Friendly Friends

October 4, 2010

melewati masa sukar

..grant me the serenity..

bismillahirrahmanirrahim
maaf.aku memang tengah menghadapi masa2 sulit dalam hidup. Minggu lepas mak kena patuk ular tedung..dalam bilik tidur. masa bila agaknya dia menyusur masuk..dh dtakdirkan, benda alah tu betul2 berada kt hujung kaki abah,tp tak kacau abah. tapi sekali mak masuk bilik, dia patuk mak. sebab mak terpijak dia.
masa tu aku tak ada kat rumah. aku kt maktab. dan aku takkan tahu menahu kalau aku tak tepon abah petang keesokan harinya. masa tu aku tepon abah untuk bagitau aku tak boleh balik hujung minggu ni. ada preparation untuk amali PJ. dan aku tepon untuk tanya apa yang boleh aku tolong untuk preparation abang aku nak bertunang 2 minggu lagi.
pas aku cakap ngn abah, aku mintak nk cakap ngan mak. abah cakap
-kalau abah habaq, kak kirah jangan terkejut pulak..kak kirah jangan kalut nak balik..takpa.mak ok'
-ha???
-mak kt mana abah?
-mak kt hospital...dr semalam lg..
-awat???
-mak kena patuk ulaq tedung..

tym tu jangan nak cerita panjang. aku dh nangis teresak2. aku tanya abah, awat tak habaq dr semalam. abah kata, mak takmau bagi kak kirah risau..nti kak kirah nak balik.kak kirah kan tengah ada xm sekarang..

aku jawab-
x..kak kirah bukan final xm..ujian ja..ngan amali..awat tak habaq kat kak kirah..(dengan tangisan yang makin kuat)

pas cakap ngn abah, aku nangis makin teru. YA ALLAH..SELAMATKANLAH MAK YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA NI YA ALLAH..REDAKANLAH KESAKITAN MAK YA ALLAH..DIA IBUKU, YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN AKU, MAKA KAU RINGANKANLAH KESAKITANNA YA ALLAH..

sampai tengah malam aku nangis tak henti2.baca Quran pon tersedu-sedu..solat pon aku tersedu...malam tu aku takleh tido..aku nak balik..nak balik!!!!!

esoknya aku masuk kelas dengan mata yang tersangat bengkak. asal orang tny je kenapa mata aku bengkak, aku terus nangis lagi..berikan aku kekuatan itu...
sayangnya,petang tu takleh balik lagi sebab ada kelas sampai lewat petang secara mengejut..
mak.
ma..
mak..kak kirah nak balik jugak2!!!!!!!

hujung minggu tu,aku balik jugak walau hari sabt kena mai balik. aku nangis lagi tengok kaki mak yang sangat bengkak n mak kena jalan bertongkat...
kak kirah sentiasa doakan kesihatan, ksejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan mak dn abah!amin..

*tlong doakan mak aku cpat sembuh

2 comments:

Anonymous said...

praying that everything goes well. inshaAllah, He'll prepare what best for you and family.

syaqira said...

thnks for the support!
alhamdulillah..my mom's getting better now.