Friendly Friends

October 10, 2010

kerjaya sebagai GURU

..grant me the serenity..

assalamualaikum..

ada sapa-sapa yang berminat nak jadi guru?tak kisah la sekolah rendah atau menengah..sama ja gajinya sebab sekarang ni guru sekolah rendah pun ada ijaza tau!maknanya permulaan gaji adalah sama iaitu RM 2500.mungkin kalau nak berlainan tu ialah kadar elaun mengikut tempat mengajar atau subjek yang diajar..kesimpulan pada perenggan ini ialah, jangan pandang rendah pada guru sekolah rendah ok?haha

bercakap tentang kerjaya sebagai seorang guru,mungin ada yang menggeleng kepala dan cakap:
- leceh la jadi cikgu ni..
- i tak minat la mengajar..kerja rutin sangat..
- i ni bukan penyayang sangat dengan budak-budak..
- cikgu???eehh please la..i budak asrama penuh ok?takde kelas la i nak apply jadi cikgu..kawan-kawan i semua study kat U or fly ok...
- err..cikgu tu bukan ada sijil atau diploma aje ke...?(garu-garu kepala)
- kalau jadi cikgu,macammana i nak bergaya?heels i ni nak waris kt sapa?
- nanti seumur hidup la i kena mengajar..bosannya..
- kalau i kena posting kat pedalaman macam mana???habisla selut kaki i ni...(muka gedik)

apa kata kalau kita positif..fikir macam ni..
- bila lagi i nak berbakti kat negara..asyik dapat subsidi je..haha
- best apa jadi cikgu!anak-anak i nanti senang..i ada masa untuk family di rumah.
- kalau mengajar kat pedalaman pon best jugak..dapat pengalaman berharga seumur hidup tau..
- sekarang IPG (upgrade ok?maktab tu istilah lama.IPG stands for Institut Pendidikan Guru) dah laksanakan program Pensiswazahan ok..cikgu-cikgu sekarang kena ada degree.so,nanti kalau u nak further study,u akan ambil master terus..xde dah sijil atau diploma..
- kalau belajar kat IPG,u akan dapat elaun RM430++ sebulan untuk kursus persediaan 3 semester and elaun RM3500++ atau RM4000++ every semester masa degree.elaun bersih ok!!!!xde PTPTN macam kt U.
- kalau jadi cikgu ni,pas belajar,sah-sah u akan jadi cikgu!masuk U belum tentu lagi akan dapat kerja pas belajar.
- kalau jadi cikgu,u senang nak pegi kenduri kawen atau bersunat.sebab?sebab kenduri kan selalu buat masa cuti sekolah...u pon cuti masa tu!hahaha.kan ada peluang nak berdunia dengan masyarakat...
- kalau jadi cikgu,sampai bila-bila pon u akan dipanggil cikgu.pegi pasar malam?"cikgu..nah ikan sekilo.amek la cikgu..ikhlas saya bagi sebab sudi mengajaq anak saya yang baloq liat tu" (aku yang tengah belajaq ni pon dah yang panggil aku cikgu)
- sapa cakap cikgu tak boleh bergaya?hallo000..i ingat lagi tau masa i darjah 2..Cikgu Rosnah,cikgu kelas i..sangat pandai bergaya dan sejak dari saat tu,i suka pakai lipstik kat bibir and pipi (konon-konon blusher) and eye shadow (3 in 1.lalalalalalal~).sebab apa?sebab i suka tengok cikgu Rosnah.lagi 1, suka dengar derap kaki cikgu.TUP TAP TUP TAP.dengan handbeg digalas,,dikepit buku latihan students..style beb!

- err..betul x,makcik-makcik suka bermenantukan cikgu?

2 comments: