Friendly Friends

November 15, 2010

2 years 2 months 2 weeks

counting the days.actually,cadang nak tulis post ini on 2 years 2 months 2 weeks 2 days.mean 2 days from now.tp rini dah nak balik rumah.takut tak dapat online.err..raya kan hari tu!

untuk cinta hati,Mohamad Amir Mohamad Saedy..2 tahun mungkin tak lama bagi orang lain..tapi untuk kita yang banyak diuji,banyak diduga..walaupun dapat restu family tapi adanya dugaan lagi..terima kasih sebab masih mengukuhkan kesetiaan dan kasih sayang itu..walaupun kadang-kadang ayg datang taufan puting beliung segala macam,abg still bersabar.sori...T_____T

terima kasih.untuk sanggup datang ke Kedah dari Perak sekerap mungkin.jauh..dan maafkan ayg sebab selalu je abg sampai awal dan tunggu ayg..pastu kena belanja pulak nasi kandar.aish..sebenarnya,tiapkali dah nak balik,ayg rasa risau sangat..dh petang,mesti abg akan pecut moto laju2..ayg risau..ayg tak henti-henti doakan keselamatan abg..abg jaga diri ya!

terima kasih kerana selalu ada di sisi waktu susah dan senang..rasa sangat disayangi bila tiapkali ayg hntr mcg cakap ayg ada masalah dan nak mengadu,abg akan cakap macam ni:ape dia sayang..meh2 ngadu kat abg,cakap kt abg...seriously rasa disayangi yang amat..thnks dear!

cerita kita mungkin bukan macam kapel lain yang kawan..bercinta..selalu jumpa..tak.kita bukan macam tu.kita tak pernah bercakap walau 3 bulan di PLKN.awal-awal dulu ayg selalu merungut kenapa abg tak confess awal-awal yang abg suka ayg sejak dari minggu pertama lagi tapi sekarang ayg yakin,ALLAH punya agenda yang tersendiri.kisah cinta kita tercatat begini.tapi ok ape..surat dari abg dah sekotak penuh kot!

semua orang cakap ayg beruntung dapat abg.siap ada boy cakap,amir tu umpama permata,payah nak jumpa lelaki sebaik dia.tapi kenapa takde orang cakap abg untung dapat ayg? T____T

sejak kapel ngn abg la ayg mula fanatik dengan nasi kandar,kalau tak,ayg tak boleh sentuh langsung makanan yang pedas dan nasi yang melaut dengan kuah macam nasi kandar tu.tapi kan bang,serius..tak sama nasi kandar yg ayg beli sendiri dengan yang abg belanja sebab ada kasih dalam nasi tu.ala..bukan kasih dari mamak la!tolongla paham

abg,
abg tau tak,tiapkali abg cakap negeri yang paling cantik adalah Perlis,ayg rasa happy sangat-sangat.tiapkali ayg dengar abg jerit dari jauh,mak..menantu mak kirim salam!..ayg rasa bahagia sangat-sangat.tiapkali abg mintak izin nak telefon mak abah..tanya kabar mak abah,ayg yakin abglah calon terbaik untuk ayg,walaupun ayg ganas T____T

terima ksih sebab selalu cakap,abg terima ayg seadanya.terima kasih sebab cakap,abg terima kiah silam ayg (bukan kisah hitam okee.tolonglah paham).terima kasih sebab selalu berkongsi ilmu agama dengan ayg.terima kasih sebab buat mak abah percaya dengan abg dan tak pernah komplen bila ayg cakap nak keluar dengan abg (jangan tak tau yang mak aku siap buat makanan untuk aku bawak kat amir and tak bagi adik aku ikut keluar jumpa amir sama.haha).dan yang paling penting,terima kasih sebab yakinkan ayg bahawa abg adalah yang terbaik!

mintak maaf sebab selalu menberontak..mintak maaf sebab selalu keras kepala..mintak maaf sebab kadang-kadang selalu menangis tak tentu punca.hehe.ayg malu nak mengaku sebenarnya..sebab mesti nanti orang cakap ayg tak sesuai untuk abg,eleh..ape kisah.haha.kita lebih tau tentang hubungan kita,bak kata Mila,Aku Lebih Tahu tapi ayg jauh lebih tahu dari Mila.

ayg doakan hubngan ni akan kekal bukan setakat setahun dua lagi tapi untuk selama-lamanya.ayg ikhlas berdoa..semoga abg jodoh ayg dunia akhirat,amin...


 kita mungkin berbeza..tapi perbezaan itulah yang menyatukan kita.
Permata yang dicari selama ini telah kutemui..



November 14, 2010

antara kegilaan lagu korea dan lagu asli

aku takde la layan sangat movie.aku tak layan pape pon.nivel pon kurang jugak mendapat mesra dari aku.cuma bila aku dilanda kebosanan yang amat,baru aku akan menempik satu blok paksa sapa ada movie baru suru bawak mai bilik aku.okee.aku tipu.aku pegi cari diam-diam kat bilik orang lain je.

kegilaan aku terhadap novel melayu sampai novel mencari cinta yang aku penah tulis sebelum ni aje.novel tu dah lama.sejak dari aku zaman sekolah menengah lagi.novel inggeris still aku giat baca n selalu jugak pinjam dari perpustakaan.latest aku baca tajuk Jimmy's Girl.best!time orang baca Kimia,aku baca novel.

drama korea plak,aku hanya gila Winter Sonata.yang lain tengok gitu-gitu aje la tapi semenjak dua menjak ni,aku tak tengok langsung dah.cerita jepun pun adik beradik gak la.cuma khamis lepas aku tengok cerita Akai Ito.best!tapi sampai dua episod ajelah.hehe.

aku tak fikir aku kolot dengan tak pernah dengar lagu korea selain dari sountrack certain dramas n movies.aku tak kisah kalau aku tak kenal langsung band dari Korea.aku lagi kisah kalau orang gelakkan aku sebab selalu dengar lagu asli.haha.ape la sangat diagungkan lagu luar kalau dengar lagu asli negara kita tapi cepat-cepat tutup telinga,tukar channel dan gelakkan orang yang dengar?

ye tak?


GiveAway dari Suffahbeautyshop

dalam sibuk-sibuk macam ni,sempat lagi aku join GA and contest kali ni dari Suffah Beauty Shop.hadiah dia?hebat!aku aim semuanya.hahaha.amin..mintak2 dapat la

ni details GA tu:
Hadiahnya ialah:-
1st - 1 pek EVE 6000mg Collagen berharga rm79.00 
2nd - Figure Up Slimming beharga rm68 
3rd  - Jungong Detox White Patch untuk 1 bulan berharga rm60

Syarat penyertaan:
  • mestilah menjadi follower di SUFFAH BEAUTY SHOP dan FIGUREUP2U
  • buat satu special post mengenai giveway ini di blog/web peribadi anda dan tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen entry ini
  • jika anda memenangi cabutan bertuah ini, barang akan di kurier terus direct pada anda. Hanya 3 pemenang dipilih
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 26/11/2010 - my birthday la hehe .. jam 11 malam.
  • Pemenang bertuah akan diumumkan di sini pada 28/11/2010
 menarik kan?apa lagi!jom ramai-ramai join di sini

Esok balik tapi betul ke rabu tu raya??

a'a.betul la tu rabu raya.tapi tak rasa langsung nak raya.ritu ada telefon mak,mak cakap nak buat nasi masa raya ni.aku dah start memikir nak buat nasi apa lauk ayam nak masak macam mana sebab mesti,sah sangat dah aku yang kena masak.aku rasa nak buat ayam masak mrah aje kot dengan nasi putih.nasi berwarna ni tak puas makan la..pastu buat acar.cukup la kot.

tadi bukak email.dapat 1 email dari DHL service.dia cakap aku ada parcel tapi due to several problems (aku rasa masalah berkaitan alamat kot),parcel to dikembalikan ke pejabat dia balik.eh2,aku peli la jugak,aku mana ada beli pape or langgan pape secara online.parcel apa pulak ni?err..tapi betul ke semua ni?

sapa nak buat lawak pulak ni..

24 minutes survey


answer all the question honestly. 
No lying or cheating

Starting time : 2.16 a.m

Name : Nur Shaqirah Mat Isa
Brother(s) : 1 older bro, 2 younger bros
Eye colour : Grey due to cataract.hahaha 
Shoe size : 4 or 4/12
Hair  just like a bee hive
Piercings : Yes.
Height : 149
What r u wearing now : Pyjama
Where do you live :currently in Jitra
Favourite number : 8
Favourite drink :thick ice-milo
Favourite breakfast : Jacob weetameal with hot milo

Have u ever
1. Broken a bone :Fried chicken's bone? (valid tak?haha)
2. Been in a police car : Nope n hopefully never!
3. Fallen for a friend : amir was my friend. so the answer:yes
4. Fallen for a guy/girl in a short period of time :Yes
5. Swam in the ocean : Nope
6. Fallen asleep in school :Always
7. Broken someone's heart : i think so
8. Cried when someone died : Yes
9. Sat by the phone all nite waiting for someone to call :yes
10. Saved e-mails : email from P1Wmax:my internet bill
11. Been cheated on :sure
What
1. Your room look like : Hectic!
2. What is right beside u : curtain
3. What is da last thing u ate : nasi goreng kampung

Ever Had
1. Chicken pox : twice!
2. Sore throat :rarely
3. Stitches : No
4. Broken nose : No

Do You
1. Believe in luv at first sight :no
2. Like picnics? : of course!

Who
1. Who did u last yell at : my teddy bear
2. Who was the last person u danced with : amir, sorry for mention dis: Zul, our PLKN member during tradisional dinner
3. Who last made u smile : amir

Final Questions
1. What r u listening to right now : fan
2. What did u do today : today is a new day already a new day so i was only performed my Isya'prayer
3. Are u the oldest : Middle
4. Indoors or outdoors : Both

Today did you
1. Talk to someone u like? : Yes
2. Kiss anyone? : no
3. Sing : Yes
4. Talk to an ex? : No.i dont have any ex
5. Miss someone :sure!
6. Eat : Yes

Last person who
1. You talked to on the phone : amir
2. Made u cry? : amir
3. Went to the movies with? : paah,intan and kimah:new moon
4. You went to the mall with? : paah
5. Who cheered u up? : Family and as asiah amir

Have u
1. Been to Mexico : No 
2. Been to USA? : No

Random
1. Have a crush on someone :yes
2. What books are u reading right now :Basic Movement; PJ
3. Best feeling in the world : whenever i hear my family,friends and amir's laughter
4. Future kids name : must start with ANNUR
5. Do u sleep with a stuffed animal : Yes. a giant bear and a cow
6. Whar's under ur bed? :books,toaster,shoes
7. Favourite Sport(s) : i never love sports
8. Favourite place :beach
9. Who do u really hate? : hypocrite people
10. Do u have a job? : student.agent for catalog shop
11. What time is it now? : 2.35 a.m

Award Beatiful Blogger dari Sis Mzhany


first award yang aku dapat.sedih kan?haha
so,thnks a lot kepada Mzhany..sebab sudi bagi award ni kt saya
kena tulis pasal diri sendiri ye?

- love pink,ruffle,lace,seashell,cook and eat very much
- a future teacher 
- a lefthanded person
- wish to have a machine that can grant every of my single wish!

i tag 

angah ainul
as eleyana
faizah nordin
syifa nordin











Sayang,u owe me new jeans,blouse and gladiator!

tadi dok meluahkan rasa kecewa kat amir..kan bagus kalau aku ada lesen kereta..kumpul duit sikit-sikit beli kereta 2nd hand pun dah Alhamdulillah..senang nak berulang alik..pasni nakkena duduk rumah sewa,pastu nak keluar sekolah pergi praktikum lagi..mesti kena ada kenderaan.takkan aku nak chartered teksi tiap hari nak pergi sekolah?no!

aku yakin,aku akan menggeletar lutut yang amat time nak drive nanti.tapi sampai bila aku tak nak ada lesen kereta?aku kena yakin..sampai bila aku nak duduk kt passenger seats??

so..untuk naikkan semangat aku,amir cakap,dia akan hadiahkan a pair of jeans,blouse and shoes.untuk kasut tu,aku pilih gladiator sebab aku dah ada heels,flat,sandal and wedges.gladiator aje takde lagi.

apa sayang?u tak tau gladiator?bunyi macam alligator?ok2..untuk kemudahan u (cett.macam sah2 je dapat lesen), i google untuk u ok!


 sayang,ni la ghupernye gladiator.haha.ganas tak ganas tak?


 blouse or mini dress kena warna pink!ada ruffle,lace..i like!

jeans bow cut ye!


hahaha.
kalau macamni,aku nak ambil lesen bas terus la!ntah2 dapat banglo!



November 13, 2010

U did great!


how do u feel..
kalau sebelum ni u ada nota n soalan spot untuk final exam n u share ngn orang lain
tapi orang lain itu bila ada nota n soalan spot sendiri hanya mendiamkan diri..
u feel macam nk hantuk kepala kt meja stadi kan
mula rasa wonder,dia ni kedekut ilmu ke?
ke takut persaingan dari kawan-kawan lain?
jangan la wat gitu beb..nti i pun jadi kedekut baru u tau..
hidup kan seperti roda...
takpelah.
u simpan nota n soalan spot tu sorang-sorang
biar i jawab soalan exam tu nanti dengan kemampuan yang ada
thanks
ur deeds make me realize who the real u are
harap u dapat pointer tinggi






Apakah Nikmat yang Dapat Hari ni?

- masih dipanjang usia dapat menikmati nafas anugerah ALLAH..alhamdulillah..
- dapat lunch dengan daging masak kicap ngan bilis goreng bersambal
- dapat makan kek Chocolate Moist dari Secret Recipe.kesian As,dia mengidam aku yang dapat
- dapat makan nasi goreng kampung yang berharga cuma RM2.50
- amir cakap,dia akan postkan  kain untuk dibuat baju kurung dan tudung sekali kat aku yang dia beli masa pergi negeri9.jom kita tunggu dan tengok taste dia macam mana.hikhikhik
- masih mampu membeli dua pasang footpatch untuk menyingkirkan toksin yang lama mula bermaharajalela dalam badan

sebenarnya nikmat ALLAH itu tidak terhitung...

Boy tend untuk Play2 dulu sebelum serius??

sebagai pemerhati wahid tentang segala perilaku manusia dan sebagai guru Sains yang gemar membimbing anak-anak murid membuat pemerhatian dan kesimpulan,aku simpulkan bahawa most of the boys are tend to play around before they wish to breakup and find another girl.am i right?

memang tak semua..tapi bilangan yang ada cukup untuk buat pathetic girls out there melalok tak ingat dunia.tapi yang aku pelik kan,selalunya yang play2 ni,muka ni kurang sikit degree kehensemannya tu.kenapa ye?haha.aset korang mengayat je la tapi aset takde?oppsss...

kami girls nk bukannya nak yang hensem macam amir..haha.(takde kaitan dengan amir.kami ok2 aje.aku cuma bercakap untuk kaum aku).walau muka korang macam mane pon tapi hati baik,kami tetap setia dan sayang korang..tapi yang kami sakit hati tu,muka tak hensem tapi perangai..ishk2...tak baik tau..

sama-sama la kita serius dan setia..jangan la buat perangai yang ape-kejadahnye-tu..nanti kalau kaum kami yang bersatu untuk mainkan korang balik,ape korang rasa??

sekali lagi:abg,org tak terlibat.org duta kaum org je.hihi

Untuk Kita Wanita

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya. 

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini’Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik’ ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. ‘Penyakit dlm hati’ adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.



Perlu ke Tukar Bilik?

amir mesti marah aku tak tidur lagi.sori ye sayang.tak boleh tidur

itu dia intro untuk karangan cikgu kali ni.haha.takdela.main-main je.bosanla bahasakan diri sebagai yang lain selain aku.ganas tak ganas tak?haha

exam ada 1 paper lagi,hari Isnin ni.dan macam biasa,sebelm balik bercuti,wajib kemaskan barang..sebab cikgu veteran ada kursus.aku malas tahu tidak?apakah kamu tidak tahu?arghh

Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat!

teringat zaman muda-muda dulu..masa ukur lilit pinggang cuma sebesar dua botol air mineral 1500 liter,sekitar tahun 1997-2002..masa tu aku sekolah rendah.aku rasa la kan,benda yang paling aku tak suka pasal sekolah ialah masa doktor gigi mai nak check gigi sebab aku dah tau..aku mesti kena makeup punya.hahaha.menyampah.


tapi antara benda yang best dan aku tunggu sangat-sangat ialah bila dengar cikgu cakap,nanti masa rehat semua pergi kat tempat perhimpunan tau!ada lori mai nak bagi milo percuma.time tu aku rasa heaven!aku rasa macam dunia aku yang punya!yeah!


 agaknya aku dulu macam ni tak?ishk2..tak la..aku bertudung dari 6 tahun.haha

jengket mai jengket!

sekarang ni pun aku still obses dengan milo.post yang akan datang,aku akan tunjuk koleksi barangan milo yang aku ada.sekarang ni pun,kalau aku gian nak minum milo dalam cup kecik percuma macam zaman muda-muda dulu,aku bancuh kaw-kaw punya!pastu sakit perut tak ingat dunia.haha




Mekap tapi macam takde beza aje

aku menggila malam ni.bukan malam,tapi tengah malam.paah pon dengan seronok menconteng muka aku.tapi yang sedihnya,amir cakap takde beza.. T_________T







aku tau aku tau..hampa semua pun kata tak ada beza kan...sedihla macam ni.wawawawa..


*memang asli je kot.haha

November 12, 2010

Bagaimana memilih concealer yang terbaik?

actually tajuk di atas adalah lebih berupa soalan.sebabnya aku sangat berminat untuk pakai concealer tapi tak tau nak memilih yang terbaik mengikut warna kulit.juga tak tahu apakah produk yang terbaik dan sesuai untuk aku guna.last-last,ni maklumat yang aku dapat dari bomoh google:


- cari betul-betul warna yang suit our skin color.kalau masa kita beli tu,tanya promoter la.ugut depa suruh cakap ikhlas.hahaha.sebab kadang-kadang,kan depa dah di-assign untuk certain product.mesti la depa nak promote depa punya product kan?moral of the story,berbaiklah dengan promoter dan jangan larikan diri dari depa macam mana yang aku selalu sangat buat.

ha.tengok.apa warna yang sesuai?aku rasa kan,yan atas sekali tu untuk yang berkulit putih,tengah untu kuning langsat dan bawah sekali untuk si hitam manis agaknya.
- untuk tau sesuai ke tak,sapu dulu sikit..biar selama 10 saat untuk dia oxidize..pastu baru tengok sesuai ke tau.jangan risau kalau nampak pucat sebab pastu kan kita nak pakai bedak lagi..
- ada banyak jenis concealer.antaranya cair,krim,stick dan pensel.rasanya aku prefer yang stick atau pensel kot.
- kenapa aku nak pakai sangat concealer?sebabnya,ada eyebag bawah mata aku dan kadang-kadang,dia nampak terlalu obvious!














Another 25 things

1. 5 makanan kegemaran:

  • nasi kandar + ayam laila + sambal sotong + telur sotong
  • laksa
  • kueteow sup siam
  • KFC
  • nasi kerabu
2. Individu penting yang ingin ditemui: 
  • family amir saedy.haha
3. Jika boleh pergi ke mana sahaja di dunia, tempat paling hendak dituju:
  • menunaikan haji di Tanah Suci bersama mak abah,amin..
4. Perkara yang tidak akan dilepaskan di dunia ini:
  • Kecintaan pada yang dicintai.
5. Jika diberi kesempatan untuk meminta apa sahaja dalam hidup ini, ingin dimiliki:
  • Kesejahteraan hidup mak abah..kebahagiaan dan kesihatan..ketenangan..
6. Teman terbaik di muka bumi ini:
  • As Eleyana, Siti Noorul Asiah Hassan dan Amir Saedy
7. Tidak mampu menahan diri dari membeli :
  • Makanan especially kalau nak masak sesuatu kat rumah
8. Ringtone phone:
  • Maher Zain: Open Your Eyes
9. Makanan terakhir dimakan:
  • Nasi putih, tomyam ayam, telur mata kerbau
10. Jika boleh mewarna rambut, warna yang diingini:
  • Of cos hitam!
11. Aktiviti yang sangat digemari:
  • Blogging..memasak
12. Kali terakhir diri ini menangis:
  • Dua malam lepas sambil mengadu kat Asiah
13. Favourite movie:
  • semua yang bergenre slow, komedi, kekeluargaan dan romantik.haha. best skali?twilight n its sequels
14. Jenis haiwan peliharaan & namanya:
  • Kucing. ada 4 beranak. duanya adik beradik nama kakak dan adik ompok. kakak tu ada anak lagi nama bab n pap
15. Selepas sekolah, bercita-cita untuk menjadi:
  • Peguam syariah yang berdiri atas jalan yang mustaqim..
16. Tempat lahir:
  • Abi Pokok Jawi, Perlis
17. Band atau penyanyi favourite:
  • Ade ke?
18. Pekerjaan parents:
  • Abah ketua nakhoda, mak pembantu yang setia
19. Tragedi yang memalukan:
  • Ntahla
20. Perkara yang suka dilakukan sebelum tidur:
  • Dengar sinar fm
21. Bahagian tubuh yang paling disukai:
  • Jari. sebab?montel tapi panjang.haha
22. Bahagian tubuh yang paling dibenci:
  • Aku lebih tahu
23. 3 kegiatan yang paling digemari:
  • Memasak:besar pahalanya menjamu orang makan masakan kita
  • Mendengar muzik:menenangkan jiwa.
  • Mengumpul kulit siput:ciptaan ALLAH yang unik!
24. Perangai buruk sejak azali:
  • sangat keras kepala
25. Tag kepada 5 follower:
  •  kepada semua follower Qirah Isa ye!
Lina,Faz,As,kak Ain...u all wajib.haha

Apa itu DOTA??

asal aku bukak facebook je,ada boy cakap pasal dota.pegi page kawan lain juga ada cakap pasal dota.aku mana nak tau..amir mana layan benda-benda macam tu..pastu ada pulak sorang kawan ni cakap,dota tu adalah singkatan untuk Dunia Orang Tanpa Awek.eh2,cakaplah betul2 dota tu apa!!

disebabkan curiosityaku yang tinggi,aku pun pegi jumpa bomoh.nama beliau Google...
ini jawapan beliau:

- ‘custom map’ dari Warcraft 3 (Games strategi).
-  Utara (scourge) melawan selatan
(sentinel).
- Tujuan dari team adalah
menghancurkan base musuh.
- Dalam peta ini, akan muncul creep dari
base masing-masing, creep dari kedua
pihak akan bertemu di tengah. Bila tak
diganggu, maka pertarungan ini akan
berlangsung imbang. 
- Pada saat yang sama,
pemain akan memilih ‘hero’ tersendiri.
Dalam dota, ada sekitar 89 hero (map
terbaru 6.50). 
- Tiap hero punya
keunikan sendiri dan mempunyai peran
tertentu dalam tim.
- Hero dalam dota sendiri dibahagi dalam 3
kategori: Agility, Intelligence,
Strength. 


 oooohh..best2!aku suka game yg bergerak-gerak macam real ni!

 oohhh..patutlah boy minat sangat..haha

Aku konpius sebenarnya

Frankly speaking,aku nak tau macam mana caranya Nuffnang akan bagi iklan kat kita.adakah dengan meningkatkan traffic atau menambah bilangan follower?
Nuffnang tu akan sentiasa tau perkembangan kita ke?

November 11, 2010

Amir cakap,aminkan..

Maaf,aku terpaksa fokus stadi.hahaha.kena tipu.wekk3

ada ke muka aku muka pulun stadi?tak patut..jangan percaya.tapi honestly aku agak pelik dan kadang-kadang agak bengang bila orang cakap:

takpe Qirah..hg memang bijak.ta payah stadi teruk-teruk pun takpe..pengetahuan asas hg dah mantap..

takpe Qirah..hg kuat ingatan..hafal last minute pun takpe.

takpe Qirah..stadi sikit-sikit pun takpe hg tu..pointer mantap jugak..

ak ngadu kat amir.aku cakap aku rimas.amir cakap,aminkan..aminkan aje cakap kawan-kawan...

aku memang malas stadi.tu satu fakta yang perlu diketahui.tolong jangan psiko aku lagi


tym hampa stadi,aku keluar karok tau?
tau?
(gambar 2 tahun lepas)


November 10, 2010

Jangan Ikut Perangai Cikgu

mood:blur.nak tidur tapi tak mengantuk,nak stadi tapi malas.

ke hadapan bakal-bakal ibu bapa kepada murid-murid yang bakal cikgu didik..

saya ingin meminta maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana saya sebagai bakal pendidik kepada anak-anak kalian nanti masih tidak sampai seru untuk stadi walau sudah tiba ke saat yang terakhir.saya sedar khilaf saya.maafkan saya.

saya bakal mengajar anak-anak kalian subjek Sains..subjek yang memerlukan minat,kesungguhan dan penglibatan dari anak-anak kalian tapi saya sebenarnya belum menemui titik kserasian subjek ini dalam diri saya..

sekiranya saya pelajar TESL,dan saya bakal mendidik anak-anak kalian tentang penguasaan bahasa Inggeris,sudah pasti saya sekarang sudah tidur beralaskan kamus McMillan dan Oxford kerana lega dapat menghafal perkataan-perkataan baru dalam kamus-kamus tersebut.apakan daya..takdir ALLAH membawa saya ke bidang ini..saya redha..andai itu takdirNYA..tapi apa salah saya kerana saya tidak minat bidang Sains??

saya cuba mengagahkan diri..saya yakinkan diri saya bahawa saya berpotensi untuk menjadi seorang guru cemerlang yang dikasihi anak murid..saya cuba..saya positifkan diri.tapi tiapkali saya muhasabah diri,saya sedar minat dan kemampuan saya ke arah mana..tiapkali saya mengambil ujian personaliti,jelas terbukti bahawa kecenderungan saya bukan pada bidang Sains!bukan.personaliti saya ke arah bidang enterprising..atau linguistik..bukan Sains..

ni bukan masa untuk saya memberontak.ye saya tahu.saya cuma mahu meluahkan perasaan tapi semuanya telah berlaku dan harus saya teruskan juga.cuma kadang-kadang terselit rasa kesal..sebab masa kat sekolah saya ambil jurusan sains teknikal...sekarang saya yakin bahawa pilihan saya salah pada masa itu..saya sepatutnya mengambil jurusan sains tulen..saya juga mengambil keputusan yang salah untuk tidak melanjutkan pelajaran ke bidang matrikulasi atas alasan tak minat Sains..saya terlalu terburu-buru..tapi yang saya pasti,saya tidak salah untuk tidak melanjutkan pelajaran ke universiti.tapi hanya 1..kalaulah saya ke matrikulasi,pasti saya bukan di sini..kalau saya tidak mampu menempatkan diri dalam jurusan undang-undang atau TESL semasa pengisian borang UPU,sekurang-kurangnya saya mampu menebus kekecewaan itu berbekalkan keputusan matrikulasi..

alangkah terburu-burunya saya..dan sekarang..saya sudah tiada jiwa..



November 9, 2010

semoga sucess dalam imtihan.

semoga success dalam imtihan. teruskan perjuangn..jgan sesekali give-up k..semoga allah memberi kekuatan, ketenangan. dan kejayaan.


amir saedy

November 8, 2010

Terima kasih atas gangguan itu!

every semester,ada je makhluk ALLAH yang wat aku rasa nak hempuk kepala kat meja studi.aku ni jenis demand la jugak kan.takkan orang lain je boleh demand.apa ingat aku tak reti kat demand?aku nak stadi  dalam bilik stadi sebab ada aircond.tapi aircond dia tak buat aku tidur okee.

dan macam semester-semester lepas,tiapkali aku dah baca doa untuk mulakan pembacaan..aku dah ready dengan segala kelengkapan nak belajar,tiba-tiba terhambur gelak besar dari meja belakang.yela..suasana sunyi sepi..tengok-tengok ada amoi-amoi bergelak tak ingat dunia.aku tau la korang tak payah stadi sebab exam nanti nak test bahasa korang je..ak ni kena hafal Kimia!ada paham??cuba korang jadi budak Sains jap.aku nak tengok,korang akan marah macam aku marah tak?

frankly speaking,belajar kat IPG ni tak susah but it depends on the course that u've taken.kalau ambil Pendidikan Khas,Pemulihan,Pendidikan Islam,bahasa Cina..(dari sudut IPG aku),aku tak nampak berat sangat pun course tu.sebab di IPG ni wajib ambil kursus Ilmu Pendidikan,pastu pi balik pi balik,soalan tu jugak keluar untuk budak major Pendidikan Khas ngan Pemulihan.untuk budak pendidika Islam ngan bahasa Cina pulak,korang akan ditest benda yang korang belajar dari kecik.kalau PJ mungkin terbeban dengan amali yang macam-macam.kalau mathematics mungkin agak tough.tapi sains??

tolong ambil perhatian!
- budak Sains major Sains tapi minor PJ ngan BI okee!kami guna otak untuk Sains,kami jugak guna fizikal untuk PJ
- budak maths memang tough,tapi depa tak belajar Sains langsung padahal budak Sains wajib ambil maths untuk few semesters.huh!budak Sains belajar semua subjek okee tapi budak kos-kos lain,takde 1 pon belajar Sains walau basic!
- nama je Sains,tapi every semester belajar 3 sekaligus masa foundation dulu; Physics,Biology and Chemistry!au pecah otak menghafal padahal exam,3-3 subjek ni dirangkumkan dalam 1 paper.ingat silibus sekolah menengah ke?masa foundation tu silibus matrik + STPM okee!
- nasib baik  masa degree ni,setiap semester ada subjek yang berbeza.macam semester 1 lepas ada biology,semester ni chemistry.semester depan physics pastu berulang sampai semester 8.aku penat tau?


wajar tak aku marah sebab korang bising wahai amoi-amoi sekalian?
semester lepas,senior korang bising
padahal senior korang tu junior aku je
hormat la sikit..kalau takat nak gebang,pegi bilik tv
aku ni dahla payah nak stadi..


*grrr..nasib baik mood ok balik sebab japg ingat nak chatting ngan my dear Amir!








GiveAway Plushies dari Selipar Jepun Pink





comel tak comel tak?plushies ni hand-made okee?kalau beli kat Yen Gallery,mau melayang rm20++ untuk saiz yang cuma sebesar tapak tangan.hahaha
jomla join ramai-ramai.gpun ada 3 kategori yang dipertandingkan,ada pilihlah yang mana 1! (maaf ayat skema.tak tau nak ubah ayat.haha)
Qira join kategori 2 ye iaitu student.
mahu join jugakah?
di sini

GIVE AWAY SEMPENA BIRTHDAY YG KE-27,KE-4,KE-28 & ANNIVERSARY KE-5

oh,ni tajuk contest terpanjang penah aku join.tapi takpelah sebab ia sangat significant kepada ownernya.haha.
nak berkenalan dengan puan owner?ok2.meh cikgu cerita ya murid-murid sekalian!
puan owner blog ni jugak owner kepada 1 bisnes keluarga.diaorang ni mengusaha,membekar dan mengedar agar-agar kering dan kuih-muih tradisional..kalau murid-murid cikgu nak tempah hamper,goodies beg ke..ape ke..untuk bagi hadiah hari Guru nanti pon cantikkk!!!boleh order dari puan owner ni ye.hahahha
puan owner,nu pulak besday celebration yang dianggotai oleh kelab Guru Sains Malaysia.haha.kami sambut besday untuk yang lahir bulan Januari sampai Mei.sambutan pada Mei lepas
 anda juga mahu join?
terjah sini

November 7, 2010

Cara kita berbeza

betapa tak sedar dirinya aku ni time semua kawan-kawan tengah pulun study,okee,killer subjects okee.ada Chemistry ngn Primary Science Curriculum on 10th and 11th ni.hahaha.tahniah Shaqirah.anda memang studi lepak2 tapi pointer tak tau la macam mana.korang?ada berani buat macam aku?hahah

tapi kan,makin lama,aku makin kenal diri.makin kenal gaya pemikiran dan gaya pembelajaran aku.aku ni nak kata burung hantu tu takla jugak.sebab aku hanya boleh fokus starting pukul 2-6 pagi.waktu lain,aku tido atau melagho.usually macm ni la,aku tido dalam pukul 10 mlm,pastu aku bangun pukul 2-6 pagi untuk stadi sambil dengar Sinar.fm.pastu bila aku bosan,aku main game kat dalam phone.hahaha.ntah hape2.pastu,aku takleh stadi dalam keadaan yang cerah.aku suka lampu ala-ala lampu tidur gitu.haha.aku prefer dengar lagu sambilstadi tapi aku ta bole stadi dengan bunyi suara manusia kecuali deejay radio.hahaha.macam sekarang,aku yakin kawan-kawan aku dah habiskan atleast 1/2 daripada buku tu.aku?entahlah.rasa blur sangat.hahahah


November 6, 2010

Tolong Top Up Kan Untuk Sayer!!!

bagus jugak ada GA mcam ni.untung2 dapat kredit free.takde la aku menilau cari topup sangat.haha
jom join di sini

i tag :
Safia
Lina Mastura
Faizah Nordin
Syifa Nordin







Geng Contest Termasyuk GiveAway


mari join ramai-ramai di blog ini


Kasut Tumit Tinggi 1st GiveAway

jom join di sini!


November 5, 2010

Empty

missing u..do u know how much i miss u since u walked away?since u've been gone,i really miss the time that we've shared together.do u feel the same?

i might be a not-so-important person to you but u mean so much in my life.
is there any space for me?
please answer me.i need to know the answer.

bila rasa nak nangis

bila rasa nak nangis,tak tau nak sembunyi mka kat mana.
bila rasa nak nangis,rasa macam nak tutup muka dengan bantal
bila rasa nak nangis,rasa macam nak jerit aje
bila rasa nak nangis,rasa macam tak tau nak cerita kat sapa
bila rasa nak nangis,tiba-tiba rindu kat as ngan asiah
bila rasa nak nangis,rasa macam nak potong rambut
bila rasa nak nangis,rasa macam nak gigit batal
bila rasa nak nangis,terus rasa nak update blog


bila dah nangis,rasa malu sangat sebab muka dah merah2
bila dah nangis,rasa lapar sangat2
bila dah nangis,terus rasa nak tidur,nak lupakan semua
bila dah nangis,terus tutup buku Kimia
bila dah nangis,rasa macam nak hidup sorang-sorang untuk seketika!