Friendly Friends

December 16, 2010

Permainan Aku Masa Kecil

aku dilahirkan pada tahun 1990.aku rasa,tahun tu takde la lagi mainan canggih yang macam budak-budak sekarang main..contoh terdekat,adik aku yang bongsu tu.berlambak mainan dia yang setengah tu aku rasa dia tak sempat nak main pun,dah ada mainan baru.menyampah aku tengok.haha

mak abah selalu pecahkan kami 6 beradik kepada 2 generasi yang berbeza.dahla generasi pertama ni; aku,abang sulung ngan kakak aku,nama kami mula dengan huruf S.yang 3 ke bawah tu,3-3 mula dengan huruf F.so,generasi pertama adalah generasi S manakala generasi kedua adalah generasi F.ok?

generasi S ni masa zaman kecik-kecik,mak abah tak belikan sangatla permainan ke..doll ke..hape kebende pon la sebab kami main sendiri-sendiri.aku tak tau la kalau ada bebudak lain main apa yang kami main.bagi aku,permainan ni diasaskan oleh abang sulung aku.haha.nama permainan ni "orang batu". serius genius!

permainan dia lebih kurang masak-masak tapi masak-masak tu masak jelah kan?tapi permainan orang batu memerlukan daya kreativiti yang jauh lebih tinggi daripada main masak-masak tu.haha.ni senarai pelakon yang terlibat:




1. orang lelaki/ayah/anak lelaki atau apa saja watak yang berjantina lelaki: batu
2. orang pompuan/mak/anak pompuan dan sewaktu dengannya: kulit kerang yang mak buang lepas makan.haha

permainan ni lebih kurang kelas lakonan jugakla.tapi kalau main masak-masak atau kawen-kawen,kita sendiri yang akan berlakon kan?ha..game kami tak.batu ngan kerang tu yang berlakon.kita yang gerakkan depa dan bercakap bagi pihak depa.rumah depa ni ikut kreativiti kita la.kadang-kadang kami main kat akar pokok jambu air belakang rumah.pastu cari la apa-apa benda yang boleh 'hias' rumah tu.haha.selalunya aku berjiran dengan kakak aku.sebab masa aku main,abang aku dah besar tapi kakak aku berhingusan lagi.haha.serius beb!best gilak bila main orang batu ni.dulu rumah kami rumah yang bertangga,ada la pelapik tiang kan.ha..tu jugak rumah bagi orang batu aku.haha.

aku pernah dengar cerita yang abang aku pernah ponteng kelas kafa kat sekolah sebab terlalu asyik main orang batu.pastu esoknya,kakak aku kebetulan lalu kat kelas dia,ustaz tu panggil kakak aku dan tanya:

ustaz:kenapa abang kamu tak mai mengaji kemarin?
kakak:ooo..dia main orang batu..(nada naif)
ustaz:orang batu????

hahaha

bila sekarang ni tengah belajar nak jadi cikgu,aku belajar la Ilmu Pendidikan.lebih kurang psikologi kanak-kanak la.aku ada baca,ada beberapa jenis main dalam kalangan kanak-kanak.antara main yang paling dapat membentuk minda ialah main simbolik,iaitu menggunakan sesuatu objek untuk mewakili benda lain.melalui permainan macam ni,kanak-kanak dapat mengoptimumkan daya imaginasi.ha..tak ke genius namanya?haha

*bercadang nak komersialkan permainan orang batu.

No comments: