Friendly Friends

October 31, 2010

Mencari Cinta

no.bukan aku yang nak mencari cinta ni.bukan.bukan aku.tapi ha..si annessa ni..dah elok-elok ada Faris,nakkan si Ilham pulak.aku dah xreti nak nasihat Annessa ni.Ilham tu bayangan silam je..kenangan hang masa kat sekolah dulu..jangan terlalu ikutkan perasaan..nanti merana badan!

tapi nak buat macam mana dah berdegil sangat.konon nak kejar cinta pertama.hello..cinta pertama tak semestinya cinta sejati tau!cinta sejati tu mungkin cinta kedua atau seterusnya.tapi kita tau mana yang cinta pertama atau sejati atau munyit atau apa-apa saja kemungkinan ataunya tu.kesian Faris..setia layan kerenah hang tapi hang wat dono je..dahla selalu uji kesabaran Faris..dialah sebaik-baik lelaki tapi sanggup hang lukakan hati dia demi Ilham yang tak tahu menahu pasal feel hang kat dia?yang entahkan dah kawen ke ape ke?hadeh..annessa,tolongla paham!

jangan gabra anda-anda sekalian.haha.aku bukan kaunselor bagi kisah cinta di atas.just nak bagi pandangan sebaai orang ketiga terhadap novel karya Leeya Myra yang berjudul Mencari Cinta.the best Malay novel dat i've read so far and i think,forever it will be so.
bku i memang best.percaya la cakap aku.aku bagi 5 bintang. (clap2)

ni sinopsis yang sebetul-betulnya:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status ’suami orang’. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.
Namun, setiap saat hatinya meronta. ‘Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham’. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ‘Hidup Baik-baik’ kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. ‘Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?’ Air mata Faris menitis.
Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.






No comments: