Friendly Friends

November 4, 2010

Salam Sayang, Shaqirah

nama saya Nur Shaqirah binti Mat Isa.anda mungkin kenal saya sebagai Qirah,Shakey,Kak Qirah atau Mak Lang Qirah atau untuk family Amir,ada yang dah mula panggil i maksu.apa saja panggil anda pada saya,saya tetap insan yang dilahirkan pada 20 tahun itu.saya masih insan yang serupa,InsyaALLAH

tempat saya dilanda banjir.ya.di Jitra.banjir teruk melanda negeri kelahiran saya,Perlis dan negeri tumpangan saya selama hampir 8 tahun,Kedah.banjir besar ini mengakibatkan hampir keseluruhan pekan Jitra lumpuh.syukur..tempat tinggal saya di Perlis itu masih tidak ditakungi air.dan syukur juga asrama kediaman saya ini masih selamat.cuma terkadang keputusan bekalan air dan makanan.ohhh..nasiblah saya masih punya berkeping-keping not merah untuk membeli air mineral dan sedikit makanan.kalau tidak..ahhh..


sehubungan dengan itu,anggaplah entry ini berupa sedikit wasiat ya kepada readers sekalian.andaikata orang yang saya maksudkan dalam entry kali ini tidak membacanya,sudikanlah meringankan bibir anda menyampaikan pesanan saya in ya.saya risau andaikata saya terhanyut dibawa arus banjir nanti dan tidak sempat menyampaikan wasiat ini (tolong jangan ketawa kerana saya sedang serius.)


tolong beritahu mak saya,PUAN WAN SAODAH BINTI WAN DERAHMAN bahawa saya amat menyayangi beliau.beliau insan paling sempurna yang ALLAH hadiahkan pada saya.saya berbangga dapat mewarisi sifat beliau yang suka berceloteh.saya rindu saat saya demam kerana mak saya akan mendemah kepala saya dengan air asam jawa sehingga rambut saya menjadi keras yang amat.saya suka semua masakan mak saya.mak saya sangat genius dalam bidang masakan.mak,maafkan kak Qirah sebab tak sempat berbakti.maafkan kak Qirah sebab tak sebab bawak mak abah tunaikan ibadah haji.kak Qirah tak sempat simpan duit lebih sebab kak Qirah nak makan pun kena catu.maafkan kak Qirah.terima kasih sebab lahirkan kak Qirah sebagai anak mak dan abah.love u so much mak!


tolong jangan lupa bagitau abah saya,ENCIK MAT ISA B DIN bahawa beliaulah hero saya yang sebenar.bukan Ben 10.ntah hape2 je hero itu.abah,abah lelaki paling istimewa dan hebat!kak Qirah paling seronok sebab abah kak Qirah bukan macam abah orang lain.abah kak Qirah boleh dibawak bergurau.abah kak Qirah tak seserius abah orang lain.abah kak Qirah tak macam abah orang lain yang malas turun dapur.abah kak Qirah cukup hebat walau pernah buat kopi campur garam,bukan gula. (opppsss).abah tetap hero!terima kasih sebab didik kak Qirah dengan sempurna.abah dulu cukup pantang ek kalau anak-anak abah ni tak mengaji atau tak baca Yassin hari Khamis.kak Qirah ingat lagi masa kak Qirah 5 tahun.kak Qirah lupa macam mana nak baca surah al-Fatihah.kak Qirah teriak cakap sakit perut.abah pon bagi kak Qirah rest.maaf abah.tapi bukan abah ajar kak Qirah menipu.salahkan Ben 10!


buat adik beradikku yang tercinta,Bampik,Kakja,Fikri,Anis ngan adik,kak Qirah mintak maaf kalau garang ke..ganas ke...suka pau makanan korang ke..pau baju korang ke..curi guna kredit korang ke...mintak halal ek.hampa semua jaga diri tau.jaga mak abah.jangan lupa jasa mak abah.Bampik,aku sedekahkan bantal peluk pink aku ni kt hang.ala..aku tau..hang suka pau bantal aku malam-malam sebab dia gebu kan?eleh..wat macam tak tau plak.Kakja,ambil la semua baju aku.aku tau hang teringin lama dah baju-baju aku kan?hahaha.Anis,nak handphone ek?ambilla.tapi simkad aku bagi kat Amir.untuk Fikri pulak,ambilla bank kad BSN aku.ada la dalam RM19.00++ lagi.hang tambahla.simpan sama duit dan untuk adik pulak,adik nak kereta control kan?adik jualla cincin emas kakak ni.baki tu adik bagi mak suruh beli KFC.cincin ni rasanya dalam dekat harga RM300.beli kereta yang cikai-cikai sudah ye dik!


sayangku amir..ayg sayang sangat-sangat kat abg!terima kasih sebab selalu update perkembangan harian ayg.terima kasih sebab terima ayg seadanya.terima kasih sebab sebulan lepas kapel je,berat ayg terus naik 3kg.papepun abg,terima kasih sebab sudi jenguk ayg sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dari Perak.jauh..dahla abg naik moto.ayg risau sangat...abg pasni jaga diri tau..xde dah org nak leter suruh jangan mai hujan..naik moto jangan bagi kena hujan.xde dah orang nak tegur abg jangan suka tangkap binatang pelik dan hampeh macam ular..pastu masuk tin biskut mak..jangan tau sayang....bahaya..abg jangan la wat benda pelik lagi tau..pastu,janganla samakan ayg dengan bangau...abg cakap muka ayg comel macam bangau?ah sedihnya...sampai hati abg ye..pastu kan abg,ayg tak kisah kalau abg cari lain..tapi jangan cari yang tak senonoh.biar cari yg suka potpet macam ayg..baru abg tak sunyi...jangan cari yang pendiam..cari muka kopipes macam ayg ye!


jangan rindu saya kalau saya pergi dulu.
Salam sayang penuh syahdu...(sob3)
Nur Shaqirah Mat Isa




ingatlah diriku yang pernah ada di hatimu..ingat makan.ingatkan daku.chewah! (opppsss...ini entry serius)







No comments: