Friendly Friends

October 13, 2010

xtipu..sangat kecewa!


assalamualaikum
post kali ini terpaksa dilakukan dengan cepat kerana kesuntukan masa. esok ada banyak benda nak submit and esok jugak ada Ujian Akhir Kursus.
yeah.
aku kecewa.sangat kecewa.tapi takde la sampai nak hantuk kepala kat dinding tapi cukup untuk buat aku terus tidur pas kelas tadi.halloooo00..i sangat jarang tido siang sekarang ni ok..tadi rasa tension sangat,masuk-masuk bilik je terus rebahkan badan.
kenapa aku kecewa?
hmm..tadi ada ujian akhir untuk 1 subjek ni..well..memang bukan subjek favourite tapi semua kita tetap kena study kan. nak dijadikan cerita, kemarin memang terlampau kalut sebab nak kena hantar assignment Kimia..pukul dua jugak la aku tidur. tapi Alhamdulillah..dari majoriti kawan-kawan lain yang hampir-hampir tak tidur langsung..syukur..digerakkan hati nak buat awal..
berbalik pada kes ujian tu,dah tidur pon dah pukul 2..mana sempat aku study..pegang je nota,tup-tup, dah terlelap..
sebenarnya..
sebenarnya pensyarah subjek berkenaan dah ada bagi 1 set soalan yang dia suruh cari jawapan.dia kata soalan-soalan tu yang akan masuk. tpi bila masuk je kelas untuk jawab ujian, dia cakap ni open-book test. time tu aku rasa kecewa sangat. kalau orang lain mestila bahagia sangat kan? tapi aku rasa, dh tu apa tujuan belajar ni?apa fungsi exam?kalau gitu,apa yang akan membezakan markah kami?ya.aku memang tak study tapi aku prefer untuk jawab dengan segala kemampuan aku yang ada.aku tak mau berbangga dengan result nanti, subjek tu aku dapat gempak, tapi hakikatnya hampeh.aku baru je nak bagi pengajaran kat sendiri..nak jawab dengan pala otak sendiri..nak cuba dengan kemampuan yang ada. nak tengok result nanti sepadan tak dengan usaha aku...
nak cakap aku tak study untuk paper ni, takde la sangat..at least aku sempatkan diri bangun..urf internet..cari maklumat..dan Alhamdulilah..melekat jugak kat kepala..tapi masuk-masuk je exam, bukan setakat open-book test, kawan-kawan bukan setakat berbincang, tapi meniru! apa ni....

macam mana nak bina integriti..kalau bakal pendidik pon disuruh buat benda yang mencemar jati diri....
*sigh..






No comments: