Friendly Friends

October 31, 2010

Mencari Cinta

no.bukan aku yang nak mencari cinta ni.bukan.bukan aku.tapi ha..si annessa ni..dah elok-elok ada Faris,nakkan si Ilham pulak.aku dah xreti nak nasihat Annessa ni.Ilham tu bayangan silam je..kenangan hang masa kat sekolah dulu..jangan terlalu ikutkan perasaan..nanti merana badan!

tapi nak buat macam mana dah berdegil sangat.konon nak kejar cinta pertama.hello..cinta pertama tak semestinya cinta sejati tau!cinta sejati tu mungkin cinta kedua atau seterusnya.tapi kita tau mana yang cinta pertama atau sejati atau munyit atau apa-apa saja kemungkinan ataunya tu.kesian Faris..setia layan kerenah hang tapi hang wat dono je..dahla selalu uji kesabaran Faris..dialah sebaik-baik lelaki tapi sanggup hang lukakan hati dia demi Ilham yang tak tahu menahu pasal feel hang kat dia?yang entahkan dah kawen ke ape ke?hadeh..annessa,tolongla paham!

jangan gabra anda-anda sekalian.haha.aku bukan kaunselor bagi kisah cinta di atas.just nak bagi pandangan sebaai orang ketiga terhadap novel karya Leeya Myra yang berjudul Mencari Cinta.the best Malay novel dat i've read so far and i think,forever it will be so.
bku i memang best.percaya la cakap aku.aku bagi 5 bintang. (clap2)

ni sinopsis yang sebetul-betulnya:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status ’suami orang’. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.
Namun, setiap saat hatinya meronta. ‘Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham’. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ‘Hidup Baik-baik’ kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. ‘Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?’ Air mata Faris menitis.
Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.






Pantun Dua Kerat Orang Blurr nak Exam


aku turun tengok bola
aku rasa makin gila

lapar sungguh nasi kandar
dah nak exam tapi still x sedar

balik perlis makan laksa
asyik melagho buang masa

nak pointer tinggi
tapi lupa diri

nak muka lembab
last-last mata sembab







Tentang Seseorang 1st GiveAway


okee.ni first time aku join contest..hahaha.tahniah buat kak Jue yang berjaya bukak ati aku dengan contest ni.
anyway kak Jue,semoga selamat melahirkan baby sulung..semoga kehadiran baby menambahkan seri hidup..semoga dengan didikan pertama oleh ibu-ibu macam kak Jue,kami geng guru Malaysia ni senang nak teruskan proses mendidik tu.hikhik.(jiwa-jiwa)
nak join?klik sini

i tag Lina Mastura ngan kak Ain Fazillah

Kem Tasoh 2007-2008

 tolong cakap aku tinggi.

 tolong cakap aku lasak

 tolong abaikan warna kulit aku.

 tolong cakap plkn best!

 tolong cakap kasut boot aku berkilat.

 cari amir n aku.ha,cari2!

i am not as graceful as swan but i wanna give it a try!

Malu kucheng!

Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.



sayang kamu.hikhikhik

Sabarlah sayang..belum tiba masanya..

sabarlah Qirah sayang..belum tiba masa yang sesuai..
aku bangga tengok kejayaan kawan-kawan aku yang mampu menjejakkan kaki ke negara orang.tahniah untuk korang.dan setiapkali aku bukak gambar korang dalam fb,ada rasa yang amat payah aku nak tafsir.rasa yang buat aku rasa nak nangis.bila agaknya aku dapat menjejakkan kaki ke eropah?ke bumi Anbia?bilakah masa aku dapat pegang salji?dapat ambil gambar dalam lautan bunga-bungaan segar?ambil gambar kat daun-daun maple masa autumn?bila?
sabarlah Qirah sayang..akan sampai waktunya nanti..

ritu terjumpa Miss Aini Raihana merangkap my English teacher kat SMSAH dulu.aku cerita kat Miss Aini yang aku penah apply TESL tapi tak dapat..Miss Aini terkejut n she said "u applied for TESL but u got SCIENCE?hey,they should know that u deserved the place!"

well..lagi la aku rasa down yang amat..last-last Miss Aini sambung cerita dia..
"same thing happened to me Qirah.i applied for TESL.i dah pergi interview dah pun but ALLAH dah takdirkan i untuk study dalam negara aje.time tu i rasa apa yang u rasa but i think,u should think positively.u baru 20tahun..u tak tahu lagi apa yang dah ditakdirkan untuk u.mungkin bukan sekarang.mungkin lepas kahwin where your husband boleh jaga u nanti..."

hehe.dengar aje my husband boleh jaga i,aku senyum balik.ye.ada orang boleh jaga aku nanti.aku sentiasa doa yang aku dapat peluang tu.aku harap rezeki aku ada ke arah tu.phd mungkin?who knows?mungkin gak rezeki amir dan aku boleh tumpang sekali.mana tau dia further study pegi Kaherah atau Jordan.u know his fate?no rite?me either!

amin...

Aku Terima Kekalahan ini..

oh..hancur hatiku..hatiku hancur berkeping2..
luluh..pedih..aduh...

7.00 malam:
Qirah:abg,org stop dulu ye.org nak bersiap malam ni nak tengok bola
Amir:ok sayang.nanti free mcg abg ye.
Qirah:ok dear.take care.wassalam
(off.letak telefon)
(bergegas mandi,basuh baju,pegi kafe ambil makanan yang dah diorder)

8.00 malam:
dengan memakai baju tidur pink dan membawa teddy bear serta nasi goreng kampung serta teh ais serta keropok serta buku Ilmu Pendidikan,gadis anggun cun ini berjalan laju.ke mana?ape?korang ingat aku nerd sangat ke nak pegi bilik stadi?ahahahhaha.gadis anggun cun itu berjalan menuju ke bilik tv untuk mengechupp tempat paling hadapan.gadis anggun cun bukanlah orang negeri9 ye.harap maklum.cuma peminat fanatik pasukan perlis,kedah perak dan negeri9.beliau mahukan tempat yang paling selesa untuk bersorak.ya,beliau fanatik!

8.30 malam:
yeah!!!!!!!negeri9 menjaringkan pertama!!!!!

............................................................................................
...........................................................................................
dah ah.malas nak cerita dh.gadis anggun cun terus memeluk teddy bear beliau yang bernama Milo,adik kepada Baby..naik semula ke bilik.....




October 30, 2010

Demam Bola

aku sokong negeri sembilan.pape team sekalipun kalu lawan kelantan,aku akan sokong team lawan dia.kenapa?oooh..u dont need to know.forever it will be so.
percaya tak kalau aku cakap,dalam anti aku kat kelantan,mak aku sebenarnya darah kelantan?tokwan aku orang pasir mas.percaya x?tapi tak perlu tahu kenapa aku xsuka cakap pasal kelantan.no.fullstop.



GODLUCK NEGERI SEMBILAN!i sanggup tak stadi malam ni untuk jerit-jerit sokong negeri sembilan malam ni.

Nikon Coolpix S1000pj

chewah..first time aku nak buat review pasal alat-alat teknologi ni!bukan apa..aku dengar cerita pasal produk ni dari abang aku..macam best je bunyinya..
abang aku wartawan surat khabar Utusan Malaysia..dia dan geng wartawan yang lain dapat banyak kemudahan woo...antaranya dapat beli kamera hebat pada harga yang jugak dush2 hebat!contohnya kamera Nikon Coolpix S1000pj ni.abang aku cakap,harga asal dalam RM1148++  tapi depa dapat beli dengan harga RM500.00 only!yes.RM500.00 only okee...
pastu abang aku cakap,model ni sebenarnya kena order dulu.dalam erti kata lain,bukan ready stock la.bila kita beli,dia datangkan kamera ni dengan pakej.dapat memory card 4GB,beg,cap ngan pebarang lagi tah.kita berbaloi-baloi la..
bila aku rasa tertarik dengan cerita abang aku yang sanggup hantar sms kat aku semata-mata nak cerita pasal kamera baru dia,aku terus surf internet.ni dia aku bagi its features yang aku dapat dari encik go0gle:

- 12.1 Megapixels for stunning prints as large as 16 x 20 inches.
- 5x Wide-angle Zoom-NIKKOR Glass Lens has a versatile zoom range that gets you close to the action while capturing expansive landscapes.
- World’s first camera with an ultra-small, built-in projector provides new ways for enjoying your pictures anytime and anywhere. Among digital cameras as of July 10, 2009 (according to research conducted by Nikon Corporation).
- World’s first camera with an ultra-small, built-in projector provides new ways for enjoying your pictures anytime and anywhere. Among digital cameras as of July 10, 2009 (according to research conducted by Nikon Corporation).
- Scene Auto Selector automatically recognizes the scene in your picture and adjusts camera setting.
- Quick Retouch adjusts contrast and color vividness automatically and automatically activates D-Lighting
- Record movies at 640 x 480 resolution at 30 fps
- 5-way VR Image Stabilization System:
  • Hybrid VR Image Stabilization combines Optical and Electronic VR Image Stabilization to minimize the effects of camera shake.
  • Motion Detection automatically detects moving subjects and adjusts shutter speed and the ISO setting to compensate for camera shake and subject movement.
  • High ISO up to 6400 capability helps give you sharper results when shooting in low light or capturing fast-moving subjects.(ISO 3200 and ISO 6400 are available at 3MP or lower resolution.)
  • Nikon’s original Best Shot Selector (BSS) automatically takes up to 10 shots while the shutter is pressed and saves the sharpest image.
- Nikon’s Smart Portrait System:
  • New Skin Softening smoothes skin tone at three different levels for optimal portraits.
  • In-Camera Red-Eye Fix™ automatically fixes most instances of red-eye in the camera. You may never see red-eye again.
  • Face-Priority AF  Nikon’s face-finding technology that automatically focuses on up to 12 faces.
  • Smile Timer, Blink Proof and Blink Warning makes sure you’ll always catch the decisive moment when your subject smiles and Blink Proof function shoots two pictures and automatically saves the one in which the subject’s eyes remain open. Blink Warning, when activated alerts you that the subject may have blinked and allows you to retake the photo.
  • D-Lighting rescues dark or backlit images by improving brightness and detail where needed.
 abang aku cakap,kalau nak pinjam free.tapi kalau lama,kena bayaq sewa.cett!

jap jap.best feature tentang kamera ni bagi aku ialah kalau kita wat video,kita boleh guna kamera ni terus sebagai projector!tengok wayang straight dari kamera.pantulkan je kat mana-mana,dinding putih ke.ape ke..best kan!
pasni aku nak pau pinjam dari abang aku selalu la!hikhikhik



lambat la nak upoad gmbar..tengok sendiri la kat google.hahahaha





Tatacara Menjadi Pengacara Majlis

ooh..
apa?korang kena jadi MC?meh sini nak berkongsi tips yang tak seberapa hebat dari Cik Qirah.aku ni takde la hebat sangat tapi diingatkan ye,aku hanya yakin dengan kemampuan diri jadi MC majlis formal atau majlis rasmi je.sebabnya?aku rasa suara dan personaliti aku bukan untuk majlis huahahaha.kalau x,maka akan hambarlah majlis tu...insyaALLAH..ahahaha

1. Pastikan teks anda berkualiti
-berkualiti macam mana tu ye?kalau teks yang dibuat last minute,kita pun akan kelam-kabut.atleast bila dh siap teks awal-awal,kalau nak kena edit pun,kita takkan kalut sangat.pastikan yang menulis teks tu,sama ada kita sendiri atau orang lai dah semak teks tu..pastikan protokol-protokol dipatuhi..panggilan yang betul digunakan untuk yang diraikan atau yang hadir majlis tu.kalau x?tunggu apa yang akan berlaku pada penghujung majlis.hahaha

2. Pakaian mau kemas
-pakaian mencerminkan sejauh mana segaknya kita untuk mengacarakan sesuatu majlis.seeloknya kalau majlis formal atau rasmi,pakailah blazer.kita pun akan rasa lebih yakin untuk berdiri di depan khayalak.kalau aku jadi MC,selalunya aku akan pilih warna-warna baju yang boleh buat aku rasa lebih yakin macam warna biru dan hijau atau baju-baju tercantik yang ada dalam closet.keyakinan itu penting ya!tapi paling penting,kita kena selesa.

3. Datang awal masa majlis
-janganlah pulak malis mula pukul 3,pukul 2.50 baru kalut-kalut na pergi majlis.kalau aku,aku prefer untuk berada kat situ atleast 30 miit sebelum majlis berlangsung.bukan apa..boleh ambil 'feel' majlis..oh 1 lagi ya,kalau nak mintak aku jadi MC aku tak ada masalah,cuma tolong maklumkan awal.aku tak suka kalut-kalut.ok?

4. Susunan MC
-benda aku tengok selalu diambil ringan.protokol yang sepatutnya apabila MC berpasangan ialah MC wanita berada di sebelah kiri manakala MC lelaki berada di sebelah kanan.selalu je aku tengok MC-MC ni main duduk je.haha.pastu,untuk kesempurnaan dan keselesaan,sediakan mikrofon masing-masing.jangan share melainkan tiba-tiba salah 1 mikrofon tidak berfungsi.sebab setahu aku,kita kena test suara dulu kat mikrofon,nak tengok bunyi mana yang sesuai.

5. Jaga suara sebelum majlis.
-kalau suara korang tu all the time sihat,Alhamdulillah.tapi untuk suara yang selalu serak macam aku,kalau majlis tu penting,aku akan minum air asam jawa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis.macam masa jadi MC Sultan Abdul Halim berangkat mencemar duli ke SMSAH dulu,aku jadi MC,seminggu berturut-turut ak minum air asam.jangan minum air berais dan buah-buahan seperti buah tembikai.tak bagus untuk suara okee..

6. Bina identiti suara sendiri
-kita manusia yang berlainan.kita puna intonasi dan lenggok suara yang tersendiri.jangan pulak dok tiru bulat-bulat suara orang lain.nanti hilang gaya.belajar dan jadikan dia idola boleh..tapi make sure kita ada style yang tersendiri..okeee...

7. Kurangkan gemuruh?
-aku akan pegang pen masa bercakap.atau tips yang aku dapat dari Ustaz Asri masa kat sekolah,gerakkan ibu jari.boleh hilangkan gemuruh,InsyaALLAH dan Alhamdulillah,sampai sekarang aku amalkan dan berhasil..koman-koman pun pegang sebarang benda besi.macam klip kertas.sebab 'dia boleh serap perasaan gemuruh kita'.ek?tapi paling senang,relaxkan badan..dan untuk nampak santai,boleh pegang rostrum..

8. Kolaborasi dengan pasangan MC
- sentiasa bincang dengan partner kita,apa part yang dia ambil dan apa part kita.nanti tak kelam-kabut.selalunya,pasangan MC yang terbaik adalah yang bila kita dengar suara depa,kita rasa macam suara tu berpadu.kadang-kadang,suara MC lelaki ni mendatar sangat,yang perempuan perlahan sangat.kadang-kadang dua-dua takde intonasi.hahaha.tapi kira ok apa..berpadu la tu.tapi setakat aku jadi MC,aku rasa partner terbaik aku ialah Asyraf Shahiful Bahari a.k.a Apple.masa kat sekolah.Pengetua cakap suara aku macam Nurul Ashikin pembaca berita RTM dan suara Apple macam Aznil.ha..aku ingat lagi.hahaha


 ni masa jadi MC Sultan mai.sepatutnya prefect baju kuning tapi kena pakai putih sebab hallo,xkanlah aku nak pakai kuning depan sultan...??ampun Tuanku,beribu-ribu ampun.patik bagi mewakili seluruh warga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim merafak sembah atas kesudian Duli Tuanku mencemar duli ke majlis ini.


ni pulak masa jadi MC kat IPDA untuk majlis Watikah Pelantikan JPP.















October 29, 2010

ooo00lalalala...i adore!

tadi bukak FB..layan-laan,jumpa FB sorang senior ni..ketua Naqib SMSAH 2003..kira super senior masa aku tingkatan 1 la.dia dah kawen n dapat anak..n his wife,super duper cute!dahla tudung labuh.kawen pun xdenye nak mekap tebal-tebal..tapi tetap anggun cun.great!
jeles aku tengok.nak kawen cepat-cepat gakla.hahaha
tengok suci je depa masa akad nikah serba putih.arrghh..dah ditakdirkan kan,sama cantik sama padan.
betul ke orang cakap,kalau nak yakinkan diri bahawa dia tu jodoh kita,dia ni ada iras-iras muka ngan kita atau adik-beradik kita?iye?

Penangan Exam

hampeh je bila masuk musim exam.time ni la jugak nak bengang-bengang.time ni la jugak internet beroperasi laju dari kebiasaan.time ni jugak merengek kat amir nak nasi kandar tapi dah duduk jauh-jauh sape nak hantar?time ni jugak la ada manusia yang menguji kesabaran.time ni la jugak testpad habis.time ni la jugak baru perasan highligher tertinggal kat rumah.time ni la jugak kredit habis nak tepon mak abah kat rumah.time ni la jugak duit yang ada tinggal seciput dua.semuanya time ni.time aku nak ambil final exam.cett!

nak marah kat sapa-sapa pun tak boleh.tapi buat insan yang ceroboh bilik aku ngan paah ni and ambil barang aku tanpa izin,pulangkannnnn!!!!!arghhhh...
nak merajuk ngan amir pun tak boleh.dia kat perak okee...


sudahnya,aku rasa nak tidur je!
err..malam ni kena tengok final gadis melayu!



October 28, 2010

Sepuluh

[#1] Siapakah diri anda di rumah?

anak ketiga dari 6 beradik..tukang masak tetap..sua belanja family makan dan masak untuk family..kakak yang selalu marah adik-adik dia kalau malas stadi..

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?

suka masuk bilik kawan-kawan wat kecoh..selalu physco kawan-kawan jangan stadi macam aku juga..T_____T


[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
·
1. scooter pink jenis honda icon

2.
bawak mak abah tunaikan ibadah haji pastu bawak family melancong g danau toba,indonesia

3. pergi bercuti ngan amir..hahaha

4. bukak restoran tepi pantai.weee~

5. nak ada duit RM5000000 dalam akaun masa still bergelar student

[#4] Siapakah nama pasangan anda?

Mohamad Amir Mohamad Saedy


[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
·
1. sangat penyabar..bak kata adik saya Anis, "kalau orang lain,mesti dah lama tinggal kak Qirah.cett!"

2. agamanya.alhamdulillah..sifatnya mendamaikan..agamanya meyakinkan..dia ustaz ok?insyaALLAH mampu membimbing..

3. dia umpama tong sampah saya tapi bukan tong yang hitam legam tapi tong yang hensem dan kalau dijual tidak ternilai!semua masalah saya,saya update kat dia.hehe

4. dia berani datang jumpa parents saya di perlis!lunch sama-sama with my family.haha


5. dia cakap,akan terus bersama saya selagi saya tidak bergelar isteri kepada mana-mana lelaki.hmm..


[#6] Bila tarikh anda couple?
1 september 2008


[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

ala..gaduh..normal la tu..


[#8] Lagu tema cinta anda?

Terima kasih Cinta-afghan


[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda
u,tolong try makan laksa plis?u mesti suke!haha



October 27, 2010

Perang antara Anggun Cun dan Comel

Asiah,kawan baik aku masa kat sekolah ada cakap,dan ayat dia cukup kelakar tapi bermakna
"Qirah,imej comel dh kena buang.at the age of 20,kita kena ada imej anggun cun!

anggun cun!

yeah!

hahaha.
apa definisi anggun cun di kaca mata Nur Shaqirah?


anggun cun..
anggun cun bagi aku memang ada kaitan dengan penampilan.kalau dulu imej comel..pakai beg pink..kasut pink..beg ada kartun..gelang manik..cincin silver..haha.kalau boleh semua nak pink.cam hapetah aje kan.haha.imej anggun cun ni xsemestinya kena pakai shawl..(personally aku xminat shawl,nmpak serebeh).hahaha.pakai tudung bawal biasa pon tetap lawa.pakai tudung labuh pun lawa.asal kemas,tutup aurat dan tak timbulkan beraheeeee lelaki..haha

pasni aku nak start pakai concealer la.eyeliner xminat ah.serebeh.semua serebeh je kan aku ni?takpe. dh asli itu penting.bedak compact dah cukup.ahaha.mekap bagi aku?bedak compact aje.tu pun kalau rajin..

handbag pun aku nak pakai yang cun-cun ah dengan warna yang menarik tapi bukan pin all the times la.aku pakai cincin..dua siap u..haha.1 cincin emas,1 lagi cincin silver amir bagi.haha.gelang?oo..aku ada banyak koleksi gelang.sangat banyak..
bolehla melaram?

Tuhan,aku kini rindu..

1. aku rindu zaman kanak-kanak.zaman aku pegi sekolah kayuh beskal...pegi tuisyen malam dengan Jannah kayuh beskal..petang-petang keliling kampung..zaman bergelak tawa dengan Zatil,Jannah ngan Kak Pija..zaman main bola dengan Anas..zaman belajar Sains kat makmal,aku selalu kena cuci makmal..zaman jadi pengawas sekolah..sikit-sikit nak tulis nama orang buat salah...aku rindu kedai Kak Yam..tiapkali aku habis kelas,aku akan beli aiskrim Malaysia 5 batang ngan asam seplastik sekupang 3 bungkus..balik naik beskal berlumba-lumba...pegi tuisyen Sir Syed kena tulis jawapan esei Bi kat papan hitam..zaman makan nasi sepinggan RM0.50 ngn air segelas sekupang..zaman jadi Penolong Ketua Pengawas yang sentiasa sibuk...TUHAN,AKU RINDU!


2. aku rindu zaman sekolah menengah..zaman nangis dan ketawa sama-sama..pergi dewan makan dngan prep ngan masjid sama-sama..kena ragging sama-sama..tengok tv ramai-ramai..rindu..aku rindu zaman jadi MC..tulis teks sendiri..latih kawan-kawan jadi MC..zaman curi-curi tidoq masa orang p prep..masa tidoq dalam kelas..zaman kena buat semula latihan BM sebab tulisan cakar ayam masa tidoq..zaman batch kena denda konon sebab buli junior..zaman debate..zaman pokok winter sonata yang berbunga lebat kat sebelah makmal Bestari..kita goyang-goyang pokok tu konon ada kat oversea yg tgh salji..zaman main hujan kat padang astries..zaman bancuh air untuk turun padang petang..zaman lari 10 round padang tanpa henti tanpa penat..zaman gaduh-kawan balik..zaman naik bas ramai-ramai..sumpah,AKU RINDU!!


3.aku rindu zaman PLKN..dah hampir 3 tahun tapi rasa macam baru je berlalu..rindu zaman pakai baju serba biru..kalut-kalut bersiap kalau ada apa-apa..zaman makan dalam tray..zaman masuk kelas CB pastu kena cakap kat depan..zaman usha wira-wira hensem ngan kawan-kawan pastu bila hilang minat,kutuk depa balik..zaman jadi saksi ramai kapel masa kem tp kua dh xde pape..zaman dok bagi tazkirah kat surau antara masa senggang maghrib isyak..masa ukhwah terjalin erat dalam masa 3 bulan..zaman Qilah ngan Timex ajak ngintai Ustaz Amir..tapi ustaz Air tak pernah tau..dia ingat kita dah kapel..sapa la jahat cakap kita dah kapel!

October 26, 2010

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama SMSAH atau Jenan oleh penduduk setempat telah menempa sejarah dengan melahirkan seorang guru berwawasan, Nur Shaqirah Mat Isa. Beliau yang telah menuntut di SMSAH sejak tahun 2003 hingga 2007 itu telah memasyhurkan SMSAH sebagai bekas pelajar pertama yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dalam bidang Physics. Beliau telah ditauliahkan dengan ijazah phD dan dijangka akan meneruskan khdmat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Mohd Iswan Shafiq binti Mat Isa melaporkan untuk Buletin Utama, TV3

haha.style tak?hello..tak mustahil ok..
haha.kat sini aku bukan nak potpet pasal masa depan or kerjaya abang aku sebagai wartawan yang sentiasa buzy,tak pernah sempat g gym kuruskan badan atau elaun melambak gaji tinggi tu tapi fokus aku adalah pada sekolah aku yang tercinta yang banyak meninggalkan kenangan untuk aku n oldboys oldgirls yang lain tu.
ada paham...?

ada ke antara korang yang sekolah SMSAH?sure ada sebab mesti ada kawan-kawan aku yang baca post ni.haha.apa?anak korang dapat SMSAH?nak berkenalan dengan SMSAH?ok2..aku sebagai duta sekolah aku dengan bangganya memperkenalkan..


SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM!!


- sebuah sekolah berasrama penuh elit/primier yang terletak di Jitra, Kedah.
- asalnya sekolah ni untuk lelaki je..pastu dibuka unuk pompuan gak..(mesti seronok budak-budak zaman tu)
- masih mengekalkan bangunan-bangunan lama yang klasik dan antik.contoh?well...bangunan tingkatan 3 dan 5 kami tingkapnya jenis tolak naik atas n sendal dengan besi/kayu okee..style rumah tradisional
- batch aku batch yang ke40.kami masuk tahun 2003.maknanya sekarang SMSAH sudah berusia 48 tahun
- sekolah ni 6 buah rumah sukan macam SBP yang lain jugak.warna asing yang ada selain biru mera kuning hijau ialah oren dan ungu.aku?aku rumah Oren,rumah Wira.yeah!
- ada 5 kelas bagi setiap tingkatan.sini xde tingkatan 6 (mmg SBP xde tingkatan 6).kelas Arif,Bestari,Ceria,Dinamik dan Elit.untuk tingkatan 4 dan 5 ada aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal je.aku ambil Sains Teknikal.perbezaan?Sains Teknikal xbelajar Biology tapi belajar Engineering Drawing dan Enginering Technology.sekolah kami mewajibkan kedua-dua subjek ini kalau ambil Sains Teknikal.
- jangan risau..sekolah ni menekankan budaya YOU TOUCH YOU GO.haha.u buli junior,u get out of Jenan ok?
- aku rasa sampai sekarang ni ada Dasar Sekolah Tanpa Tong Sampah kecuali 1 saja tong sampah besar kat kawasan belakang sekolah.haha.teringat zaman dulu-dulu.nk g prep nyapu kelas.pastu boy yang duty buang sampah terpaksa jalan jauh-jauh untuk buang sampah.



err...penulisan terpaksa diberhentikan sebab aku dalam usaha mendisiplinkan diri.aku nak  belajar kejap.seminit dua pasni kalau aku bosan,aku mai balik.hihi











Tips Mencerahkan Kulit - Gunakan Syahirah,Suci dan Bersih

hehe
kulit aku cukup cerah tak untuk aku bagi tips ni?hahaha.takpelah.kalau tak cukup cerah pun,anggap la kita semua sama-sama dalam proses mencerahkan kulit.lagipun semester ni aku banyak berjemur dan menjemurkan diri.muka pun dah macam kek lapis sarawak.dua tona warna kulit yang berbeza.tangan pun lagi best,ada 3 warna!
okey2..kita cakap pasal cara nak mencerahkan kulit okey?

1. Cara tradisional

zaman kecik-kecik dulu,mak aku cakap kulit aku tak secerah adik-beradik aku yang lain atau dalam bahasa yang lagi best,mak cakap,"kulit kak Qirah warna kelabu". pastu, aku selalu basuh muka dengan air basuhan beras.mak kata,air beras ni mencerahkan kulit..sampai sekarang ni tiap kali nak masak nasi,aku akan basuh muka dngan air beras pastu.biar sampai muka kering..rasa tegang gitu,basuh dengan air bersih..


aku gak suka buat masker yang bukan-bukan.contoh?aku pernah hancurkan ubi kayu..campur dengan kunyit..sapu kat muka.agak-agak berkesan tak?hahaha.gelak guling-guling.pastu aku prnah lumur muka aku dengan serbuk teh yang baru diguna untuk wat air teh.orang cakap,serbuk teh yang baru direndam ni bukan setakat mencerahkan kulit,tapi gak menjadikan kulit kita putih-putih merah gitu.

2. Cara Orang Sibuk 

aku guna produk Syahirah.alhamdulillah..rasa serasi.guna atas cadangan Kak Diyana, ex-roomate aku.aku mula dengan starter pack dulu dan akhirnya aku pakai terus.memutihkan kulit ke?sekarang ni aku dah tak kisah sangat putih ke tak sebab aku ingat lagi adik aku cakap,"kak Qirah kalau putih sangat tak lawa".hahaha.gelak guling-guling.

ok.syahirah ni ada 3 jenis pencuci.pink,hijau dan biru.mula-mula aku guna warna pink..pink ni lembut sikit tapi rasanya lebih pada tugas mencuci dan melembutkan kulit.pastu bila habis,aku try warna biru.biru ni function dia lrbih dari pink sebab dia juga melembab dan mencerahkan kulit.tapi yang paling best tentang syahirah ni,gel pengelupasan dia.serius best.cuba try.dulu kulit aku sangat teruk okeee...jerwat sangat aktif (rosak muka masa zaman sekolah menengah).paling tak best,muka aku merah.kulit aku still merah sekarang,tapi kak pipi je.xsuka okee..pas aku try syahirah,pencuci,toner dan pelembab,pipi aku still merah...T______T
tapi hehe.aku hanya rutin mencuci.toner ngan pelembab sangat jarang dipakai..
apa lagi!
jom cerahkan kulit!
hahaha

Kemaafan Dendam Yang Terindah

macam tajuk lagu Aishah je tajuk entri kali ini?mesti la..siap lagu feveret mak aku siap.ahaha.jom tengok sikit apa kandungan lagu ni!

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah
well..saling memaafkan tu adalah sifat yang terpuji..memang kadang-kadang susah nak mintak maaf..aku sendiri macam tu.rasa macam berat je nak luahkan perkataan maaf tu kan?
tapi bila orang dah minta maaf,janganlah pulak kita memberatkan hati memaafkan orang tu.mngkin dia dah buat silap yang besar,tapi kita...?maka berlapang dadalah..terimalah dengan hati terbuka..

janganlah terlalu ego.tak ke mana pun..





Strategi Pengajaran


Strategi Pengajaran

Pemusatan Guru
Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tradisional. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik serta banyak bertindak dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai – nilai murni dan perkembangan emosi oleh guru. Strategi ini mementingkan pencapaian murid – murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru tertumpu kepada penyampaian fakta – fakta. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid juga adalah pasif dan sifat – sifat sosial positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, murid – murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah – langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak permahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah – langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap muris dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.

Pemusatan Murid

Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain – lain).Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adlaah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat demokratik dalam strategi ini. Murid – murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ujian formatif lebih ditekankan dan keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid – murid memahami fakta – fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosial yang positif seperti tolong – menolong, berkerjasama dan bertolak ansur selalu dipupuk. Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan. Di bawah strategi pemusatan murid, murid – murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.
Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain
 
Berasaskan Bahan

 Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan – bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,peta specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan- tele dan persidangan – video. Strategi ini memupuk sifat –sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid – murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan kronkrit. Ini menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing – masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.

Berasaskan Tugasan/ aktiviti

 Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam
aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan
apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang
kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau
scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan denganberkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu,guru perlu terlebih dahulu menyediakan murid menghadapi sesuatu aktiviti, memberi
bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti
selepas sesuatu aktiviti. Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu
menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru boleh membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang bagaimana memenuhi kehendak tugasan. Sekiranya bacaab ialah sebahagian daripada tugasan, guru mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi – strategi yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan,
guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu. Kebanyakan tugasan bersama – sama dengan murid, memberi maklum balas umum tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada matlamat keseluruhan




tentang kita


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama

Ceritakan semua tentang kita

Reff:


Ada cerita tentang aku dan dia

Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa




October 25, 2010

rahsia budak May

 skala pemarkahan: 1:tipu!!!
                            2:agakla..hiihi
                            3:entah,sy pon tak tahu
                            4:pandai ko teka ek!haha
                            5:yeah!itu mmg Qirah!


keras hati dan degil (5)
kuat semangat dan bermotivasi tinggi (5)
pemikiran tajam (4)
mudah marah jika tidak dikawal (5)
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian (3)
perasaan yang sangat mendalam (5)
cantik dari segi mental dan fizikal (3)
tidak perlu dimotivasikan (5)
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain (4)
mudah dipujuk (1)
bersikap sistematik ( otak kiri ) (2)
suka berangan (5)
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain (5)
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan (2)
daya khayalannya tinggi (5)
pemikiran yang tajam (4)
pandai berdebat (5)
fizikal yang baik (3)
suka sastera, seni, muzik dan melancong (5)
tidak berapa suka duduk dirumah (5)
tidak boleh duduk diam (5)
tidak punya ramai anak (infinity)
rajin dan bersemangat tinggi (4)
agak boros (5)

rancangan cuti sekolah


assalamualaikum,

rancangan cuti sekolah?err..bukan dimaksudkan rancangan kartun yang berebut-rebut masuk list tu ye..ni rancangan anak dara mak wan untuk tambah duit.hehe.at least,duit masuk..lemak keluar..hahaha
korang nak join aku tambah duit tak?ha..special untuk orang perlis,korang boleh la tengok-tengok kot-kot kena dengan korang!

1. Letak meja depan rumahpagi-pagi jual nasi lemak dan kuih,petang jual air,rojak buah,dadih,jelly kelapa dan ais malaysia
- amacam?kalau rumah aku lagi senang,ada pondok depan rumah,cuma tunggu buat banner aje.haha.err..x reti memasak sampai nak jual-jual?takat makan sendiri-sendiri boleh la?ala..apa susah..masa ni la nak belajar memasak..umur dah berangkat senja pon harap mak memasak lagi?haha.
- jangan segan kalau nak mula berniaga.lagi untung kalau tempat kita tu ada ramai budak-budak yang lalu-lalang.adik aku pun suka makan ais malaysia ni.ntah-ntah kalau aku jual kat dia,sehari aku boleh dapat RM2.00!
- make sure ada modal la.tapi kalau tak ada modal,boleh je buat pinjaman dulu dari mak abah kakak abang..eleh.macam tak biasa aje buat pinjaman..hahah

2. Keja kilang
- kat perlis ada shoe rubber.rasanya kat situ ada ja keja kosong selalu.sambilan pun boleh.tapi kalau nak kerja ni,kena cari partner siap-siap sebab keja kena berpasangan.dalam 4 jam tu boleh la dalam RM15.00.bolehla dari tak masuk langsung kan..
- kilang ni kat jejawi tau!

3. Keja kedai makan
- sebelum masuk IPG ni,aku ada keja kat Kedai Makan Singa Utara kat Stadium Utama Kangar.kalau hari biasa,dapat la dalam  RM17.00 selama 10 jam bekerja.kalau hari sibuk,dapat dalam RM30.00 sehari.
- yang bestnya keja kedai makan ni,kalau dapat tokey yang baik,dia akan jamu makan sekali.nak minum?anytime.dahaga peg tuang sendiri air apa yang hang nak!

4. Keja kedai roti canai
- mak rekemen aku keja sini.boleh jalan kaki je nak pegi kerja.boleh dapat RM10.00 selama 6 jam bekerja.
- yang ni aku tak pasti boleh dapat makan free ke tak.hahaha

5. Jual barang melalui katalog
- tak payah tunggu cuti sekolah..sekarang aku pun tengah racak jual barang melalui katalog ni.alhamdulillah..komisen yang aku dapat selama hampir 4 bulan ni dah dekat RM200.00 lebih.
- apa susah jual barang kat katalog...?bukan kena jalan rata sangat pon.kadang-kadang,kawan-kawan yang tolong promote mulut ke mulut.kita cuma telepon kedai,order dan bila barang dah sampai,pergi ambil barang.tu je.duit pun masuk...ala..student..kena pandai cari duit kan...

sebenanrnya banyak lagi cara untuk mengisi masa lapang sambil membuat duit masa cuti sekolah..cuma kita perlu lebih berani,yakin dan kreatif.juga perlukan modal ya untuk berniaga!
apa lagi!jom!cari duit!

SEMESTER DEPAN ATAU SEMESTER SATU LAGI DAH BOLEH BELI SCOOTER IDAMAN.INSYAALLAH..








October 19, 2010

alhamdulillah..ini hadiah yg aku tunggu!


alhamdulillah..
walau aku pernah rasa down yg amat sem ni,tapi alhamdulillah..
BI essay assignment aku, Mr. Faharol announce as the best.alhamdulillah..rasa sangat bersyukur..kenapa?sebab masa nak wat tu laptop aku meragam.xleh on langsung.aku plak x wat draft..esok dh kena submit..akhirnya aku tidur dalam keadaan frust yang amat..esoknya bangun pukul 6.15 pagi,pinjam laptop paah,terus menaip tanpa draft.aku wat dalam keadaan tawakal je masa tu.pastu,sempat lagi tolong editkan essay paah..alhamdulillah..

moral of the story:
jangan pernah mengalah.kita tak tahu apakah yg telah ditakdirkan untuk kita.tapi jangan pernah berhenti untuk mencuba yang terbaik. satu lagi,jangan kedekut ilmu. ada org mungkin takut kawan2 dia akan jadi pesaing dia..tp sesungguhnya,ada rahmat di setiap balik kejadian..alhamdulillah...

ni mungkin hikmahnya aku apply TESL tapi xdapat..kalau aku dapat TESL,aku takkan gunakan BI dan subjek2 sebahasa dengannya untuk bantu aku score PNG yg bagus untuk final exam. kalau aku dapat TESL, mungkin aku xdapat membantu kawan2 tapi perlukan bantuan. bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima?

October 14, 2010

soalnya hati...hati bersoal jawab??

1.  malas gile nak kemas bilik!tunggu la..pas habis hantar semua assignments..aku sembur Airwick siap!
2.  kan senang kalau aku ada kenderaan sendiri..xde la aku susahkan orang.
3   kan bagus kalau aku boleh beli laptop baru..laptop lama aku kena repair RM250 kot..
4.  best kan kalau bole makan nasi kandar nashmi sekarang ni..masuk ayam laila..sotong sambal ngn telur    sotong..
5.  nak beli kain nk wat baju kurung baru la..nak warna hitam n silver
6.  nak solat dulu.lagho!

akhirnya hatiku menyeru ke arah kebaikan..terbuktilah bahawa hati ini tidak tertarik pada nafsu semata-mata..masih punya titik keinsafan..alhamdulillah..

October 13, 2010

xtipu..sangat kecewa!


assalamualaikum
post kali ini terpaksa dilakukan dengan cepat kerana kesuntukan masa. esok ada banyak benda nak submit and esok jugak ada Ujian Akhir Kursus.
yeah.
aku kecewa.sangat kecewa.tapi takde la sampai nak hantuk kepala kat dinding tapi cukup untuk buat aku terus tidur pas kelas tadi.halloooo00..i sangat jarang tido siang sekarang ni ok..tadi rasa tension sangat,masuk-masuk bilik je terus rebahkan badan.
kenapa aku kecewa?
hmm..tadi ada ujian akhir untuk 1 subjek ni..well..memang bukan subjek favourite tapi semua kita tetap kena study kan. nak dijadikan cerita, kemarin memang terlampau kalut sebab nak kena hantar assignment Kimia..pukul dua jugak la aku tidur. tapi Alhamdulillah..dari majoriti kawan-kawan lain yang hampir-hampir tak tidur langsung..syukur..digerakkan hati nak buat awal..
berbalik pada kes ujian tu,dah tidur pon dah pukul 2..mana sempat aku study..pegang je nota,tup-tup, dah terlelap..
sebenarnya..
sebenarnya pensyarah subjek berkenaan dah ada bagi 1 set soalan yang dia suruh cari jawapan.dia kata soalan-soalan tu yang akan masuk. tpi bila masuk je kelas untuk jawab ujian, dia cakap ni open-book test. time tu aku rasa kecewa sangat. kalau orang lain mestila bahagia sangat kan? tapi aku rasa, dh tu apa tujuan belajar ni?apa fungsi exam?kalau gitu,apa yang akan membezakan markah kami?ya.aku memang tak study tapi aku prefer untuk jawab dengan segala kemampuan aku yang ada.aku tak mau berbangga dengan result nanti, subjek tu aku dapat gempak, tapi hakikatnya hampeh.aku baru je nak bagi pengajaran kat sendiri..nak jawab dengan pala otak sendiri..nak cuba dengan kemampuan yang ada. nak tengok result nanti sepadan tak dengan usaha aku...
nak cakap aku tak study untuk paper ni, takde la sangat..at least aku sempatkan diri bangun..urf internet..cari maklumat..dan Alhamdulilah..melekat jugak kat kepala..tapi masuk-masuk je exam, bukan setakat open-book test, kawan-kawan bukan setakat berbincang, tapi meniru! apa ni....

macam mana nak bina integriti..kalau bakal pendidik pon disuruh buat benda yang mencemar jati diri....
*sigh..