Friendly Friends

December 16, 2010

Akhirnya..aku eksiden..

15/12..pergh!akan kuingat sampai mati.my first road accident.haha

nak g library dengan kakak aku..smpai simpang 4,memang kami boleh jalan terus.tapi ada 1 kereta dari 1 simpang yang jalan terus (sepatutnya dia stop) dan kakak aku tak sempat brek...kami terdampar di atas jalan raya..aku mengutip buku-buku yang berselerakan di atas jalan..tidakkah pemandu itu berasa bersalah kerana melanggar si genius?

kupandang belakang.oh,ada lori!kupandang depan,oh ada kereta!kami bergegas mengangkat moto yang baru 5 bulan dibeli sampai berjalan terhincut-hincut ke tepi jalan.malu dan sakit bercampur-baur...

pemandu kereta turun.oh,malangnya kamu!aku kenal kamu!kamu junior aku di maktab perguruan sana!siaplah kamu..

pemandu lain yang memandu di belakang turun dan  datang ke arah kami..

"tahukah kamu kerana kamu,banyak kenderaan lain yang akan terlibat?tak nampak ke tanda stop tu?"

kakakku yang tadinya cool mula bersuara...

"tak nampak ke tanda stop tu?nasib baik saya slow,kalau tak mesti dah terpelanting!"

pakcik tadi bersuara lagi.."ambil number plate dia.nanti pape hal senang nak buat police report"

kami menghidupkan moto untuk kembali ke rumah.setibanya di rumah,barulah kami menyedari kerosakan yang teruk berlaku pada moto.kakiku juga luka..maklumlah,menahan moto dari rebah menyembah bumi...

malam itu juga,kami mendapatkan urutan dari mak.tak pernah kurasakan sakit seperti ini.terhempas ke jalan raya bukanlah pilihanku.namun aku bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia kami.

tangan kiriku terasa amat sakit sekali.tidak boleh diangkat.abah zahir,abah angkatku dan amir menelefonku setelah mengetahui keadaan aku dari amir.beliau seorang polis trafik dan memberitahuku agar menghubunginya sekiranya mahu membuat laporan polis.tapi abah biologiku berkata.."takpa.kita cara baik.kalau dia takmau tanggung kos nak baiki moto ngan gantirugi kecederaan,baru kita wat report."

aku akur sambil trbayang semula peristiwa itu...sakit woo!!

No comments: