Friendly Friends

December 5, 2010

setelah lama menyepi!

`wee..dah lama yang teramat rasanya aku dah update blog.geram betul..rasa geram sebab beli modem P1Max tu pun  ada.yela..tak dapat coverage kt sini.apa?tempat aku ulu?cakap bebaik sikit eh..kawan aku cakap,kakak dia kat Sungai Besi pun tak dapat coverage tu.haha.moral of the story?survey dulu sebelum beli..nanti menyesal macam aku ngan paah.kalau aku tau,dah lama aku pakai broadband biasa mcm Celcom tu.
Cuti dah nak dekat dua minggu rasanya.kalau aku tak salah la.teringat paper last ritu,aku buat tindakan  berani mati dengan keluar dewan periksa pas SEJAM je menjawab paper tu.masa ada lagi sejam setengah.gila.final exam kot.tapi aku malaslah nak fikir panjang..kalau dah habis tu,keluar ajelah.tunggu apa lagi.aku takkan dapat ilham last minute punya untuk jawapan bagi soalan yang aku tak tau.hakikatnya aku memang tak tau sebab untuk paper last ni,aku stadi pukul 3 pagi hari nak exam.exam waktu petang tu.cuba kita fikirkan bersama,sempat ke aku cover semua topic?sila jawab.haha.jadi apa guna aku membijakkan diri stay situ padahal otak aku memang blur?
Sila jauhi perangai aku yang suka ikut kata hati.ala..ni bukan kali pertama aku buat macam ni..haha
Balik rumah ada hari raya haji.abang aku tak balik kali ni.tak dapat cuti.tapi sekarang ni dia mesti seronok punya..kerja tak cukup setahun lagi tapi dah naik pangkat sekaligus gaji naik sekaligus pindah tempat.dia kena transfer g Kuala Terengganu.bestla.pasni kalau aku ada duit lebih sikit pastu aku bosan pastu kakak adik aku ada duit,boleh pergi sun bathing kat Pulau Perhentian atau Pulau Redang.haha.cantik!kumpul duit dari sekarang
Balik rumah jugak mak membebel suruh aku habiskan lessen moto sebab tahun depan nak terus ambil lessen kereta.aku sebenarnya agak kurang yakin nak buat brek kecemasan masa test nanti..sebab tu aku lengahkan.aku takut terpelanting kat jaring depan tu.oh mintak simpang.tapi dalam tak tak berani aku,dah banyak tempat jugak la aku dah pegi bawak moto sendiri.siap bawak abah kakak adik adik siap.haha.heaven beb!ni buat aku makin tak sabar nak ambil lessen kereta nak bergerak sendiri.
Lagipun,selama mana aku tak reti nak bawak pape kenderaan selain beskal n kereta sorong kan?
Oh,bungkusan amir dah sampai.dia belikan aku kain n tudung warna pink.hehe.kat mak pon ada dia belikan tudung tapi tersangat labuh melebihi paras pinggang.mak gelak je masa try pakai.mak kata,menantu ooo menantu..insaf2.hahaha
Hehehe.seronok pulak aku menaip ni kan?banyak benda la aku nak cerita..
Perniagaan katalog aku?alhamdulillah..paksu aku siap order kasut dua pasang sekali order.pastu dia nak order lagi.alhamdulillah..sekali dapat komisen pun paling rendah dalam rm40..pernah sekali aku dapat dekat rm100.mungkin orang lain cakap sikit tapi bagi student macam aku,jumlah tu kira berbaloibaloi sebab tak payah nak promote lebihlebih.pas je katalog tu kat orang,ambil order,ambil barang,ambil duit.tapi aku still berfikir macam mana nak luaskan empayar perniagaan.

1 comment:

ayu toink2 said...

ko buat bisnes katalog 2 camne ye?ajala..hehe