Friendly Friends

December 7, 2010

Keistimewaan Kidal

aku sifatkan entri kali ni berilmiah sebab aku nak cerita pasal hasil pembacaan aku tadi.dia cerita pasal pakwe dia kidal.dia cakap,orang kidal ni kreatif..tapi yang aku geram sangat,bila gaduh ngan pakwe dia,dia cakap: tau x orang kidal ni pendek umo??

sentap!!

meh sini aku nak cerita sikit pasal si kidal-kidal ni.buka mata,buka minda

memangla golongan kidal adalah golongan minoriti dalam dunia..dalam peratusan perempuan yang kidal adalah jauh lebih sedikit daripada peratusan lelaki.aku pon kidal..majoriti sedara mara aku kidal.hehe.best pe..haha
dulu aku sedih jugakla bila pakat cakap geng kidal ni pengotor.eleh..aku dengar cerita,di istana,raja nak tukang masak kidal tau sebab contohnya bila nak potong buah,dia akan pegang buah dengan tangan kanan dan pisau dengan tangan kiri.pembersih la tu..haha.menarik tak menarik tak?

kebanyakan peralatan memang dicipta untuk orang kanan.contohnya macam gunting..pisau..mouse..klim karipap..haha.sebab tu dikatakan orang kidal lebih kreatif sebab kena adaptasi dengan kekurangan ni.

orang kidal judak banyak menggunakan otak kanan.otak kanan ni macam otak kreatif la lebih kurang.tapi aku terkecuali la dalam kes ni.haha

oh,kalau tak salah aku,orang kidal menyambut perayaan hari Kidal sedunia pada 13 ogos setiap tahun.
ape lagi orang kidal,jom join kelab lefthanded sedunia so that boleh mintak cuti beramai-ramai masa tu.haha

ni list antara orang kidal yang ternama

1. Man Kidal - Pemain Gitar 

2. Asmawi Ani @ Mawi - Artis

3. Bill Gates - Usahawam/Jutawan (Microsoft) 

4. Julius Caesar -Roman General 

5. Amitabh Bachan- Pelakon 

6. Oprah Winfrey - Pelakon/ Host

7. Tom Cruise - Pelakon

8. Nicole Kidman - Pelakon

9. Barrack Obama - Presiden Amerika-Ke44 

10. Angelina Jolie - Pelakon

11. Nur Shaqirah Mat Isa - Guru Sains Terlatih

aku pernah nak belajar main gitar,tapi disebabkan aku kidal,akulupakan hasrat tu sebab gitar tu jadi terbalik bila aku pegang. (macam mana man kidal pegang?).aku jugak nak belajar anyam ketupat tapi tok malas nak ajar sebab aku pegang terbalik jugak  T_____T




fakta yang dipetik dari group kidal di facebook:

- Orang kidal mempunyai kelebihan dari segi teknikal skill.Contohnya sukan Badminton, Tennis; kerana orang kidal memegang racquets dgn cara yang berlainan. Ini menyebabkan pihak lawan sukar menjangka pergerakan yang di lakukan. 
- Researchers also claim that left-handed fighters are more skillful than right-handed fighters, as it is more difficult for opponents to foresee and block a punch thrown in the opposite direction. 
- Tahukah anda,daripada 5 orang yang mencipta komputer Macintosh, 4 daripadanya adalah orang kidal.



No comments: