Friendly Friends

July 9, 2010

gemukkah aku????

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
aku tak balik hujung minggu ni.malas rasanya dengan duit tarak..pokai..kering..hancus..

kemarin..
hatiku terluka lagi...hoh00hoo..
encik poad,pensyarah fizik tegur aku depan kawan-kawan..ayat beliau berbunyi begini,"dulu kecik nak mampoih..la ni GEMUK!"

GEMUK!
GEMUK!
GEMUK!

perkataan tu asyik terngiang-ngiang je rasanya..sensitip betul aku dengar perkataan tu.kalau berisi tu bolehla aku terima lagi..tapi aku takde la terasa sangat sebab encik poad bukanlah orang pertama yang tegur aku..dh beratus-ratus manusia menegur,tapi ni adalah kali pertama aku ditegur depan kawan-kawan..termasuk boys!merah dan panas muka sangat-sangat rasanya masa tu..pas encik poad tegur,pali cakap,"encik,kenapa encik jujur sangat?"

sesungguhnya ayat tu membuat aku rasa muka aku semakin panas..

dulu encik poad jugak yang tegur aku.dia kata,dalam kelas sains,aku yang paling kecik dan paling ringan dalam kelas.tapi encik,sedarlah anda bahawa pada masa itu,saya masih berada dalam semester satu kursus persediaan..sekarang saya sudah berada di semester dua ijazah sarjana muda..banyak bezanya encik..tolonglah jangan pukul saya lagi dengan kata-kata yang pedih itu..ahhh...sakitnya terasa menyucuk-nyucuk..

dan semalam jugak,aku bermimpi..
mimpi ngeri..
berat badan aku 108kg!!
tidak!!!
kenapa ini semua harus terjadi?berat aku belum mencecah angka 55++ pon lagi (mungkinkah hanya menanti masa?).
kenapa semua ini harus berlaku pada aku yang hanya berketinggian sebanyak 150cm?
kenapa berat aku naik mendadak sejak masuk maktab ni?
kenapa??
kenapa?????

2 comments:

amirahsamat said...

hahaha .
samela kite !

Qirah Isa said...

tapi paling aku tak tahan..cakap dulu kecik nak mapoih!