Friendly Friends

December 16, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

oh lala..kemarin hari girls out!aku,kakak aku,adik perempuan aku ngan tunang abang aku keluar tengok wayang.masa tu cerita lain lambat lagi,ada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah je.dengan pantas,bakal kakak ipar beli tiket,kakak aku beli popcorn,kalut-kalut masuk cinema.

aku bagi 3 setengah bintang la untuk cerita ni.tapi bagi aku,cerita Zombie kampung pisang jauh lagi bestla.dengar kata cerita ni sequel dari Zombie kampung pisang sebab nama kampung tu tetap kampung pisang dan awie tetap sebagai teraju utama.tapi watak-watak lain macam Que Haidar dah takde.watak-watak lain macam Ucop Penari Kebudayaan yang suke goyang tayang tu still ada..abi hurairah ada..pak jabit dan ketua kampung tu ada.



dalam cerita ni,kampung pisang digemparkan lagi dengan bala-bala yang datang.hantu kak limah ni selalu la buat havoc mengacau orang kampung.dengan bomoh yang dibawak pun tersampuk sama.hampeh betul.haha


hantu kak Limah ni style betul.rambut lawa sikit dari penyapu sawang.aku rasa aku ngan orang lain lagi banyak gelak dari jerit.err..aku rasa tak jerit langsung kot..cuma awal-awal tu,disebabkan seat aku kat hujung,aku pindah masuk tengah sikit.hehe.terasa macam kak Limah duduk tepi aku je.

aku rasa tak rugi la kalau nonton cerita ni.ending dia walau agak klise,tapi kalau tak boleh agak,takleh jugak.pape pun,ayat yang paling aku takleh lupa bila bomoh tu cakap kat Husin (awie) :kalau kita ingat kat dia,dia pun ingat la kat kita..

eeeeeiiiiii!!!

No comments: