Friendly Friends

November 13, 2010

Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat!

teringat zaman muda-muda dulu..masa ukur lilit pinggang cuma sebesar dua botol air mineral 1500 liter,sekitar tahun 1997-2002..masa tu aku sekolah rendah.aku rasa la kan,benda yang paling aku tak suka pasal sekolah ialah masa doktor gigi mai nak check gigi sebab aku dah tau..aku mesti kena makeup punya.hahaha.menyampah.


tapi antara benda yang best dan aku tunggu sangat-sangat ialah bila dengar cikgu cakap,nanti masa rehat semua pergi kat tempat perhimpunan tau!ada lori mai nak bagi milo percuma.time tu aku rasa heaven!aku rasa macam dunia aku yang punya!yeah!


 agaknya aku dulu macam ni tak?ishk2..tak la..aku bertudung dari 6 tahun.haha

jengket mai jengket!

sekarang ni pun aku still obses dengan milo.post yang akan datang,aku akan tunjuk koleksi barangan milo yang aku ada.sekarang ni pun,kalau aku gian nak minum milo dalam cup kecik percuma macam zaman muda-muda dulu,aku bancuh kaw-kaw punya!pastu sakit perut tak ingat dunia.haha




No comments: