Friendly Friends

July 12, 2010

hoh0hooo..harapan tidak kesampaian

hari ni hari pertama ada kelas pj.tapi dengan penuh bersemangat bangun awal walau semalam aku tido lewat.pas wat ABM (alat bantu mengajar),aku join paah ngan haizum tengok bola kat bilik tv.takde la ramai sangat..yela..pkul 2.30 pagi..sapa yang tahan..hanya yang fanatik je akan stay lewat2 gini..
aku bawak baby turun tengok bola sama(baby adalah teddy bear yang amir bagi kat aku sempena besday aku taun lepas.baby adalah sejenis teddy bear yang sangat montel dan sangat puas dipeluk.hehe) tapi sebenarnya kegunaan baby adalah untuk lapik tido aku atas meja masa tengok bola.sori ye baby.hahaha.ngntok.terkejut jaga pon bila dengar orang jerit.pape pon yang penting,SPAIN tetap the best!berbaloi-baloi aku korbankan keempukan katil dan tdo atas meja.haha.terbaik!
semalam aku merajuk ngan amir..kenapa ntah.tak ingat.dia pon lama-lama dah bosan pujuk kot.dia letak tepon.haha.aku pon wat tak heran je..(sebenarnya takde kedit nak tepon balik).lama-lama pastu dia tepon aku..ayat dia kedengaran macam bagi amaran,hehe,dan buat aku rasa lagi nak merajuk ayat dia berbunyi begini:tolong ye..tolong jangan ulang perangai buruk tu lagi..T_T
waaaaa...kenapa amir saedy begitu direct dalam menegurku..waaa...(harap2 dia tak baca entri ni).ala..aku bukan wat perangi buruk ape pon..aku merajuk je..macamlah sebelum ni tak penah merajuk.haha.tp agaknya kali ni dia betul2 geram kot.mintak maap ye..saya mengaku salah..
sebelum ni dia selalu gak tegur secara direct..mulanya aku kerap terasa dan malu dan geram...dia pernah tegur tudung yang aku pakai jarang n menampakkan bentuk tengkuk..(aku ngku tudung tu jarang.pinjm dari kakifa sebab xde tudung krim.)dia mintak aku pakai stokin tiapkali keluar..(belum dapat ditunaikan,tapi ke depan-depan nanti,InsyaALLAH..)teguran dia bagus..memang niat untuk memperbaiki diri aku dan membimbing aku,tapi cara dia cakap adalah sangat direct dan membuat hati wanitaku tersentuh.chewah!tapi lama-lama aku faham..tu cara dia..aku rasa aku pon jenis tegur direct kot.kalau aku tengah marah atau geram atau suka atau hepi,orang tanya aku adakah aku sedang berperasaan demikian,aku akan cakap ya..takde nak cover2.watpe nak cover kan?kalau aku tak ngaku pon orang dapat bajet just by looking at my face.hahaha.
hmmm..
tadi masa kelas pj,aku dikejutkan dengan satu berita bahawa kami akan disuruh membuat pelbagai pergerakan untuk amali yang mana membawa 30% markah untuk final exam.antara pergerakan yang perlu kami buat ialah berguling-guling di atas tilam nipis (aku tak tau nak sebut apa tp aku rasa hampa paham),berdiri dengan menggantikan peranan kaki dengan kepala (kepala di bawah kaki di atas),melompat di atas suatu benda yang lebar dan tinggi,lompat atas papan anjal,dan pelbagai aksi gimnastik lagi yang aku sangat meragui kewibawaan aku sebagai seorang yang sudah tidak memiliki kelenturan dan keseimbangan lagi.hahahaha.mampos la aku kali ni..tapi apa yang penting,aku kena turunkan berat badan yang sangat mndadak-dadak naiknya..
dengar cte elaun dah masuk.intan dah ajak pegi tengok ECLIPSE.aku sangat berminat memandangkan aku dah follow twilight ngan new moon..edward sangat mencairkan hatiku..hehe.macam mirah cakap,walau jacob lagi hensem,aku tetap pilih edward sebab dia sangat protective...dan sangat co0l..dan sangat romantik dengan cara dia yang tersendiri..aku suka tengok bila dia macam nak senyum,tapi tak berapa senyum.ha..macam nak cover senyum.pergh..hensem gila dia masa tu!cair beb...
tapi apakan daya,aku tak sempat dating nak edward hari ni..banyak pulak aral yang melintang..aku redha dengan tido sepanjang petang..hoh0hooh00oo

No comments: