Friendly Friends

October 30, 2010

Tatacara Menjadi Pengacara Majlis

ooh..
apa?korang kena jadi MC?meh sini nak berkongsi tips yang tak seberapa hebat dari Cik Qirah.aku ni takde la hebat sangat tapi diingatkan ye,aku hanya yakin dengan kemampuan diri jadi MC majlis formal atau majlis rasmi je.sebabnya?aku rasa suara dan personaliti aku bukan untuk majlis huahahaha.kalau x,maka akan hambarlah majlis tu...insyaALLAH..ahahaha

1. Pastikan teks anda berkualiti
-berkualiti macam mana tu ye?kalau teks yang dibuat last minute,kita pun akan kelam-kabut.atleast bila dh siap teks awal-awal,kalau nak kena edit pun,kita takkan kalut sangat.pastikan yang menulis teks tu,sama ada kita sendiri atau orang lai dah semak teks tu..pastikan protokol-protokol dipatuhi..panggilan yang betul digunakan untuk yang diraikan atau yang hadir majlis tu.kalau x?tunggu apa yang akan berlaku pada penghujung majlis.hahaha

2. Pakaian mau kemas
-pakaian mencerminkan sejauh mana segaknya kita untuk mengacarakan sesuatu majlis.seeloknya kalau majlis formal atau rasmi,pakailah blazer.kita pun akan rasa lebih yakin untuk berdiri di depan khayalak.kalau aku jadi MC,selalunya aku akan pilih warna-warna baju yang boleh buat aku rasa lebih yakin macam warna biru dan hijau atau baju-baju tercantik yang ada dalam closet.keyakinan itu penting ya!tapi paling penting,kita kena selesa.

3. Datang awal masa majlis
-janganlah pulak malis mula pukul 3,pukul 2.50 baru kalut-kalut na pergi majlis.kalau aku,aku prefer untuk berada kat situ atleast 30 miit sebelum majlis berlangsung.bukan apa..boleh ambil 'feel' majlis..oh 1 lagi ya,kalau nak mintak aku jadi MC aku tak ada masalah,cuma tolong maklumkan awal.aku tak suka kalut-kalut.ok?

4. Susunan MC
-benda aku tengok selalu diambil ringan.protokol yang sepatutnya apabila MC berpasangan ialah MC wanita berada di sebelah kiri manakala MC lelaki berada di sebelah kanan.selalu je aku tengok MC-MC ni main duduk je.haha.pastu,untuk kesempurnaan dan keselesaan,sediakan mikrofon masing-masing.jangan share melainkan tiba-tiba salah 1 mikrofon tidak berfungsi.sebab setahu aku,kita kena test suara dulu kat mikrofon,nak tengok bunyi mana yang sesuai.

5. Jaga suara sebelum majlis.
-kalau suara korang tu all the time sihat,Alhamdulillah.tapi untuk suara yang selalu serak macam aku,kalau majlis tu penting,aku akan minum air asam jawa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis.macam masa jadi MC Sultan Abdul Halim berangkat mencemar duli ke SMSAH dulu,aku jadi MC,seminggu berturut-turut ak minum air asam.jangan minum air berais dan buah-buahan seperti buah tembikai.tak bagus untuk suara okee..

6. Bina identiti suara sendiri
-kita manusia yang berlainan.kita puna intonasi dan lenggok suara yang tersendiri.jangan pulak dok tiru bulat-bulat suara orang lain.nanti hilang gaya.belajar dan jadikan dia idola boleh..tapi make sure kita ada style yang tersendiri..okeee...

7. Kurangkan gemuruh?
-aku akan pegang pen masa bercakap.atau tips yang aku dapat dari Ustaz Asri masa kat sekolah,gerakkan ibu jari.boleh hilangkan gemuruh,InsyaALLAH dan Alhamdulillah,sampai sekarang aku amalkan dan berhasil..koman-koman pun pegang sebarang benda besi.macam klip kertas.sebab 'dia boleh serap perasaan gemuruh kita'.ek?tapi paling senang,relaxkan badan..dan untuk nampak santai,boleh pegang rostrum..

8. Kolaborasi dengan pasangan MC
- sentiasa bincang dengan partner kita,apa part yang dia ambil dan apa part kita.nanti tak kelam-kabut.selalunya,pasangan MC yang terbaik adalah yang bila kita dengar suara depa,kita rasa macam suara tu berpadu.kadang-kadang,suara MC lelaki ni mendatar sangat,yang perempuan perlahan sangat.kadang-kadang dua-dua takde intonasi.hahaha.tapi kira ok apa..berpadu la tu.tapi setakat aku jadi MC,aku rasa partner terbaik aku ialah Asyraf Shahiful Bahari a.k.a Apple.masa kat sekolah.Pengetua cakap suara aku macam Nurul Ashikin pembaca berita RTM dan suara Apple macam Aznil.ha..aku ingat lagi.hahaha


 ni masa jadi MC Sultan mai.sepatutnya prefect baju kuning tapi kena pakai putih sebab hallo,xkanlah aku nak pakai kuning depan sultan...??ampun Tuanku,beribu-ribu ampun.patik bagi mewakili seluruh warga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim merafak sembah atas kesudian Duli Tuanku mencemar duli ke majlis ini.


ni pulak masa jadi MC kat IPDA untuk majlis Watikah Pelantikan JPP.















2 comments:

a P p L e said...

aku baru baca post ni hri ni!!!
haha

Shaqirah said...

lambat la hg ni apple..haha