Friendly Friends

December 22, 2010

Petua Mengelakkan Minyak Mercik Semasa Menggoreng Ikan

kalau berhadapan dengan situasi ikan yang melompat-lompat dalam kuali masa kita tengah goreng,apa korang akan buat?


pilihan satu:ambil helmet tutup muka,sambung batang penyapu dengan sudip ikan,ambil penutup belanga mana-mana yang paling besar,pastu duduk 3 meter dari kuali. (ni trend fashion terbaru gadis-gadis sunti yang seminggu sekali masuk dapur untuk masak.kemungkinan lebih dari seminggu)


pilihan dua:masa minyak panas tu,sebelum masukkan ikan,masuk asam jawa sikit.insyaAllah ikan takkan melompat. (ni petua tok nenek yang still vogue yang dok gobek sireh pinang masa cucu-cucu perempuan masuk dapur.sambil tu,mulut dia potpet macam-macam yang boleh dibukukan masuk arkib keluarga.


pilihan tiga:masa ikan tengah melompat,minyak tengah mercik tapi korang terpaksa jugak
dekat sebab nak alih ikan,korang marah dia.ayat dia macamni "nampak tak aku tengah marah ni??sekali hang mercik kena kulit aku,siapla hang!".sesungguhnya telah dibuktikan pilihan ketiga ni paling berhasil untuk mengelakkan minyak mercik ke kulit.sebabnya masa kitatengah marah,sakit macam mana pun kita takkan rasa.haha.tapi make sure tak ada orang mai rumah masa tu sebab free-free dia balik rumah dia,dia cakap kat anak teruna dia suruh lupakan niat nak minang kita sebabnya garang sangat dan gila sebab cakap dengan kuali.haha(ni style aku yang dah lama menceburkan diri dalam bidang masak-memasak.cubalah!kini masalah memasak tiada lagi!haha)

No comments: