Friendly Friends

November 10, 2010

Jangan Ikut Perangai Cikgu

mood:blur.nak tidur tapi tak mengantuk,nak stadi tapi malas.

ke hadapan bakal-bakal ibu bapa kepada murid-murid yang bakal cikgu didik..

saya ingin meminta maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana saya sebagai bakal pendidik kepada anak-anak kalian nanti masih tidak sampai seru untuk stadi walau sudah tiba ke saat yang terakhir.saya sedar khilaf saya.maafkan saya.

saya bakal mengajar anak-anak kalian subjek Sains..subjek yang memerlukan minat,kesungguhan dan penglibatan dari anak-anak kalian tapi saya sebenarnya belum menemui titik kserasian subjek ini dalam diri saya..

sekiranya saya pelajar TESL,dan saya bakal mendidik anak-anak kalian tentang penguasaan bahasa Inggeris,sudah pasti saya sekarang sudah tidur beralaskan kamus McMillan dan Oxford kerana lega dapat menghafal perkataan-perkataan baru dalam kamus-kamus tersebut.apakan daya..takdir ALLAH membawa saya ke bidang ini..saya redha..andai itu takdirNYA..tapi apa salah saya kerana saya tidak minat bidang Sains??

saya cuba mengagahkan diri..saya yakinkan diri saya bahawa saya berpotensi untuk menjadi seorang guru cemerlang yang dikasihi anak murid..saya cuba..saya positifkan diri.tapi tiapkali saya muhasabah diri,saya sedar minat dan kemampuan saya ke arah mana..tiapkali saya mengambil ujian personaliti,jelas terbukti bahawa kecenderungan saya bukan pada bidang Sains!bukan.personaliti saya ke arah bidang enterprising..atau linguistik..bukan Sains..

ni bukan masa untuk saya memberontak.ye saya tahu.saya cuma mahu meluahkan perasaan tapi semuanya telah berlaku dan harus saya teruskan juga.cuma kadang-kadang terselit rasa kesal..sebab masa kat sekolah saya ambil jurusan sains teknikal...sekarang saya yakin bahawa pilihan saya salah pada masa itu..saya sepatutnya mengambil jurusan sains tulen..saya juga mengambil keputusan yang salah untuk tidak melanjutkan pelajaran ke bidang matrikulasi atas alasan tak minat Sains..saya terlalu terburu-buru..tapi yang saya pasti,saya tidak salah untuk tidak melanjutkan pelajaran ke universiti.tapi hanya 1..kalaulah saya ke matrikulasi,pasti saya bukan di sini..kalau saya tidak mampu menempatkan diri dalam jurusan undang-undang atau TESL semasa pengisian borang UPU,sekurang-kurangnya saya mampu menebus kekecewaan itu berbekalkan keputusan matrikulasi..

alangkah terburu-burunya saya..dan sekarang..saya sudah tiada jiwa..



No comments: