Friendly Friends

July 31, 2010

1 ogos..salam hari prsahabatan

*great and heavy thinker*

1 ogos..macam jadi 1 adat yg aku tak tahu benar atau x kewujudan dia..tp aku celebrate jugak..1 sekolah meraikan hari yg tak tertakluk dalam kalendar ni..1 ogos..HAPPY FRIENDSHIP DAY..
kalau dulu,bangun pagi je..kad2 handmade dh melekat penuh kat loker..cantik!n semua kad tu aku simpan sampai sekarang.ada yang aku dapat masa f1.kadang2 pegi kelas ada plak org selit baah plastik balut meja.hehe

my memory..

buat kawan2 dari sekolah menengah sultan abdul halim..especially revolution generation 0307..happy friendship day!
love u all..
u r the best friends ever!

July 30, 2010

semuanya ok2 aje..

*great and heavy thinker*

aku tak tahu nak cakap macammana..tp aku rasa semuanya ok2 aje..
makan pakai ak ok2 aje..
kesihatan aku alhamdulillah.ok2 aje..
semuanya ok2 aje..
perniagaan aku alhamdulillah..ok2 aje..
stadi aku alhamdulillah..terlebih ok (banyak benda tak wat lagi tp ok2 aje..)
tp perasaan aku..aku tak tahu la ok ke x..

July 28, 2010

i x ngntuk lagi ok?

*great and heavy thinker*

penat..
again,entry aku dimulakan dengan perkataan penat *sigh*
memang minggu ni sangat penat.kemarin p perlis..(mungkin balik perlis ad'alah frasa yang lebih manis)..haizum aj g klinik chiang untuk rawat kulit muka dia..izzudin drive..n all tgether,there were 7 of us in the car!luckily go my seat at the front as i was the co-drebar..if not..die la me at the back..haha
pastu kami g posing2 kat kuala perlis.so embarrassed to admit that it was my really 1st tym to take pictures on the big rocks just along the road.haha.pity me
so sad..
but the most pathetic thing about me was when i took another look at the photo..


"qirah,u look teribble!"

"why??just because i dont wear any makeup even a compact powder??"

"no.u look so fat!"


??????????????????

July 24, 2010

penat dan penat dan penat

*great and heavy thinker*

lama rasanya tak nulis blog.semenjak laptop aku wat hal demi hal,aku rasa malas nak nulis blog.kalau pon hanya yang pendek2 je.
(tiba-tiba,lampu modem berkelip2 berwarna merah menandakan signal sangat slow...)
kenapa ya?
tiba2 jugak sekarang intrnet disconnect.aku pon terus menaip tanpa menghiraukan internet yang bengong.hahaha
sekarang tengah buat kerja science sebenarnya..tapi aku n my geng jadik sangat blur..semester ni kena kaji tentang silibus sains sekolah rendah..kena pinjam buku teks sekolah rendah..tengok sama ada dia selaras tak dengan aim dan objectives primary science curriculum..susah kan?sama ada skills dia..contents..dan apa penekanan yang diberikan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan pupils towards nature of science..haha.sorry la narshiela saad,aku punya entry kali agak akademik tp takat ni je.hehe
td pagi teman kakja p beli tudung dia untuk dia punya konvo 6 ogos nanti..cadangnya 1 famili nak pegi..hehe.tapi aku xde baju la nak pakai..semua baju aku,aku dh mlantak pakai..haha.macam aku je yang na naik atas pentas amek ijazah kan..
ok..berbalik pada apa yang berlaku pagi td.lama gila kot aku menunggu dia pilih tudung..semuanya serba tak kena.haha.nasib baikla aku ni jenis suka shopping..kalau tak..haha
last2 dia amek selendang hijau yang ada garis hitam.sesuai la dengan baju dia yang hijau macam pokok padi muda tu.haha.tap proses nak memilih tu agak lama la..kalau aku,aku amek tudung biasa je.bawal.murah pon murah.ada kat makcik sorang ni,tudung bawal dia memang nombor 1 n believe me,harga dia hanya RM10!dengan batu yang berkilau,kain jenis A..aku rasa macam nak bli je semua kaler.hehe
jumpa anak makngah mas..faizah ngn syifa ke syaza pon aku tak cam.kembar.haha.tobat aku cukup payah nak cam kembar.
pastu g mrsm beseri..tengok adik yang kedua bawah aku.budak f1..besalah budak f1.aku ngn kakja masuk bilik dia sampai nak termuntah!nasib baik dia punya kawan sebilik pon sama.haha.ni first tym aku pegi mrsm beseri sebagai pelawat.haha.masuk2 je kami ngemas dia punya loker n katil n meja.masyaALLAH..aku rasa aku dulu pon tak seteruk tu.adoi..
rini balik ipda balik pas tak puas lagi nak makan n lepak2 kt rumah..bosan kn?tp balik kali ni agak terisila masanya,,sebab pagi jumaat tu p dusun ngn abah..kutip buah rmbutan yang dh merah meranum tu..pastu p shopping..p tengok anis..pastu mak abah kakja dok bincang pasl konvo kakja..bampik balik kot..n kami mungkin akan sewa kereta yang besar sebab viva tu kecik je.tak muat 1 famili nak pegi penang...
tiba2 rasa nak bhnti tulis
lenguh
nti sambung lain
wassalam

July 21, 2010

down memory lane

*great and heavy thinker*

(dipetik dr post group wintr sonata di fb.i like!it reminds me of many people)

Late at night when all the world is sleeping, I stay up and think of you... and I wish on a star that somewhere you're thinking of me, too.
Even now after all this time, you called me and wanted me I'd say "yes! It's about time what took you so damn long!".
You do something to me that I can't explain, so would I be out of line if I said I miss you?
The few hours I spent with you are worth the thousand hours I spend without you.
This is out last goodbye... it's over, just hear this and then I'll go; you gave me more to live for then you'll ever know.
Missing you isn't the problem, it's wondering if you'll ever come back that's killing me.
It's been quite awhile... I must say I miss our friendship. I miss you, but what I really miss the most is not just you or us but how it all was.
I miss the talks we used to have, I miss the voice I used to hear... I miss hearing your crazy but cool stories, and above all these... I just miss you!

I ofter catch myself constantly wondering how you are, sitting alone with my mind set so far, reminiscing about your smile, voice and touch, damn this life... I'm missing you too much!
I get this feelings we'll be together again. No straight lines make up my life, all roads have bends. No clear cut begging's and so far no dead ends.
Today was just one of those days where everything I did reminded me of you and every song I heard somehow related to you. I hate days like today, because they remind me of the one thing I dont have.
I called because I wanted you to know that despite everything that' happened and all the miles between us right now, I still think about the way it was in the beginning.
If some thing happens and you lose me, please don' think that' the end, come and find again.
I know you've been busy, I had things to do too. We haven't talked for some time, I wonder if everything's fine. I had other stuff on me mind, I'm sure you did too, but I just had to tell you this my friend... hey I miss you.
People that are meant to be together always find their way in the end.

We've gone our separate ways and I know it's for the best, but sometimes I wonder, will I ever have friends like you again?
I miss all the little things. Like him driving with his hand resting on my knee and the way wed share a big gooey ice cream. But I especially miss the hot nights in those motel rooms when he was all around me, the taste, and the scent and the feel of him. And Id fall asleep in his arms, with the sound of his heartbeat being the last thing I heard before going to sleep. I ache with longing.
I've been laying here all night, listening to the rain. Talking to my heart and trying to explain. Why sometimes I catch myself wondering what might have been. Yes I do think about you, every now and then.
In this weird twisted way, I know you miss me liking you, not because I want to believe it's true, but because you'll never find a girl that can put up with you like I did; you'll never find a girl who will care as much as I did, because no one will waste all there love on someone like you, like I did.
If you missed me then I'm sorry I didn't stay away longer, I like being missed.
Just the thought of being with you tomorrow is enough to get me through today.
It's YOU. You mean everything to me... you are the first thought in my head in the morning when I wake up; my last thought before I go to bed. You smile at me in my dreams... when you are sad, I fell sad, and when I see your true smile, I feel incredible, like there is no other thing around and all I can see is you.
The best feeling in the world is to be millions of miles away and still be able to picture his eyes.
Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.
I tell you goodnight with tears in my eyes, I wish I was there curled up by your side, Time passes, But not fast enough, I try to be strong. But I'm not that tough, When I feel you embrace it will be all right, But my heart aches for you on this lonely night.
When I'm not there... do you think of me? When you're sad and something's bothering you... do you wish I were there to help comfort you? When you've had a long hard day... do you smile knowing that soon you'll be seeing me, and everything will seem better, even if it's just for a moment? When you lay down at night... do you look back and cherish the new memories you've made with me? And when you get up in the morning, does everything inside of you smile, knowing that this will be another day that we'll be together? because that's how I think of you...

July 20, 2010

penghargaan buat farah izzati



*great and heavy thinker*

farah izzati,merangkap roommate sy..kawan sy masa kat plkn..n watak penting dalam hidup saya d ipda sekarang dan semoga berterusan di masa hadapan..
terima kasih buat farah izzati kerana sudi meminjamkan laptop anda buat saya untuk meng-update blog saya dan mengakses internet.laptop saya rosak.awak sungguh baik hati.
terima kasih juga kerana sudi membiarkan saya menempel di katil awak semasa saya tak boleh tidur.awak juga sudi teman saya masa saya takut nak ke tandas malam.awak memang baik hati.
awak juga selalu tolong saya basuhkan tupperware saya tiapkali saya habis makan megi sebab awak tahu,saya benci basuh pinggan.awak sungguh baik hati.
awak juga selalu pujuk saya masa saya menangis.awak tahu saya tak suka disentuh masa nangis,tp kadang-kadang awak sentuh jugak.(lagi saya nangis).awak sanggup berjaga sampai awal pagi layan kerenah saya yang suka bercerita.pastu awak bangun lewat masa pagi..awak mmg baik hati.
awak juga sanggup berjalan dengan saya ke yawata.yela..orang lain ada kenderaan..kita ada sepasang kaki yang ALLAH anugerahkan untuk kita.agaknya kalau dihitung jumlah perjalanan,mungkin kadar perjalanan kita sudah mencecah 50 kilometer.awak memang rajin.
pastu kan,
awak mmg kawan yg cukup care.
terima kasih farah izzati

July 19, 2010

kakiku sakit..

*great and heavy thinker*

sakit gle kaki aku..mungkin org lain juga mhadapi masalah yang sama pas kelas pendidikan jasmani ala tentera pagi tadi.naik turun tangga selama 5minit tnpa henti..dhla dua anak tangga je..lagi la penat..
pastu wat macam-macam pergerakan lenturan badan..mak..sakit pinggang..
tp aku cukup alergik ngn gelung rotan.fobia sebenarnya sebab demester dua masa foundation lepas,aku main gelung rotan dua kali n dua kali jugak terkena bibir aku n berdarah..please jgn bagi aku gelung rotan
hasil jualan aku?
alhamdulillah..memberangsangkan..terutama dari classmate aku sendiri,faz.haha
dia sanggup beli cermin kecik yg bharga rm30++!haha.yang lain plak,ramai gk beli blouse n beg,termasuk faz jugak..(faz,mesti hg baca ni mesti hg senyum)\
pape pon..life goes on..

July 12, 2010

hoh0hooo..harapan tidak kesampaian

hari ni hari pertama ada kelas pj.tapi dengan penuh bersemangat bangun awal walau semalam aku tido lewat.pas wat ABM (alat bantu mengajar),aku join paah ngan haizum tengok bola kat bilik tv.takde la ramai sangat..yela..pkul 2.30 pagi..sapa yang tahan..hanya yang fanatik je akan stay lewat2 gini..
aku bawak baby turun tengok bola sama(baby adalah teddy bear yang amir bagi kat aku sempena besday aku taun lepas.baby adalah sejenis teddy bear yang sangat montel dan sangat puas dipeluk.hehe) tapi sebenarnya kegunaan baby adalah untuk lapik tido aku atas meja masa tengok bola.sori ye baby.hahaha.ngntok.terkejut jaga pon bila dengar orang jerit.pape pon yang penting,SPAIN tetap the best!berbaloi-baloi aku korbankan keempukan katil dan tdo atas meja.haha.terbaik!
semalam aku merajuk ngan amir..kenapa ntah.tak ingat.dia pon lama-lama dah bosan pujuk kot.dia letak tepon.haha.aku pon wat tak heran je..(sebenarnya takde kedit nak tepon balik).lama-lama pastu dia tepon aku..ayat dia kedengaran macam bagi amaran,hehe,dan buat aku rasa lagi nak merajuk ayat dia berbunyi begini:tolong ye..tolong jangan ulang perangai buruk tu lagi..T_T
waaaaa...kenapa amir saedy begitu direct dalam menegurku..waaa...(harap2 dia tak baca entri ni).ala..aku bukan wat perangi buruk ape pon..aku merajuk je..macamlah sebelum ni tak penah merajuk.haha.tp agaknya kali ni dia betul2 geram kot.mintak maap ye..saya mengaku salah..
sebelum ni dia selalu gak tegur secara direct..mulanya aku kerap terasa dan malu dan geram...dia pernah tegur tudung yang aku pakai jarang n menampakkan bentuk tengkuk..(aku ngku tudung tu jarang.pinjm dari kakifa sebab xde tudung krim.)dia mintak aku pakai stokin tiapkali keluar..(belum dapat ditunaikan,tapi ke depan-depan nanti,InsyaALLAH..)teguran dia bagus..memang niat untuk memperbaiki diri aku dan membimbing aku,tapi cara dia cakap adalah sangat direct dan membuat hati wanitaku tersentuh.chewah!tapi lama-lama aku faham..tu cara dia..aku rasa aku pon jenis tegur direct kot.kalau aku tengah marah atau geram atau suka atau hepi,orang tanya aku adakah aku sedang berperasaan demikian,aku akan cakap ya..takde nak cover2.watpe nak cover kan?kalau aku tak ngaku pon orang dapat bajet just by looking at my face.hahaha.
hmmm..
tadi masa kelas pj,aku dikejutkan dengan satu berita bahawa kami akan disuruh membuat pelbagai pergerakan untuk amali yang mana membawa 30% markah untuk final exam.antara pergerakan yang perlu kami buat ialah berguling-guling di atas tilam nipis (aku tak tau nak sebut apa tp aku rasa hampa paham),berdiri dengan menggantikan peranan kaki dengan kepala (kepala di bawah kaki di atas),melompat di atas suatu benda yang lebar dan tinggi,lompat atas papan anjal,dan pelbagai aksi gimnastik lagi yang aku sangat meragui kewibawaan aku sebagai seorang yang sudah tidak memiliki kelenturan dan keseimbangan lagi.hahahaha.mampos la aku kali ni..tapi apa yang penting,aku kena turunkan berat badan yang sangat mndadak-dadak naiknya..
dengar cte elaun dah masuk.intan dah ajak pegi tengok ECLIPSE.aku sangat berminat memandangkan aku dah follow twilight ngan new moon..edward sangat mencairkan hatiku..hehe.macam mirah cakap,walau jacob lagi hensem,aku tetap pilih edward sebab dia sangat protective...dan sangat co0l..dan sangat romantik dengan cara dia yang tersendiri..aku suka tengok bila dia macam nak senyum,tapi tak berapa senyum.ha..macam nak cover senyum.pergh..hensem gila dia masa tu!cair beb...
tapi apakan daya,aku tak sempat dating nak edward hari ni..banyak pulak aral yang melintang..aku redha dengan tido sepanjang petang..hoh0hooh00oo

July 9, 2010

gemukkah aku????

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
aku tak balik hujung minggu ni.malas rasanya dengan duit tarak..pokai..kering..hancus..

kemarin..
hatiku terluka lagi...hoh00hoo..
encik poad,pensyarah fizik tegur aku depan kawan-kawan..ayat beliau berbunyi begini,"dulu kecik nak mampoih..la ni GEMUK!"

GEMUK!
GEMUK!
GEMUK!

perkataan tu asyik terngiang-ngiang je rasanya..sensitip betul aku dengar perkataan tu.kalau berisi tu bolehla aku terima lagi..tapi aku takde la terasa sangat sebab encik poad bukanlah orang pertama yang tegur aku..dh beratus-ratus manusia menegur,tapi ni adalah kali pertama aku ditegur depan kawan-kawan..termasuk boys!merah dan panas muka sangat-sangat rasanya masa tu..pas encik poad tegur,pali cakap,"encik,kenapa encik jujur sangat?"

sesungguhnya ayat tu membuat aku rasa muka aku semakin panas..

dulu encik poad jugak yang tegur aku.dia kata,dalam kelas sains,aku yang paling kecik dan paling ringan dalam kelas.tapi encik,sedarlah anda bahawa pada masa itu,saya masih berada dalam semester satu kursus persediaan..sekarang saya sudah berada di semester dua ijazah sarjana muda..banyak bezanya encik..tolonglah jangan pukul saya lagi dengan kata-kata yang pedih itu..ahhh...sakitnya terasa menyucuk-nyucuk..

dan semalam jugak,aku bermimpi..
mimpi ngeri..
berat badan aku 108kg!!
tidak!!!
kenapa ini semua harus terjadi?berat aku belum mencecah angka 55++ pon lagi (mungkinkah hanya menanti masa?).
kenapa semua ini harus berlaku pada aku yang hanya berketinggian sebanyak 150cm?
kenapa berat aku naik mendadak sejak masuk maktab ni?
kenapa??
kenapa?????

July 6, 2010

Amir Saedy

dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
kali ni aku nak melahirkan apresiasi terhadap sorang lagi insan yang sangat bermakna dalam hidup aku..genap 1 september nanti,genaplah 2 tahun aku kapel ngn mohamad amir mohamad saedy..hmmm..maknanya,post kali ni adalah berkaitan ngan amir..
aku kenal dia kat kem tasoh masa plkn.masa tu kami tak penah cakap langsung dan aku kenal dia sebagai sorang yang sangat pendiam dan hanya hidup dalam dunia dia.
awal-awal tu,ikhlas,aku tak tau pon yang dia wujud kat kem..haha.aku hanya penah dengar nama dia dari shiela.shiela cakap ada boy nama amir yang satu group ngn dia..sangat pendiam..tapi shiela penah dapat tandatangan dia..aku pon tengok la tandatangan tu..aku cakap,aku tak penah kenal orang nama amir dalam kompeni alpha..tp rsnya..nak dijadikan cerita,si mamat nama amir ni bagi tazkirah kat depan masa waktu senggang antara maghrib dan isyak..masa tu aku tak nampak dia muka dia lagi..tapi rasanya dah jatuh ati kat sora dia.hahaha
pastu aku lupa sekejap kewujudan amir ni sampai dia muncul lagi di khalayak buat kali kedua..esoknya aku mula risik dengan kawan-kawan..yang mana satu pemilik muka yang bernama amir alpha ni..kadang-kadang,qilah ngan timex ajak aku mengintai dia.hahaha.tp aku still xdapat tengok muka dia dengan jelas..
sampai la kua kem..berkawan..perantara kami ialah cikgu zahir,jurulatih kompeni kami yang merangkap abah angkat kami sekarang..
hmmm..
malam 1 ramadan bersamaan 1 september 2008,dia tepon mintak kapel..haha.lawak kan..sejak saat tu sampai sekarang alhamulillah masih dengan dia..
alhamdulillah..
kadang-kadang rasa terharu dan bersyukur..berdoa agar dipermudahkan jalan..mana lagi nak cari sorang lelaki yang sanggup baca alQuran di telinga kita masa kita tepon dia cakap kita tengah tension nak exam?ntah bape surah ntah dia baca masa tu..terharu ada..bahagia pun ada..
mak dia penah tepon aku..cakap terima kasih sebab sudi berkawan dengan anaknya..mak dia cakap,"mintak anak selalu dengan amir..bagi semangat kat dia.."
tym tu..ikhlas,aku rasa nak nangis pon ada.hehehe.pastu kakak dia pon penah mai jumpa aku kat hostel..adeh..yang dasatnya,family dia semua dah panggil aku maksu!hahaha.
adeh..
tak tau nak cakap apa..
pape pon aku tak mau terlalu berharap,tp sentiasa berdoa agar aku diciptakan untuk dia dan dia diciptakan untuk aku..
terima kasih untuk dia yang selalu menenangkan aku..
terima kasih untuk dia yang selalu cuba melembutkan ati aku..
terima kasih untuk dia yang selalu mendoakan yang terbaik untuk aku..

ske ati^^sedih pon ada

bismillahirrahmanirrahim..

ske ati kerana?
-baru balik jalan-jalan n makan-makan ngn wani,shiela n as
-baru bape ari kua ngan amir
-dh dapat tengok new moon walau aku admit yg cte tu dh bertahun
-dapat choc,bracelet n lovey dari poland
-jeans yang dulunya tak muat dh muat balik.hahaha
-dapat makan keli bakar

sedih kerana?
-pointer down seyh..
-elaun tak masuk lagi..
-kena blaja pj n math n gerko bola jaring sem ni..

tq amir..hahaha.proud to be jenanian

dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
baru je lepas solat asar tapi penatnya ALLah yang tahu..
aku kua jitra ngan amir tadi..penat berjalan walau sekadar memusing dan lalu depan orang dan kedai yang sama.
agaknya semua orang tau,budak-budak ni dah bosan agaknya pusing jitra.haha.tapi nak wat cane..jitra aje aku boleh jalan-jalan..
nak pegi alor star elaun tak masuk lagi..kalau tak cadangnya nak beli baju raya siap-siap..nanti nak dekat raya ni kalut nak tempah plak.aku ni dah la payah nak cari saiz..saiz s pon labuh..huahahahaha
rini ada pc fair kt tengah-tengah jitra mall..cadangnya nak beli broadband..tp tak kesampaian jugak sebab registration fee dia adalah sebanyak rm100...harga tu murah sebab setau aku,standardnya rm160++...tapi nak wat cane dh duit yang ada dalam saku aku pon cukup-cukup makan untuk bertahan dengan elaun yang tak tentu bila nak masuk..alahai pokai..
duit tu ada la lagi..tp aku nak wt spare untuk masa kecemasan..tu pun duit ihsan dari abg sulung aku,bampik..hehehe.tapi dengar-dengar elaun masuk memang lambat kali ni..mungkin hujung julai atau awal ogos atau lebih lambat dari yang dijangkakan..pensyarah sendiri dah gtahu..duit tak cukup..kalau bagi pon mungkin bagi secara berperingkat..aku tak kisah sebenarnya..bagi secara berperingkat pon bagus juga..dapatla aku kawal perbelanjaan..mak sendiri cakap aku ni kuat berbelanja..huahahaha..mata rambang..(tapi bukan mata keranjang ek,i ni setia pada dia aje..hahaha).
hmmm...rini kua makan nasi kandar yang sekian lama sudah aku idam-idamkan..dahla sebelum ni amir asyik cte je betapa sedapnya nasi kandar makan dengan telur sotong..rini dia belanja aku makan nasi kandar ngan ayam masala..telur sotong masak lemak ngan sambal sotong (sambal sotong ni sebenarnya lauk dia.haha).sedap wo0o..naik mengantuk aku makan sebab ayam tu terlalu besar!dahla bahagian isi..aku ni slow sikit makan ayam bahagian isi tapi kalu tulang,aku makan semua kot sampai lumat.hahaha.ganas...alhamdulillah..puas jugak aku makan nasi selepas seminggu kat sini tapi makan pon bajet..thanks sayang!haha
macam besa kalau kuar ngan amir..keja kami cuma jalan,makan..bhenti solat,jalan balik dan makan balik.hahaha.tapi kan..rini ramai betul kua jitra..naik sesak..sampai blaga bahu dengan orang lain.hahaha.yang bestnya aku jumpa cikgu norsiah..g salam ngn cikgu...pastu sembang-sembang sikit...dan nak dijadikan cerita,rini boys sekolah aku outing.yang bestnya,SMSAH dah buat t-shirt untuk kuar outing!ala..dulu tym batch aku pegang MPP kenapa tak dapat..baju tu warna kuning merah biru dan dengan gahnya ada perkataan JENAN kat belakang baju..ada la pulak budak-budak yang dulunya aku f1 dan depa f5 tego aku..depa kata ni,"eh,ni ex-student!"ada pulak yang kata,"eh,ni kak shaqirah!"
tiba-tiba ati rasa kembang semacam..terasa nak tersenyum pon ada..femes gak aku dulu ek.hahahaha.rasa macam ada nilai lagi di JENAN..alhamdulillah..
bila nak balik tu,fasya ngan pikah PK ajak aku ngan paah gi vacation kat penang nanti bila masuk elaun..sewa keta..g bermalam kat batu feringghi n shopping kat Queensbay..hoolllla!!!wallllaaa...wakaakaaaaaaka!
masyuk punya idea..aku ni dah la baru sekali jejak kaki kat seberang sana jambatan.dah la pulak teringin nak wat unggun api kat tepi pantai..hoolllla!!!impianku bakal menjadi kenyataan!
mau2 pulak boleh wat BBQ kat tepi pantai kan..alamak..kenapa best sangat ni...hehehe.tak sabar plak rasanya..hahahaha.
cadangan yang digagaskan oleh girls kelas aku plak ialah kumpul duit untuk bercuti ke indonesia.ada pakej perlancongan termasuk pasport..makanan..dan penginapan serta pengangkutan ke indon dan di indon...perginya pulak seminggu..hollla!!!!masyuk gle ah..tapi harga pakej tu..ehmm..RM1000++ per kepala..haha.kami cadang untuk kumpul duit dari sekarang dan pegi sana hujung tahun depan,InsyaALLAH...
kimah pulak menghangatkan suasana.dia cakap,mak dia penah pegi indon dan bawak RM500 aje tapi tu duit kita..bila p sana,nilai tu dah mencapai sebanyak sejuta rupiah!pandangan aku mula berpinar-pinar..membayangkan apa yang bakal aku bawak balik nanti kalau aku bawak RM500..aku nak beli souvenier untuk abah,mak,kakja,bampik,fikri,anis,adik,amir,shiela,tora,jannah,as,wani,tok,mak2 n pak2 sedara,sepupu dan seantero dunia yang mengenaliku!untuk aku plak,aku nak beg,kasut,baju,macam-macam lagi la!hehehehehe
eh,macam dh terkeluar dari topik cerita asal kan?dh namany blog merapu..ape lagi,rapuan aku pon tahap maksimum la.haha.dengan bahasa yang tunggang langgang..cane aku boleh digelar kamus bergerak masa zaman sekolah kan..haha
pape pon..zaman tu dah lama berlalu..sejak aku dapat c+ untuk aku punya BM semester 1 maa kursus persediaan dulu,aku wat kesimpulan yang semangat bahasa melayu aku makin kurang..makin teruk..dan makin tak dapat nak diselamatkan..wassalam..

July 2, 2010

program latihan khidmat negara











ni gambar gurl alpha..

















ni aku,aqilah n mizah...












ni pas wirajaya...













ni antara yang rapat ngan aku..hitam aku kan?












ni team tarian yang aku join masa penutup...


bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum.. walau kedengaran agak membosankan,kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku menjalani latihan Program Khidmat Negara di Kem Tasoh,Beseri Perlis.. aku dan rakan-rakan lain mendaftar pada 29 Disember 2007 hingga 11 Mac 2008.. sebelum tu,nak la jugak aku bercerita pasal macam mana reaksi aku dan rakan-rakan sekolah aku semasa tau kami terpilih..hahaha hari tu kalau tak salah aku,prep pagi..aku pegi kelas 5 Sn 1..saja..alang-alang boy xde..tapi masa tu hanya ada aku,syazana ngan shiela atau indah kot.syazana dah kecoh sebab pakwe dia check,dia dapat plkn.aku apa lagi..gelak besar ah masa tu.pastu syazana minta nama penuh aku soh pakwe dia tolong check.aku pon bagi la dan dukacita dimaklumkan,aku pon dapat!arghhh!!!! pastu tersebar la kat sekolah yang dah boleh wat semakan dapat ke tak plkn..yang membuatkan aku sangat femes masa tu ialah aku sorang je girl dari rumah sukan aku,rumah wira yang dapat plkn!depa cakap,memang aku wirawati tulen ah..haha.dahla aku ahli jawatankuasa disiplin rumah..adeh..malang-malang.. lagi nak jadi cerit,aku dapat kt kem tasoh yang hanya terletak beberapa kilometer dari umah tok!ni kes yang membuatkan family aku plak gelak..aduhai nasib badan..aku dapat kat situ dengan wani,shiela,nasir ngan meor.. time nak g daftar tu,aku agak memberontak la.haha.mula-mula kami girl perlis ditempatkan di dorm alpha..sementara nak tunggu orang perak,penang ngan kelantan sampai..esoknya tu baru dipecahkan kepada kompeni-kompeni iaitu alpha,bravo,charlie ngan delta.alhamdulillah,aku ditempatkan dalam kompeni alpha dengan wani dan nasir..tym ni la aku kenal aqilah..haha..dan petang tu jugak aku kenal ngan mizah masa kat surau..sebab dia tanya lagu apa tah kat aku.. tapi awal-awal tu,aku tengok aqilah asyik-asyik teriak ja..homesick kot..gipon dia penah cita yang dia penah dok hostel seminggu je tapi tak tahan,balik umah balik..haha.sejak pada tu,kami berempat jadi kawan baik...seminggu lepas tu,timex plak masuk..kami jadi berlima.timex ni dulu duduk kat dorm hujung nun..awat dia sesat sana pon aku tak tau.. sejak hari tu,pegi mana pon kami memang berlima.. seminggu yang pertama ni,memang free giler-giler ah..tido dan hanya bangun bila ada announcement suruh pegi makan kat dewan makan.haha.masa tu aku teringat yang cikgu mansor pernah cakap pas dia umumkan kat perhimpunan nama-nama insan terplilih ni,cikga cakap,baguslah..mesti berat kamu semua turun 5kg!banyak la cikgu..berat aku ni dari 43kg naik 45kg kat plkn! yang paling aku ingat,announcement masa nak kejut pegi solat subuh.paling aku cam sora cikgu rahim.hahaha."bangaun,bangun,bangun...wira dan wirawati dikehendaki bangun dan diberi masa 15minit untuk bergerak ke surau."hahaha.tapi aku ni takde la baik sangat sampai tak penah ponteng surau..penah ape.aku ingat lagi sekali tu.aku ngan mizah lari sembunyi dalam 1 toilet yang sama sebab cikgu sham wat spotcheck sapa yang tak pegi surau.hahahaha.otai ah!! aku diberi number 408 sebagai number dobi aku.kt plkn ni,baju-baju..stokin..dan seluar yang depa sediakan ni kita boleh hantar dobi tiap-tiap hari..untung kan?kita hanya perlu basuh baju yang kita bawak sendiri je..nak tunjuk kata betapa jimatnya kat sini,sabun basuh buku yang aku dari hari pertama sampai hari terakhir,tak habis pon beb..hahahaha kes baju dobi ni pon ada cerita dia yang tersendiri jugak..baju t-shirt sukan warna biru muda line hitam kat lengan tu,boleh shrink menjadi pendek!hodoh betul la..haha.kadang-kadang aku nak tergelak tengok diri sendiri dan kawan-kawan kena pakai baju singkat.haha ok kita teruskan dengan hari-hari di plkn..minggu kedua rasanya,setiap kompeni dikehendaki untuk membuat bendera dan pembentangan tentang moto kompeni..logo..lagu..haha.masa ni geng aku sekumpulan dengan geng boy perak termasuk nasir.kami pon selalu la dok buat perjumpaan dan malam pembentangan tu,aku dipilih dengan akmal syahmi untuk wat pembentangan tu... aktiviti-aktiviti kt kem ni memang best dan mencabar bagi mereka yang sukakan adventure..tp adalah satu kerugian yang amat besar bagi aku sebab masa kawan2 pegi menembak dan flying fox,aku dikuarantin sebab demam campak..tapi aktiviti lain macam berkayak..wirajaya..water confidence..ha,aku sempatla. sebut pasal berkayak..aku kayak dengan timex.tapi mmg dh ditakdirkan kayak kami yang paling jauh berlayar..pastu dengan kekuatanyang kami kami curahkan untuk berkayak sejauh tu,kami tak mampu nak patah balik..haha.tp kulit aku burn arr tym ni..waktu wt water confidence plak,kami group pertama yang turun air.tym tu aku hanya takutkan satu perkara je;lintah!!!tapi alhamdulillah..lintah pon tak hingin kat darah aku kot.hahaha wirajaya ni pulak bermaksud camping kt dalam hutan..tym ni mmg kemuncak plkn bagi semua kem la sebab kat sini la kai aplikasikan semua yang kami dh blaja kt kem selama ni..contohnya navigasi..cara nak survive n macam2 lagi la..best beb!tambah2 malam tu ujan..habis barang2 n baju kami basah..tp aku dgn selambeny tido..rilek suda...hahahaha bagi aktiviti kelas plak,ada kelas character building,kelas kenegaraan dan kelas integrasi..dalam kelas character building ni,kita ada silibus yang perlu dihabiskan dan ada kena buat peta minda ttg apa yang kita buat secara harian!buhsan..haha.pastu ada blaja jugel..n aku dapat istilah baru untuk semua perasaan negatif iaitu geramji.lawak kan perkataan ni?aku tak tau sama ada perkataan ni betul2 wujud ke tak.lupa nak semak kamus dewan.haha.tp dalam kelas character building ni,aku slalu gk la bangun bercakap mewakili kawan2 lain..well..aku kan suka bercakap.hahaha untuk kelas kenegaraan ni aku tak bape boleh cte sangat sbb aku demam campak..tp aku sempat pegi aktiviti kemasyarakatan iaitu program anak angkat di felda tasoh.pastu apemenda ntah.tak paham apa motif aktiviti tu.hahaha bagi aktiviti wira dan wirawati plak..kami mmg ada rahsia tersendiri.haha.di surau..di padang kawad..mmg banyak gle ah memori yang takleh lupa walau 3 bulan je kat kem.mungkin sebab ni jugak terlalu raamai yang teriak masa nak balik termasuk ramai boy.tp aku pelik kenapa aku tak teriak.papepon,aku ttp menghargai setiap kenangan yang ada.. paling aku takleh lupa kat surau masa KJ mintak sorang wirawati pegi depan bagi tazkirah..tym tu kawan2 mula cabar aku,kalau aku pegi depan,depa nak bagi megi dua bungkus.aku pon apa lagi,dengan konfiden skali aku angkat tangan tnda nak bagi tazkirah la.tp otak aku tym tu mmg blur.tak tau apa menda yang boleh aku cakap.haha.pegi depan je,aku ddk atas kerusi dengan dikelilingi wira!arghh...megi punya pasal..hahaha.last2 sejak daripada tu,aku dikenali tidak lagi dengan nama qirah tp ustazah shaqirah..hahaha..megi punya pasal.. ustazah mestilah ngan ustaz kan?haha.yang bezanya aku ustazah megi,partner aku ustaz sejati.haha.memperkenalkan,mohamad amir bin mohamad saedy dari selama perak kompeni alpha!haha.orangnya pendiam,jalannya tunduk..tp aku tak penah cam muka dia sbb dia selalu tunduk.yang aku tau,tazkirah dia pernah buat kami nangis ramai2.tabik spring arr ustaz amir..tp aku tengok ustaz amir ni macam kera sumbang..hidup dalam dunia dia aje..aku tak suka orang yang kera sumbang ni.haha.tp last2..si kera sumbang ni la yang mintak kapel ngn aku dan alhamdulillah,masih bertahan sampai sekarang..dh nak masuk dua tahun dh.. moral of the story,kalau dapat plkn jangan la mengelat..best wo0o..makan pon sedap (6x sehari)..aktiviti yang banyak memberi kenangan dan pengalaman serta kita dapat mencuci mata tengok manusia yang ramai.untung2 dpat ustaz macam aku,sapa tau?hahahaha

otomatik declare??

bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..

selaras dengan tugas aku sebagai kaunselor yang tak bertauliah ni kan,aku dapat wt kesimpulan yang ramai antara kita (tidak termasuk aku) yang kapel secara otomatik!bahaya tu!yang sedihnya lagi..majoriti daripada yang mengalami benda ni adalah perempuan..adakah tu bermaksud perempuan ni cepat perasan?
daripada beberapa kes yang aku dengar la kan,ramai gak la yang ngaku kapel tanpa declare.konon paham-paham sendiri la..tapi banyak gak kes ni tak bertahan lama.last2,salah sorang akan ngaku xpenah ada perasaan pon sebenarnya..pastu mulalah adegan maki-memaki..kutuk-mengutuk..caci-mencaci..pastu jaja pulak kisah tu..canang satu malaya..rasanya nak macam2 versi cerita yang aku dengar..tp yang paling menarik,cerita otomatik kapel, gurl tersebut dh gtau public dh yang depa dh kapel..atas rasionalnya bahawa boy ni cakap,gurl macam dia dh payah nak jumpa sekarang..so,bagi gurl ni,boy ni mintak kapel n depa mmg in a relationship la!nak dijadikan cerita,boy ni sebenarnya ada ati kt orang lain..bila tau boy tu dh oficially kapel ngn orang lain,dia pon mulalah proses cuci mencaci..haha..terkeluarlah perkataan bahawa korang takkan bahagia sampai bila2!boy yang dulu menjadi pojaan hatinya pon dikatakan muka macam sampah..muka macam longkang..haha (maaf..nak tergelak).eleh..kalau muka macam sampah kenapa hg tergila2 sangat kt dia dulu?haha
kes lain pulak sebenarnya lebih kurang sahaja gamaknya..ada yang maki-maki sampai kt facebook..akak..tu tempat public..marah pon marahlah jugaj..tapi jangan kt tempat public gitu yang satu dunia boleh tengok kemarahan kita..ntahlah..bagi aku,kalau aku kat tempat tu pon aku sangat2 marah..tp biarlah aku setel antara aku ngn dia aje..wt perang ms tepon ke..ape ke..kita mmg berhak untuk dapat penjelasan..adakah kita sekadar dianggap kawan..dipermainkan atau dia dh berubah ati..tanya je!kita mmg boleh tanya.tapi janganlah mencarut2 kt facebook..kesianlah pada diri sendiri..malu kita kalau orang cakap kita ni emosional gle2..yelah,aku sekadar boleh bagi pendapat sendiri..pahit maungnye tak rasa lagi..tp harap2 tu takkan merasa la,amin...

buat para gadis di luar sana..sedarlah satu perkara.lelaki ni kadang2 suka test je..tgk ayat depa power ke tidak..mgkin ada yang mmg serius..maknanya terpulang pada kita untuk menilai depa macammana..teringat dulu zaman sekolah,amirah hamid penah cakap..kadang2 kita rasa orang tu suka kt kita..padahal depa tu kena cabar ngan kawan2 ja soh approach kita..kdang2 depan kita depalah dewa dan raja..tp belakang kita kutuk bagai nak gila..
tapi ada kes lain yang otomatik kapel mmg berlaku tp kes yang betul2 sahih suka sama suka saja yang diterima..mungkin la masing2 blushing kan..tp fikirkanlah..renung2kan sifat dan peribadi dia,baik lelaki atau wnita..

buat para lelaki di luar sana,aku mewakili jutaan gadis melayu yang lain nak cakap kat sini..janganlah mintak kapel kalau tak suka..sebab ada gurl ni prinsip dia,kapel bialah smpai ke alam perkahwinan..tgk2 dia dpermainkan..sedih..pastu gurl ni mmg sukakan perhatian..kalau tak de perasaan,janganlah diberi harapan..
hmm...