Friendly Friends

December 22, 2010

Resepi Percik Ikan

kalau mai perlis,jangan lupa singgah Kuala Perlis makan Laksa Kuala dan ikan bakar ngan segala makanan laut yang dibakar.tambah-tambah makan masa remang senja,masa matahari nak terbenam,nasi mentah pun rasa sedap!



tapi kalau nak mai Kuala Perlis terasa jauh sangat,kita boleh bakar ikan dan makanan laut lain sendiri di rumah.resepi dia sangat mudah dan dijamin sedap!ambil minyak masak,kunyit,gula,garam ngan susu pekat manis,campur semua.agak-agak cukup la nak percik kat ikan tu.tapi sebelum tu,lumur siap-siap ikan dengan garam sebab nanti tak mesra para ibu-ibu cakap.haha


masa bakar tu,percik la bahan percikan yang aku bagi di atas ni.korang bertuah tau sebab aku bagi resepi simple ni.kalau kat rumah,hanya aku je tau benda ni dan aku praktikkan masa bakar ikan.orang lain aku tak gtau sebab aku takmau depa bakar ikan sedap-sedap masa aku tak ada kat rumah.haha.

No comments: