Friendly Friends

December 16, 2010

Kueteow Sup Siam

pernah makan tak kueteow sup siam?aku mula jatuh hati dengan makanan ni masa tahun-tahun akhir aku di SMSAH.sekolah aku ni adakan pasar malam setiap hari Jumaat.masa tu,pakcik makcik atau cikgu atau students sendiri akan bukak gerai berniaga.antara makanan yang dijual ialah kueteow goreng,ABC cikgu majid,nasi ciknah,nasi lemak,air bermacam-macam jenis,burger,keropok ikan..macam-macam lagi la!paling special,kueteow sup siam dan ni menu wajib aku beli selain milo ais!

mulanya aku pelik jugakla nak makan.ada kangkung celur..taugeh..kacang tanah goreng yang ditumbuk dan isi ayam yang dicarik.pastu ada la perasa tambahan minyak siam la,ape la..pastu ada cabai kering serbuk..pergh..heaven!

bila aku keluar sekolah,aku macam lupa kejap makanan ni sebab dah tak jumpa.tapi sejak kebelakangan ni,aku mula perasan ada jual kat pasar malam Abi ni.ni lagi best sebab dalam kuah dia ada sebiji bebola daging.walau kat sekolah dulu takde bebola daging,tapi berbaloi yang amat la sebab semangkuk harganya seringgit aje.semua makanan kat pasar malam tu harga rm0.50 atau seringgit aje

sekarang ni aku tak susah hati lagi kalau teringin sangat-sangat nak makan kueteow sup siam sebab dekat simpang dekat rumah aku ni ada orang kampung bukak gerai jual laksa,air ngan kueteow sup siam!oh heaven!selang sehari,aku jalan la gi gerai tu makan makanan feveret aku.haha.

apa lagi?try la cari kueteow sup siam ni.sure terangkat!kalau habis tak jumpa sangat,google je.tengok gambar pun dah cukup nikmat dan mengenyangkan.haha

No comments: