Friendly Friends

July 6, 2010

tq amir..hahaha.proud to be jenanian

dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
baru je lepas solat asar tapi penatnya ALLah yang tahu..
aku kua jitra ngan amir tadi..penat berjalan walau sekadar memusing dan lalu depan orang dan kedai yang sama.
agaknya semua orang tau,budak-budak ni dah bosan agaknya pusing jitra.haha.tapi nak wat cane..jitra aje aku boleh jalan-jalan..
nak pegi alor star elaun tak masuk lagi..kalau tak cadangnya nak beli baju raya siap-siap..nanti nak dekat raya ni kalut nak tempah plak.aku ni dah la payah nak cari saiz..saiz s pon labuh..huahahahaha
rini ada pc fair kt tengah-tengah jitra mall..cadangnya nak beli broadband..tp tak kesampaian jugak sebab registration fee dia adalah sebanyak rm100...harga tu murah sebab setau aku,standardnya rm160++...tapi nak wat cane dh duit yang ada dalam saku aku pon cukup-cukup makan untuk bertahan dengan elaun yang tak tentu bila nak masuk..alahai pokai..
duit tu ada la lagi..tp aku nak wt spare untuk masa kecemasan..tu pun duit ihsan dari abg sulung aku,bampik..hehehe.tapi dengar-dengar elaun masuk memang lambat kali ni..mungkin hujung julai atau awal ogos atau lebih lambat dari yang dijangkakan..pensyarah sendiri dah gtahu..duit tak cukup..kalau bagi pon mungkin bagi secara berperingkat..aku tak kisah sebenarnya..bagi secara berperingkat pon bagus juga..dapatla aku kawal perbelanjaan..mak sendiri cakap aku ni kuat berbelanja..huahahaha..mata rambang..(tapi bukan mata keranjang ek,i ni setia pada dia aje..hahaha).
hmmm...rini kua makan nasi kandar yang sekian lama sudah aku idam-idamkan..dahla sebelum ni amir asyik cte je betapa sedapnya nasi kandar makan dengan telur sotong..rini dia belanja aku makan nasi kandar ngan ayam masala..telur sotong masak lemak ngan sambal sotong (sambal sotong ni sebenarnya lauk dia.haha).sedap wo0o..naik mengantuk aku makan sebab ayam tu terlalu besar!dahla bahagian isi..aku ni slow sikit makan ayam bahagian isi tapi kalu tulang,aku makan semua kot sampai lumat.hahaha.ganas...alhamdulillah..puas jugak aku makan nasi selepas seminggu kat sini tapi makan pon bajet..thanks sayang!haha
macam besa kalau kuar ngan amir..keja kami cuma jalan,makan..bhenti solat,jalan balik dan makan balik.hahaha.tapi kan..rini ramai betul kua jitra..naik sesak..sampai blaga bahu dengan orang lain.hahaha.yang bestnya aku jumpa cikgu norsiah..g salam ngn cikgu...pastu sembang-sembang sikit...dan nak dijadikan cerita,rini boys sekolah aku outing.yang bestnya,SMSAH dah buat t-shirt untuk kuar outing!ala..dulu tym batch aku pegang MPP kenapa tak dapat..baju tu warna kuning merah biru dan dengan gahnya ada perkataan JENAN kat belakang baju..ada la pulak budak-budak yang dulunya aku f1 dan depa f5 tego aku..depa kata ni,"eh,ni ex-student!"ada pulak yang kata,"eh,ni kak shaqirah!"
tiba-tiba ati rasa kembang semacam..terasa nak tersenyum pon ada..femes gak aku dulu ek.hahahaha.rasa macam ada nilai lagi di JENAN..alhamdulillah..
bila nak balik tu,fasya ngan pikah PK ajak aku ngan paah gi vacation kat penang nanti bila masuk elaun..sewa keta..g bermalam kat batu feringghi n shopping kat Queensbay..hoolllla!!!wallllaaa...wakaakaaaaaaka!
masyuk punya idea..aku ni dah la baru sekali jejak kaki kat seberang sana jambatan.dah la pulak teringin nak wat unggun api kat tepi pantai..hoolllla!!!impianku bakal menjadi kenyataan!
mau2 pulak boleh wat BBQ kat tepi pantai kan..alamak..kenapa best sangat ni...hehehe.tak sabar plak rasanya..hahahaha.
cadangan yang digagaskan oleh girls kelas aku plak ialah kumpul duit untuk bercuti ke indonesia.ada pakej perlancongan termasuk pasport..makanan..dan penginapan serta pengangkutan ke indon dan di indon...perginya pulak seminggu..hollla!!!!masyuk gle ah..tapi harga pakej tu..ehmm..RM1000++ per kepala..haha.kami cadang untuk kumpul duit dari sekarang dan pegi sana hujung tahun depan,InsyaALLAH...
kimah pulak menghangatkan suasana.dia cakap,mak dia penah pegi indon dan bawak RM500 aje tapi tu duit kita..bila p sana,nilai tu dah mencapai sebanyak sejuta rupiah!pandangan aku mula berpinar-pinar..membayangkan apa yang bakal aku bawak balik nanti kalau aku bawak RM500..aku nak beli souvenier untuk abah,mak,kakja,bampik,fikri,anis,adik,amir,shiela,tora,jannah,as,wani,tok,mak2 n pak2 sedara,sepupu dan seantero dunia yang mengenaliku!untuk aku plak,aku nak beg,kasut,baju,macam-macam lagi la!hehehehehe
eh,macam dh terkeluar dari topik cerita asal kan?dh namany blog merapu..ape lagi,rapuan aku pon tahap maksimum la.haha.dengan bahasa yang tunggang langgang..cane aku boleh digelar kamus bergerak masa zaman sekolah kan..haha
pape pon..zaman tu dah lama berlalu..sejak aku dapat c+ untuk aku punya BM semester 1 maa kursus persediaan dulu,aku wat kesimpulan yang semangat bahasa melayu aku makin kurang..makin teruk..dan makin tak dapat nak diselamatkan..wassalam..

No comments: