Friendly Friends

July 20, 2010

penghargaan buat farah izzati



*great and heavy thinker*

farah izzati,merangkap roommate sy..kawan sy masa kat plkn..n watak penting dalam hidup saya d ipda sekarang dan semoga berterusan di masa hadapan..
terima kasih buat farah izzati kerana sudi meminjamkan laptop anda buat saya untuk meng-update blog saya dan mengakses internet.laptop saya rosak.awak sungguh baik hati.
terima kasih juga kerana sudi membiarkan saya menempel di katil awak semasa saya tak boleh tidur.awak juga sudi teman saya masa saya takut nak ke tandas malam.awak memang baik hati.
awak juga selalu tolong saya basuhkan tupperware saya tiapkali saya habis makan megi sebab awak tahu,saya benci basuh pinggan.awak sungguh baik hati.
awak juga selalu pujuk saya masa saya menangis.awak tahu saya tak suka disentuh masa nangis,tp kadang-kadang awak sentuh jugak.(lagi saya nangis).awak sanggup berjaga sampai awal pagi layan kerenah saya yang suka bercerita.pastu awak bangun lewat masa pagi..awak mmg baik hati.
awak juga sanggup berjalan dengan saya ke yawata.yela..orang lain ada kenderaan..kita ada sepasang kaki yang ALLAH anugerahkan untuk kita.agaknya kalau dihitung jumlah perjalanan,mungkin kadar perjalanan kita sudah mencecah 50 kilometer.awak memang rajin.
pastu kan,
awak mmg kawan yg cukup care.
terima kasih farah izzati

No comments: