Friendly Friends

December 16, 2010

Jatuh

dah lama rasanya aku tak jatuh.ha,jatuh apa?jatuh cinta?jatuh cinta tu ye jugak sebab last sekali aku rasa hampir 3 tahun lepas tapi Alhamdulillah,masih dapat bertahan.haha

yang aku maksudkan di sini ialah jatuh semasa berlari.haha.korang macam mana?ke baru je jatuh tadi?

kalau aku tak salah,last aku jatuh masa lari ialah masa aku tingkatan 4.berkejar dengan nada.aku tak tau apa punca kami lawan berkejar.masa tu kat legaran depan dewan besar,dekat pondok guard.lebih kurang masa tengah hari.dahla jalan bertar..sakit yang amat!

nada pulak bukan nak kesian kat aku tapi gelak bagai nak rak.aku pun tak jadi rasa sakit sebab dah berganti dengan rasa malu teramat.haha.

selepas hampir 5 tahun,tadi aku jatuh lagi masa berkejar dengan anak kucing aku.kucing tu pun satu hal,nak makan pun kena paksa.bajet cute la tu.weekkk.haha.kesian aku.sakit woo!tapi bagus jugak,kalau tak mungkin aku dah lupa macam mana rasanya terjatuh!

No comments: