Friendly Friends

July 2, 2010

program latihan khidmat negara











ni gambar gurl alpha..

















ni aku,aqilah n mizah...












ni pas wirajaya...













ni antara yang rapat ngan aku..hitam aku kan?












ni team tarian yang aku join masa penutup...


bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum.. walau kedengaran agak membosankan,kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku menjalani latihan Program Khidmat Negara di Kem Tasoh,Beseri Perlis.. aku dan rakan-rakan lain mendaftar pada 29 Disember 2007 hingga 11 Mac 2008.. sebelum tu,nak la jugak aku bercerita pasal macam mana reaksi aku dan rakan-rakan sekolah aku semasa tau kami terpilih..hahaha hari tu kalau tak salah aku,prep pagi..aku pegi kelas 5 Sn 1..saja..alang-alang boy xde..tapi masa tu hanya ada aku,syazana ngan shiela atau indah kot.syazana dah kecoh sebab pakwe dia check,dia dapat plkn.aku apa lagi..gelak besar ah masa tu.pastu syazana minta nama penuh aku soh pakwe dia tolong check.aku pon bagi la dan dukacita dimaklumkan,aku pon dapat!arghhh!!!! pastu tersebar la kat sekolah yang dah boleh wat semakan dapat ke tak plkn..yang membuatkan aku sangat femes masa tu ialah aku sorang je girl dari rumah sukan aku,rumah wira yang dapat plkn!depa cakap,memang aku wirawati tulen ah..haha.dahla aku ahli jawatankuasa disiplin rumah..adeh..malang-malang.. lagi nak jadi cerit,aku dapat kt kem tasoh yang hanya terletak beberapa kilometer dari umah tok!ni kes yang membuatkan family aku plak gelak..aduhai nasib badan..aku dapat kat situ dengan wani,shiela,nasir ngan meor.. time nak g daftar tu,aku agak memberontak la.haha.mula-mula kami girl perlis ditempatkan di dorm alpha..sementara nak tunggu orang perak,penang ngan kelantan sampai..esoknya tu baru dipecahkan kepada kompeni-kompeni iaitu alpha,bravo,charlie ngan delta.alhamdulillah,aku ditempatkan dalam kompeni alpha dengan wani dan nasir..tym ni la aku kenal aqilah..haha..dan petang tu jugak aku kenal ngan mizah masa kat surau..sebab dia tanya lagu apa tah kat aku.. tapi awal-awal tu,aku tengok aqilah asyik-asyik teriak ja..homesick kot..gipon dia penah cita yang dia penah dok hostel seminggu je tapi tak tahan,balik umah balik..haha.sejak pada tu,kami berempat jadi kawan baik...seminggu lepas tu,timex plak masuk..kami jadi berlima.timex ni dulu duduk kat dorm hujung nun..awat dia sesat sana pon aku tak tau.. sejak hari tu,pegi mana pon kami memang berlima.. seminggu yang pertama ni,memang free giler-giler ah..tido dan hanya bangun bila ada announcement suruh pegi makan kat dewan makan.haha.masa tu aku teringat yang cikgu mansor pernah cakap pas dia umumkan kat perhimpunan nama-nama insan terplilih ni,cikga cakap,baguslah..mesti berat kamu semua turun 5kg!banyak la cikgu..berat aku ni dari 43kg naik 45kg kat plkn! yang paling aku ingat,announcement masa nak kejut pegi solat subuh.paling aku cam sora cikgu rahim.hahaha."bangaun,bangun,bangun...wira dan wirawati dikehendaki bangun dan diberi masa 15minit untuk bergerak ke surau."hahaha.tapi aku ni takde la baik sangat sampai tak penah ponteng surau..penah ape.aku ingat lagi sekali tu.aku ngan mizah lari sembunyi dalam 1 toilet yang sama sebab cikgu sham wat spotcheck sapa yang tak pegi surau.hahahaha.otai ah!! aku diberi number 408 sebagai number dobi aku.kt plkn ni,baju-baju..stokin..dan seluar yang depa sediakan ni kita boleh hantar dobi tiap-tiap hari..untung kan?kita hanya perlu basuh baju yang kita bawak sendiri je..nak tunjuk kata betapa jimatnya kat sini,sabun basuh buku yang aku dari hari pertama sampai hari terakhir,tak habis pon beb..hahahaha kes baju dobi ni pon ada cerita dia yang tersendiri jugak..baju t-shirt sukan warna biru muda line hitam kat lengan tu,boleh shrink menjadi pendek!hodoh betul la..haha.kadang-kadang aku nak tergelak tengok diri sendiri dan kawan-kawan kena pakai baju singkat.haha ok kita teruskan dengan hari-hari di plkn..minggu kedua rasanya,setiap kompeni dikehendaki untuk membuat bendera dan pembentangan tentang moto kompeni..logo..lagu..haha.masa ni geng aku sekumpulan dengan geng boy perak termasuk nasir.kami pon selalu la dok buat perjumpaan dan malam pembentangan tu,aku dipilih dengan akmal syahmi untuk wat pembentangan tu... aktiviti-aktiviti kt kem ni memang best dan mencabar bagi mereka yang sukakan adventure..tp adalah satu kerugian yang amat besar bagi aku sebab masa kawan2 pegi menembak dan flying fox,aku dikuarantin sebab demam campak..tapi aktiviti lain macam berkayak..wirajaya..water confidence..ha,aku sempatla. sebut pasal berkayak..aku kayak dengan timex.tapi mmg dh ditakdirkan kayak kami yang paling jauh berlayar..pastu dengan kekuatanyang kami kami curahkan untuk berkayak sejauh tu,kami tak mampu nak patah balik..haha.tp kulit aku burn arr tym ni..waktu wt water confidence plak,kami group pertama yang turun air.tym tu aku hanya takutkan satu perkara je;lintah!!!tapi alhamdulillah..lintah pon tak hingin kat darah aku kot.hahaha wirajaya ni pulak bermaksud camping kt dalam hutan..tym ni mmg kemuncak plkn bagi semua kem la sebab kat sini la kai aplikasikan semua yang kami dh blaja kt kem selama ni..contohnya navigasi..cara nak survive n macam2 lagi la..best beb!tambah2 malam tu ujan..habis barang2 n baju kami basah..tp aku dgn selambeny tido..rilek suda...hahahaha bagi aktiviti kelas plak,ada kelas character building,kelas kenegaraan dan kelas integrasi..dalam kelas character building ni,kita ada silibus yang perlu dihabiskan dan ada kena buat peta minda ttg apa yang kita buat secara harian!buhsan..haha.pastu ada blaja jugel..n aku dapat istilah baru untuk semua perasaan negatif iaitu geramji.lawak kan perkataan ni?aku tak tau sama ada perkataan ni betul2 wujud ke tak.lupa nak semak kamus dewan.haha.tp dalam kelas character building ni,aku slalu gk la bangun bercakap mewakili kawan2 lain..well..aku kan suka bercakap.hahaha untuk kelas kenegaraan ni aku tak bape boleh cte sangat sbb aku demam campak..tp aku sempat pegi aktiviti kemasyarakatan iaitu program anak angkat di felda tasoh.pastu apemenda ntah.tak paham apa motif aktiviti tu.hahaha bagi aktiviti wira dan wirawati plak..kami mmg ada rahsia tersendiri.haha.di surau..di padang kawad..mmg banyak gle ah memori yang takleh lupa walau 3 bulan je kat kem.mungkin sebab ni jugak terlalu raamai yang teriak masa nak balik termasuk ramai boy.tp aku pelik kenapa aku tak teriak.papepon,aku ttp menghargai setiap kenangan yang ada.. paling aku takleh lupa kat surau masa KJ mintak sorang wirawati pegi depan bagi tazkirah..tym tu kawan2 mula cabar aku,kalau aku pegi depan,depa nak bagi megi dua bungkus.aku pon apa lagi,dengan konfiden skali aku angkat tangan tnda nak bagi tazkirah la.tp otak aku tym tu mmg blur.tak tau apa menda yang boleh aku cakap.haha.pegi depan je,aku ddk atas kerusi dengan dikelilingi wira!arghh...megi punya pasal..hahaha.last2 sejak daripada tu,aku dikenali tidak lagi dengan nama qirah tp ustazah shaqirah..hahaha..megi punya pasal.. ustazah mestilah ngan ustaz kan?haha.yang bezanya aku ustazah megi,partner aku ustaz sejati.haha.memperkenalkan,mohamad amir bin mohamad saedy dari selama perak kompeni alpha!haha.orangnya pendiam,jalannya tunduk..tp aku tak penah cam muka dia sbb dia selalu tunduk.yang aku tau,tazkirah dia pernah buat kami nangis ramai2.tabik spring arr ustaz amir..tp aku tengok ustaz amir ni macam kera sumbang..hidup dalam dunia dia aje..aku tak suka orang yang kera sumbang ni.haha.tp last2..si kera sumbang ni la yang mintak kapel ngn aku dan alhamdulillah,masih bertahan sampai sekarang..dh nak masuk dua tahun dh.. moral of the story,kalau dapat plkn jangan la mengelat..best wo0o..makan pon sedap (6x sehari)..aktiviti yang banyak memberi kenangan dan pengalaman serta kita dapat mencuci mata tengok manusia yang ramai.untung2 dpat ustaz macam aku,sapa tau?hahahaha

1 comment:

armouris said...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit