang-kadang, aku anggap ni macam percutian je dan sepatutnya percutian tak boleh diganggu. tapi sapa cakap? di saat nak ketenangan tu la tiba-tiba diganggu gugat dengan masalah yang selama ni boleh sabar lagi

ye shaqirah sedang cuba bersabar. sedang cuba membaiki diri agar tak terlalu cepat melatah. cuba nak hadapi dengan senyuman tapi dah nama pun shaqirah kan, mudah sangat tersentuh dan menangis. sangat fragile. luaran je nama tough, tapi hakikatnya dalam hati ada jambatan gantung!

somehow, aku lebih suka nangis sebab aku akan lega bila nangis. aku tak perlu sesiapa untuk mendengar, cukup kalau dia bagi aku masa untuk menangis. then only aku akan cool dan boleh bercerita. terima kasih kepada insan-insan yang menghormati dan menerima cara aku meredakan ketegangan.

lain padang kan lain belalang...







October 12, 2011

Panorama IPTAA

assalamualaikum

malas sebentar nak cakap pasal bahas. well. macam dalam sidang parlimen biasa, bahas pun ada politiknya. ada yang emosi, ada yang masih berjaya maintain cool walau dihentam pihak lawan. normal.

nama pun debat ye dak?

kita tinggalkan arena perbahasan sebab aku nak tunjuk betapa gembiranya aku sebab berjaya ambil ambar dengan team kt jambatan kuch-kuch hota haii! dan jom kita tengok betapa indahnya panorama Ampuan Afzan ni ye













banyak cerita sebenanrnya di sebalik gambar-gambar ni. banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bersama pasukan pelbagai lapisan usia ni. haha. perasan comel dan muda adalah perkara biasa dan aku sebagai kakak, layan jelah. haha

October 10, 2011

Kedai Abe Jo

assalamualaikum

okay. sorry readers. nampak gaya macam selagi aku tak tinggalkan bumi Kuala Lipis, selagi tu aku akan update pasal tempat ni dan aktiviti aku di sini ye. jangan bosan pulak sebab ni untuk tatapan dia balik training nanti dan jugak tatapan aku tua-tua nanti. hihi

kedai abe jo terletak kira-kira 15m dari hotel tempat kami menginap. nampak sangat ore kelate deh. dah rezeki abe jo agaknya sebab dari petang tadi kami rancang nak makan kfc tapi disebabkan hujan yang lebat amat (bah okay), dan encik pensyarah yang keletihan, kami mintak nak drive dia tak kasi, hehe, maka terpaksa meredah hujan ke kedai abe jo.dah tertulis malam ni dia dapat durian runtuh dan kamilah antara pemilik durian tu untuk dia tadah.

makanan? not bad. sedap. cumanya aku kenyang so tak dapat habiskan kueteow tomyam yang dipesan.


ni namanya nasi goreng lipis. kesian budak tu. alergik tapi kena makan sebab takut rugi. hihi

okay. ni kueteow tomyam. presentation macam biasa. rasa? sedap. harga? mashaALLAH.


aku dan azryn. 


agaknya apa yang Boni tengah buat? okay. sebaik saja aku cakap nak masukkan gambar dalam blog, terus dia posing. haha.

abe jo, terbaikk!!

Sistem Swiss Powermatch

assalamualaikum

okay. dah janji nak cerita pasal sistem pertandingan bahas kali ni? dah takde liga atau knockout, tapi guna swiss powermatch. aku asa, sistem ni lagi menarik dan berupaya me-reveal-kan (dengan izin yang dipertua) kebolehan sesuatu pasukan.

penentuan kemenangan dan ranking kesemua pasukan adalah berdasarkan 4 kriteria iaitu juri, margin dan total marks serta jumlah kemenangan. juri ni macam ni, kita kan ada 3 juri, maknanya kita mungkin akan dapat 1 point kalau sorang je juri pilih kita, 2 lagi tak. kita mungkin juga akan dapat 2 point kalau 2 orang daripada 3 tu pilih kita. kalau kita dapat 3 point pulak (sahih menang), tu bermakna ada 3 orang juri support kemenangan kita. dan tak mustahil kita akan dapat 0 point sebab takde sorang pun pilih kita (kes sahih kalah). hehe

untuk margin pulak, juri akan beri ranking dari 0-12. semakin tinggi margin yang kita dapat (kalau kalah), bermakna semakin terukla performance kita masa tu. okay, let say Shaqirah sebagai team A dan Amir sebagai team B. Amir kalah dengan margin 2. kira kemenangan Shaqirah tu kira tipisla. kalau Amir dapat margin 8, kira performance dia teruk benar. kalau 12? oh. speechless.

ranking keseluruhan akan mengambil kira faktor-faktor yang telah aku nyatakan di atas. overall, aku rasa, ni sistem pertandingan terbaik untuk diguna pakai dalam pertandingan-pertandingan yang bersesuaian. 

*malam ni pakat nak berjalan makan KFC. agak-agak, aku larat tak?

*makanan di Kuala Lipis mahaalll berbanding Jitra! kalau di Jitra, sepinggan nasi bersama seketul ayam sederhana saiz dan sedikit sayur kangkung mungkin hanya berharga RM3-RM3.50 tapi kat sini RM5 okay!

*maggi di tempat kita, RM3.50 untuk 5 paket tapi kat sini RM5.70!

*aku harap, harga KFC tu standard. kalau tak, macam mana aku nak borong ros merah dan ros putih nanti? oh. garu kepala.