Friendly Friends

December 11, 2010

Azam Tahun Baru Cik Qirah

sori.terlebih rajin update malam ni.sekadar nak kongsi apa azam tahun baru aku kali ni.ada setengah tu azam yang dah direnew sejak 15 tahun lalu..ada yang 3 tahun lepas..tapi ada jugak yang aku baru je cipta sekelip mata tadi.haha.
1. nak jadi ejen jualan semua yang ada.ha ha ha.macam cosway ngan avon.haha. (tetiba tertanya-tanya,belajar ke meniaga yang jadi sampingan sekarang?hahahaha)
2. seriously nak slim balik.semua orang tegur pasal saiz aku skarang.mak pon cakap gitu tapi disebabkan aku anak yang genius,aku cakap: dah genetik..nak wat cana..haha
3. nak sediakan satu organizer yang akan aku catat semua benda penting.
4. nak belajar menari.seriously.tambah-tambah tarian tradisional.aku ni jenis pantang dengar lagu joget ke..zapin je..rasa macam nak bergoyang je badan.haha.ye..aku tau aku keras..sebab tu la nak belajar kan..
5. nak kumpul duit nak beli satu heels baru.
6. nak serious menabung dalam ASN.hehe.
7. nak belajar buat western foods.
8. nak mencari diri yang hilang sejak 8 tahun lepas...

 style tak azam-azam aku?haha