Friendly Friends

December 22, 2010

Klip Rambut Rama-rama

dulu masa sekolah rendah,masa darjah 3 rasanya,cikgu Basirah pilih aku jadi pengawas koperasi.teruja gila la masa tu.haha.aku bertugas dengan kawan baik aku,Nur Zatil Aqmar yang aku panggil Mama.style kan?



masa tu,yang jadi kegilaan anak-anak dara sunti ialah klip rambut bentuk rama-rama.harga dia kalau tak salah aku RM1.50 kot sekor.berebut la para jelitawan nak beli klip ni.aku pun tak kurang.lawa,memang lawa.tapi tu pandangan lawa bagi Nur Shaqirah yang berusia 9 tahun.sekiranya Nur Shaqirah yang berusia 20 tahun ini kembali ke zaman itu,mungkin rama-rama itu hanya dipandang dengan ekor mata sambil berkata dalam hati "bagi free pun aku tak mau!"


tapi aku tak beli walau aku teringan macam mana pun.walaupun aku pengawas koperasi yang dok tatap benda tu hari-hari,aku pendamkan keinginan tu.duit seringgit yang mak abah bagi tu,RM0.30 aku beli nasi sambal bilis.sekupang aku beli air sirap gelas kecik.pastu baki dia aku bawak petang masa kelas kafa.sungguh berhemah dan berjimat cermat Nur Shaqirah pada usia 9 tahun ya.ternyata walaupun beliau masih tidak mampu menilai erti kecantikan sebenar,beliau seorang yang berjimat cermat tidak seperti semasa beliau berusia 20 tahun seperti sekarang.hahaha


minggu lepas,aku tengok katalog barang-barang yang aku jual.rupanya masih wujud klip rambut rama-rama tu!aku ingatkan dah tak ada.haha.klasik betul la.harga dia dah naik seringgit sekor.macam mana?nak beli ke tak ek?buat penebus kempunan zaman sekolah rendah.hahahaha

No comments: