Friendly Friends

December 22, 2010

Dek Kerana Sebuah Mimpi

betul ke antara manusia terutama yang kuat hubungannya ada instinct yang kuat antara satu dengan yang lain?kalau ya,macam mana pulak kesnya dengan yang dah lama terputus hubungan,tak kira berkasih atau berkawan?instinct tu kuat lagi ke?



betul ke kalau kita mimpikan seseorang bermaksud dia sedang atau selalu teringatkan kita?ada jugak yang cakap apa yang selalu kita bayangkan,terutama di siang hari,benda tu akan masuk dalam mimpi kita sebab kita akan terbawa-bawa benda tu.mengigau jugakla dibuatnya.tapi macam mana pulak kesnya dengan orang yang lama hilang dari fikiran kita,yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa,yang dah tak pernah kita ambil tahu pasal dia,masuk mimpi kita?berturut malam pulak tu.

tapi kenapa dalam mimpi tu dia seolah jauhkan diri dari kita?nampak kita aje,dia akan buat tak tahu atau lari dari kita.kenapa?kita ada salah ke dengan dia?atau dia masih teringatkan salah dia pada kita?yang takjubnya,pakaian dia dah berubah.dalam mimpi tu,pakaian dia nampak suci..bukan lagi pakaian ranggi yang biasa dia pakai.


kenapa ya?


mimpi ada kalanya mainan tidur..gangguan syaitan tapi jangan yang lupa yang mimpi tu kadang-kadang satu petunjuk buat kita.melalui mimpi,para Rasul mendapat petunjuk.melalui mimpi,kita mendapat jalan keluar sesudah istikharah..melalui mimpi juga,kita boleh kembali ke detik kenangan silam.kadang-kadang juga,mimpi bawak kita ke masa depan.pernah kan berlaku,kita ada di sesuatu tempat dan terfikir kita pernah sampai ke situ padahal realitinya tulah kali pertama kita menjejakkan kaki ke situ?


kuasa mimpi!

No comments: