Friendly Friends

October 10, 2010

tenkiu and sorry please..T____T

..grant me the serenity..

kejap tadi ada terbaca tentang artikel ni..tentang peri pentingnya  (chewah!macam ayat dalam karangan SPM!) perkataan terima kasih,maaf dan tolong dalam hidup kita.betul,ada sesetengah orang termasuk aku agak sensitif dalam hal ni.bagi aku,kalau nak mintak tolong tanpa mengucapkan perkataan "tolong" adalah bernada memerintah, bukannya meminta tolong.eh,dah nama pon mintak tolong kan,payah sangat ke nak ucapkan perkataan tolong tu?

"ambil buku atas meja tu jap"
"tolong ambil buku atas meja tu boleh?"

which one sounds better?kalau aku,aku pilih yang kedua.kalau korang?

magik kan perkataan tolong ni?

mak pernah cerita..masa tu ada kenduri kat belakang rumah.ada sorang makcik ni (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan) volunteer tolong tadah air sirap dari tong untuk tetamu-tetamu lain walaupun beliau sendiri adalah tetamu majlis..beliau dengan setia dan tabahnya menolong menadah air dan menghulurkan cawan sambil tersenyum..
baik kan makcik yang tersebut di atas?

bila giliran mak,mak cakap terima kasih sebab tolong tuang air tu..
makcik itu berkata sambil mengesat peluh..
"wan tau dak..kita ni punya la tolong tuang ayaq kat orang..lama..bukan nak ungkit tapi nak cakap pasai payah btoi pakat nak cakap mintak tolong.pastu bila orang sua,tak pulak cakap terima kasih.bila wan kata terima kasih,rasa penat pon hilang.."

mungkin ada antara ayat yang aku olah sendiri tapi demikianlah jalan cerita yang nak aku sampaikan.aku sendiri cukup pantang dengan manusia yang tak reti mintak tolong cara baik dan tak ringan mulut nak cakap terima kasih sesudah menerima pertolongan.orang lain dah sudi meringankan beban,tak nak berterima kasih ek?

bukan aku bercakap tentang harga diri atau ego-sangat-ke-aku sampai macam tu sekali berkira.no..tak..budi bahasa kan budaya kita...bukan sekadar budaya bangsa melayu tetapi bangsa malaysia..bahkan perkataan tolong,terima kasih dan maaf ni adalahperkataan universal..sori..tenkiu..please..kalau tak,takde la cikgu english dari tadika ajar kita pasal ni..takde la cikgu pendidikan moral nak ajar tentang morality..semua ni nilai murni ok?semaikanlah nilai murni dalam diri anda..aku bukanlah pencinta bahasa sangat tapi aku mementingkan kesempurnaan berbahasa ok?ayat aku agak skema,memang.memang dah macam tu.

so,bagi sesiapa yang membaca blog aku ni,tolong beringat masa cakap ngan aku.hahaha.aku xsuka la orang yang cakap kasar..(mungkin pada korang tu ayat biasa je,tp bg aku tidak.aku boleh terima gurauan,tapi bukan dengan bahasa yang kasar.)tolong jangan cakap frasa-frasa kurang sopan dengan aku seperti:
- kepala otak hang!
kenapa dengan kepala otak aku??hang ada masalah ke dengan kepala otak aku??
*tambah-tambah perempuan ye..amat tidak manis sekali anda mengungkapkan frasa ini.tambah-tambah pula jika anda menggunakan intonasi yang tidak sepatutnya.

moral of the story,kadang-kadang,sesuatu yang kita anggap kecil tu mungkin sangat bernilai di mata orang lain.bahasa mencerminkan bangsa.ada dan susila pegangan kita (^_^)

1 comment: