Friendly Friends

December 31, 2010

ENGKAU TETAP DIHATI BUAT SELAMANYA.........................

Salam sillahturahim dan salam bertemu kembali,semoga shat2 selalu..mungkin diantara kalian tertanya-tanya siapa yang saya maksudkan? btul tak? Hmm...kisah antara kami berbeza dengan yang lain...tp kisah kami adalah kisah yang terlalu indah, susah untuk dilupakan dan diungkapkan. Bahkan bila direnungkan kembali detik2 perjalanan hubungan kami.. terlalu byk dugaan yang datang dari semasa ke semasa..tp alhmdulillah segala dugaan yang datang tu membuatkan hubungan kami bertmbah mekar dan kuat bersama si dia(^_^). Si dia yang saya maksudkan ialah NURSHAQIRAH BT MAT ISA, seorang perempuan yang amat saya kagumi..setiap kata2 yang di lontarkan membuat sesiapa saja terpegun termasuk diri saya. Pertemuan kami bermula dari hati ke hati… Pada minggu pertama dan pandangan pertama sewaktu kami menjalankan aktiviti berkumpulan semasa menjalani PLKN di utara tanah air. . Masih segar ingatan saya ketika itu, guru saya pernah berpesan kepada saya. MIR.. (panggilan guru2) Jodoh itu ditangan tuhan..tp bila kita yang merancang Allah akan merancang dan tentukan yang terbaik untuk kita..masa tu saya tertanya-tanya juga knp guru saya ni blh ckap g.2 pulak..kdg2 bila terfikir blk btul kata guru…Sambungan lg..he3…MIR….kalu nak cari jodoh sekali pun pandanglah pada dengan ikhlas pada pertama kali kamu pandang..lihatlah pada waktu yang duduk bersimpuh itulah wanita yang terbaik untuk MIR.. saya cuba bertanya..knp guru? MIR… wanita yang duduk bersimpuh ni mempunyai keisimewaan dan mempunyai daya watak-perwatakan yang menarik…dan wanita inilah yang terbaik untuk mir, guru..btul katamu…kini saya dah jumpa seorang  yang terbaik untuk diri saya..Alhmdulillah, disebabkan kehadiranya telah byk membntu saya sampai tahap sekarang….sayang…terima kasih untuk segalanya..masih bersabar dan setia bersama dengan abag sehinggalah sekarang..walaupun dugaan demi dugaan yang datang sayang masih setia bersma dengan abg. Ya Allah ..sy bersyukur sangat2 . Engkau jadikan ia untuk diri saya..seperti mana engkau ciptakan Nabi Adam a.s berpasangan Dengan Hawa dan Nabi Yusuff a.s berpasangan dengan zulaikha. Sayang terima kasih untuk sekali lg, sudi suntikan kata2 semangat,berkongsi masa dan ilmu..segala perngorbanan ayang terhadap abg dan juga hubungan kita takan abg lupakan buat selama-lamanya. Sejak kehadiran sayang..sedikit sebanyak telah menaikkan smangat abg dan mengajar abg erti kehidupan sebnarnya…Abg akui sebelum ni kehidupan zaman abg dulu cukup  jauh berbeza zaman sekarang…..tp kehadiran ayang adalah terlalu bernilai..Alhmdulillh. Asalnya seorang pendiam.kurang percaya pd diri sendiri dan juga orang lain,malu,susah nak senyum apatah lg ketawa,pendm segala masalh sorang..kera sumbang dan sebagai..tp segalanya telah berubah..abag bahagia dengan kehidupan abg..hmm…cukuplah setakat ni dulu…
Sebenarnya..byk lg nak tulis tentang saya dan annur shaqirah..tp cukuplh setakat ni dulu..kalu karang byk sangat nanti blh jd novel pulak. Sekian, wslam w.t.b..(^_^)………………………………………………………….


AMIR SAEDY

December 22, 2010

Resepi Percik Ikan

kalau mai perlis,jangan lupa singgah Kuala Perlis makan Laksa Kuala dan ikan bakar ngan segala makanan laut yang dibakar.tambah-tambah makan masa remang senja,masa matahari nak terbenam,nasi mentah pun rasa sedap!



tapi kalau nak mai Kuala Perlis terasa jauh sangat,kita boleh bakar ikan dan makanan laut lain sendiri di rumah.resepi dia sangat mudah dan dijamin sedap!ambil minyak masak,kunyit,gula,garam ngan susu pekat manis,campur semua.agak-agak cukup la nak percik kat ikan tu.tapi sebelum tu,lumur siap-siap ikan dengan garam sebab nanti tak mesra para ibu-ibu cakap.haha


masa bakar tu,percik la bahan percikan yang aku bagi di atas ni.korang bertuah tau sebab aku bagi resepi simple ni.kalau kat rumah,hanya aku je tau benda ni dan aku praktikkan masa bakar ikan.orang lain aku tak gtau sebab aku takmau depa bakar ikan sedap-sedap masa aku tak ada kat rumah.haha.

Petua Mengelakkan Minyak Mercik Semasa Menggoreng Ikan

kalau berhadapan dengan situasi ikan yang melompat-lompat dalam kuali masa kita tengah goreng,apa korang akan buat?


pilihan satu:ambil helmet tutup muka,sambung batang penyapu dengan sudip ikan,ambil penutup belanga mana-mana yang paling besar,pastu duduk 3 meter dari kuali. (ni trend fashion terbaru gadis-gadis sunti yang seminggu sekali masuk dapur untuk masak.kemungkinan lebih dari seminggu)


pilihan dua:masa minyak panas tu,sebelum masukkan ikan,masuk asam jawa sikit.insyaAllah ikan takkan melompat. (ni petua tok nenek yang still vogue yang dok gobek sireh pinang masa cucu-cucu perempuan masuk dapur.sambil tu,mulut dia potpet macam-macam yang boleh dibukukan masuk arkib keluarga.


pilihan tiga:masa ikan tengah melompat,minyak tengah mercik tapi korang terpaksa jugak
dekat sebab nak alih ikan,korang marah dia.ayat dia macamni "nampak tak aku tengah marah ni??sekali hang mercik kena kulit aku,siapla hang!".sesungguhnya telah dibuktikan pilihan ketiga ni paling berhasil untuk mengelakkan minyak mercik ke kulit.sebabnya masa kitatengah marah,sakit macam mana pun kita takkan rasa.haha.tapi make sure tak ada orang mai rumah masa tu sebab free-free dia balik rumah dia,dia cakap kat anak teruna dia suruh lupakan niat nak minang kita sebabnya garang sangat dan gila sebab cakap dengan kuali.haha(ni style aku yang dah lama menceburkan diri dalam bidang masak-memasak.cubalah!kini masalah memasak tiada lagi!haha)

Klip Rambut Rama-rama

dulu masa sekolah rendah,masa darjah 3 rasanya,cikgu Basirah pilih aku jadi pengawas koperasi.teruja gila la masa tu.haha.aku bertugas dengan kawan baik aku,Nur Zatil Aqmar yang aku panggil Mama.style kan?



masa tu,yang jadi kegilaan anak-anak dara sunti ialah klip rambut bentuk rama-rama.harga dia kalau tak salah aku RM1.50 kot sekor.berebut la para jelitawan nak beli klip ni.aku pun tak kurang.lawa,memang lawa.tapi tu pandangan lawa bagi Nur Shaqirah yang berusia 9 tahun.sekiranya Nur Shaqirah yang berusia 20 tahun ini kembali ke zaman itu,mungkin rama-rama itu hanya dipandang dengan ekor mata sambil berkata dalam hati "bagi free pun aku tak mau!"


tapi aku tak beli walau aku teringan macam mana pun.walaupun aku pengawas koperasi yang dok tatap benda tu hari-hari,aku pendamkan keinginan tu.duit seringgit yang mak abah bagi tu,RM0.30 aku beli nasi sambal bilis.sekupang aku beli air sirap gelas kecik.pastu baki dia aku bawak petang masa kelas kafa.sungguh berhemah dan berjimat cermat Nur Shaqirah pada usia 9 tahun ya.ternyata walaupun beliau masih tidak mampu menilai erti kecantikan sebenar,beliau seorang yang berjimat cermat tidak seperti semasa beliau berusia 20 tahun seperti sekarang.hahaha


minggu lepas,aku tengok katalog barang-barang yang aku jual.rupanya masih wujud klip rambut rama-rama tu!aku ingatkan dah tak ada.haha.klasik betul la.harga dia dah naik seringgit sekor.macam mana?nak beli ke tak ek?buat penebus kempunan zaman sekolah rendah.hahahaha

Dek Kerana Sebuah Mimpi

betul ke antara manusia terutama yang kuat hubungannya ada instinct yang kuat antara satu dengan yang lain?kalau ya,macam mana pulak kesnya dengan yang dah lama terputus hubungan,tak kira berkasih atau berkawan?instinct tu kuat lagi ke?



betul ke kalau kita mimpikan seseorang bermaksud dia sedang atau selalu teringatkan kita?ada jugak yang cakap apa yang selalu kita bayangkan,terutama di siang hari,benda tu akan masuk dalam mimpi kita sebab kita akan terbawa-bawa benda tu.mengigau jugakla dibuatnya.tapi macam mana pulak kesnya dengan orang yang lama hilang dari fikiran kita,yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa,yang dah tak pernah kita ambil tahu pasal dia,masuk mimpi kita?berturut malam pulak tu.

tapi kenapa dalam mimpi tu dia seolah jauhkan diri dari kita?nampak kita aje,dia akan buat tak tahu atau lari dari kita.kenapa?kita ada salah ke dengan dia?atau dia masih teringatkan salah dia pada kita?yang takjubnya,pakaian dia dah berubah.dalam mimpi tu,pakaian dia nampak suci..bukan lagi pakaian ranggi yang biasa dia pakai.


kenapa ya?


mimpi ada kalanya mainan tidur..gangguan syaitan tapi jangan yang lupa yang mimpi tu kadang-kadang satu petunjuk buat kita.melalui mimpi,para Rasul mendapat petunjuk.melalui mimpi,kita mendapat jalan keluar sesudah istikharah..melalui mimpi juga,kita boleh kembali ke detik kenangan silam.kadang-kadang juga,mimpi bawak kita ke masa depan.pernah kan berlaku,kita ada di sesuatu tempat dan terfikir kita pernah sampai ke situ padahal realitinya tulah kali pertama kita menjejakkan kaki ke situ?


kuasa mimpi!

December 16, 2010

Akhirnya..aku eksiden..

15/12..pergh!akan kuingat sampai mati.my first road accident.haha

nak g library dengan kakak aku..smpai simpang 4,memang kami boleh jalan terus.tapi ada 1 kereta dari 1 simpang yang jalan terus (sepatutnya dia stop) dan kakak aku tak sempat brek...kami terdampar di atas jalan raya..aku mengutip buku-buku yang berselerakan di atas jalan..tidakkah pemandu itu berasa bersalah kerana melanggar si genius?

kupandang belakang.oh,ada lori!kupandang depan,oh ada kereta!kami bergegas mengangkat moto yang baru 5 bulan dibeli sampai berjalan terhincut-hincut ke tepi jalan.malu dan sakit bercampur-baur...

pemandu kereta turun.oh,malangnya kamu!aku kenal kamu!kamu junior aku di maktab perguruan sana!siaplah kamu..

pemandu lain yang memandu di belakang turun dan  datang ke arah kami..

"tahukah kamu kerana kamu,banyak kenderaan lain yang akan terlibat?tak nampak ke tanda stop tu?"

kakakku yang tadinya cool mula bersuara...

"tak nampak ke tanda stop tu?nasib baik saya slow,kalau tak mesti dah terpelanting!"

pakcik tadi bersuara lagi.."ambil number plate dia.nanti pape hal senang nak buat police report"

kami menghidupkan moto untuk kembali ke rumah.setibanya di rumah,barulah kami menyedari kerosakan yang teruk berlaku pada moto.kakiku juga luka..maklumlah,menahan moto dari rebah menyembah bumi...

malam itu juga,kami mendapatkan urutan dari mak.tak pernah kurasakan sakit seperti ini.terhempas ke jalan raya bukanlah pilihanku.namun aku bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia kami.

tangan kiriku terasa amat sakit sekali.tidak boleh diangkat.abah zahir,abah angkatku dan amir menelefonku setelah mengetahui keadaan aku dari amir.beliau seorang polis trafik dan memberitahuku agar menghubunginya sekiranya mahu membuat laporan polis.tapi abah biologiku berkata.."takpa.kita cara baik.kalau dia takmau tanggung kos nak baiki moto ngan gantirugi kecederaan,baru kita wat report."

aku akur sambil trbayang semula peristiwa itu...sakit woo!!

jeng jeng jenggg.....

soalan apakah?

Hi semua!!!!

another good question

Hantu Kak Limah Balik Rumah

oh lala..kemarin hari girls out!aku,kakak aku,adik perempuan aku ngan tunang abang aku keluar tengok wayang.masa tu cerita lain lambat lagi,ada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah je.dengan pantas,bakal kakak ipar beli tiket,kakak aku beli popcorn,kalut-kalut masuk cinema.

aku bagi 3 setengah bintang la untuk cerita ni.tapi bagi aku,cerita Zombie kampung pisang jauh lagi bestla.dengar kata cerita ni sequel dari Zombie kampung pisang sebab nama kampung tu tetap kampung pisang dan awie tetap sebagai teraju utama.tapi watak-watak lain macam Que Haidar dah takde.watak-watak lain macam Ucop Penari Kebudayaan yang suke goyang tayang tu still ada..abi hurairah ada..pak jabit dan ketua kampung tu ada.



dalam cerita ni,kampung pisang digemparkan lagi dengan bala-bala yang datang.hantu kak limah ni selalu la buat havoc mengacau orang kampung.dengan bomoh yang dibawak pun tersampuk sama.hampeh betul.haha


hantu kak Limah ni style betul.rambut lawa sikit dari penyapu sawang.aku rasa aku ngan orang lain lagi banyak gelak dari jerit.err..aku rasa tak jerit langsung kot..cuma awal-awal tu,disebabkan seat aku kat hujung,aku pindah masuk tengah sikit.hehe.terasa macam kak Limah duduk tepi aku je.

aku rasa tak rugi la kalau nonton cerita ni.ending dia walau agak klise,tapi kalau tak boleh agak,takleh jugak.pape pun,ayat yang paling aku takleh lupa bila bomoh tu cakap kat Husin (awie) :kalau kita ingat kat dia,dia pun ingat la kat kita..

eeeeeiiiiii!!!

Permainan Aku Masa Kecil

aku dilahirkan pada tahun 1990.aku rasa,tahun tu takde la lagi mainan canggih yang macam budak-budak sekarang main..contoh terdekat,adik aku yang bongsu tu.berlambak mainan dia yang setengah tu aku rasa dia tak sempat nak main pun,dah ada mainan baru.menyampah aku tengok.haha

mak abah selalu pecahkan kami 6 beradik kepada 2 generasi yang berbeza.dahla generasi pertama ni; aku,abang sulung ngan kakak aku,nama kami mula dengan huruf S.yang 3 ke bawah tu,3-3 mula dengan huruf F.so,generasi pertama adalah generasi S manakala generasi kedua adalah generasi F.ok?

generasi S ni masa zaman kecik-kecik,mak abah tak belikan sangatla permainan ke..doll ke..hape kebende pon la sebab kami main sendiri-sendiri.aku tak tau la kalau ada bebudak lain main apa yang kami main.bagi aku,permainan ni diasaskan oleh abang sulung aku.haha.nama permainan ni "orang batu". serius genius!

permainan dia lebih kurang masak-masak tapi masak-masak tu masak jelah kan?tapi permainan orang batu memerlukan daya kreativiti yang jauh lebih tinggi daripada main masak-masak tu.haha.ni senarai pelakon yang terlibat:




1. orang lelaki/ayah/anak lelaki atau apa saja watak yang berjantina lelaki: batu
2. orang pompuan/mak/anak pompuan dan sewaktu dengannya: kulit kerang yang mak buang lepas makan.haha

permainan ni lebih kurang kelas lakonan jugakla.tapi kalau main masak-masak atau kawen-kawen,kita sendiri yang akan berlakon kan?ha..game kami tak.batu ngan kerang tu yang berlakon.kita yang gerakkan depa dan bercakap bagi pihak depa.rumah depa ni ikut kreativiti kita la.kadang-kadang kami main kat akar pokok jambu air belakang rumah.pastu cari la apa-apa benda yang boleh 'hias' rumah tu.haha.selalunya aku berjiran dengan kakak aku.sebab masa aku main,abang aku dah besar tapi kakak aku berhingusan lagi.haha.serius beb!best gilak bila main orang batu ni.dulu rumah kami rumah yang bertangga,ada la pelapik tiang kan.ha..tu jugak rumah bagi orang batu aku.haha.

aku pernah dengar cerita yang abang aku pernah ponteng kelas kafa kat sekolah sebab terlalu asyik main orang batu.pastu esoknya,kakak aku kebetulan lalu kat kelas dia,ustaz tu panggil kakak aku dan tanya:

ustaz:kenapa abang kamu tak mai mengaji kemarin?
kakak:ooo..dia main orang batu..(nada naif)
ustaz:orang batu????

hahaha

bila sekarang ni tengah belajar nak jadi cikgu,aku belajar la Ilmu Pendidikan.lebih kurang psikologi kanak-kanak la.aku ada baca,ada beberapa jenis main dalam kalangan kanak-kanak.antara main yang paling dapat membentuk minda ialah main simbolik,iaitu menggunakan sesuatu objek untuk mewakili benda lain.melalui permainan macam ni,kanak-kanak dapat mengoptimumkan daya imaginasi.ha..tak ke genius namanya?haha

*bercadang nak komersialkan permainan orang batu.

Kueteow Sup Siam

pernah makan tak kueteow sup siam?aku mula jatuh hati dengan makanan ni masa tahun-tahun akhir aku di SMSAH.sekolah aku ni adakan pasar malam setiap hari Jumaat.masa tu,pakcik makcik atau cikgu atau students sendiri akan bukak gerai berniaga.antara makanan yang dijual ialah kueteow goreng,ABC cikgu majid,nasi ciknah,nasi lemak,air bermacam-macam jenis,burger,keropok ikan..macam-macam lagi la!paling special,kueteow sup siam dan ni menu wajib aku beli selain milo ais!

mulanya aku pelik jugakla nak makan.ada kangkung celur..taugeh..kacang tanah goreng yang ditumbuk dan isi ayam yang dicarik.pastu ada la perasa tambahan minyak siam la,ape la..pastu ada cabai kering serbuk..pergh..heaven!

bila aku keluar sekolah,aku macam lupa kejap makanan ni sebab dah tak jumpa.tapi sejak kebelakangan ni,aku mula perasan ada jual kat pasar malam Abi ni.ni lagi best sebab dalam kuah dia ada sebiji bebola daging.walau kat sekolah dulu takde bebola daging,tapi berbaloi yang amat la sebab semangkuk harganya seringgit aje.semua makanan kat pasar malam tu harga rm0.50 atau seringgit aje

sekarang ni aku tak susah hati lagi kalau teringin sangat-sangat nak makan kueteow sup siam sebab dekat simpang dekat rumah aku ni ada orang kampung bukak gerai jual laksa,air ngan kueteow sup siam!oh heaven!selang sehari,aku jalan la gi gerai tu makan makanan feveret aku.haha.

apa lagi?try la cari kueteow sup siam ni.sure terangkat!kalau habis tak jumpa sangat,google je.tengok gambar pun dah cukup nikmat dan mengenyangkan.haha

Konsep Syukur Shaqirah

tak semua yang kita nak kita akan dapat.tapi tu tak bermakna kita perlu angkuh dan lupa untuk bersyukur dengan segala anugerah dan kurniaan yang telah kita miliki.syukur dan berterima kasih adalah tanda kita menerima segala ketentuan dan nikmat yang dimiliki.tentu tak salah kan?

manusia cenderung untuk turut sama mahu memiliki apa yang orang yang lain miliki tapi selalu je kita lupa bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebarang hikmah.fitrah manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dan sukar menerima kenyataan menjadikan seseorang manusia itu amat mudah berhasad dengki apabila sesuatu yang diingini menjadi milik orang lain.kita bagaikan terlupa bahawa Allah itu bersifat adil.Dia lebih mengetahui seandainya barang sesuatu itu tidak bersesuaian dengan kita dan sesungguhnya,Dia telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik.





kita hanya perlu berdoa,bersabar dan bersyukur..

*thanks to amir atas perkongsian ilmu semalam.ini menjadikan saya sentiasa sayang pada anda.

Jatuh

dah lama rasanya aku tak jatuh.ha,jatuh apa?jatuh cinta?jatuh cinta tu ye jugak sebab last sekali aku rasa hampir 3 tahun lepas tapi Alhamdulillah,masih dapat bertahan.haha

yang aku maksudkan di sini ialah jatuh semasa berlari.haha.korang macam mana?ke baru je jatuh tadi?

kalau aku tak salah,last aku jatuh masa lari ialah masa aku tingkatan 4.berkejar dengan nada.aku tak tau apa punca kami lawan berkejar.masa tu kat legaran depan dewan besar,dekat pondok guard.lebih kurang masa tengah hari.dahla jalan bertar..sakit yang amat!

nada pulak bukan nak kesian kat aku tapi gelak bagai nak rak.aku pun tak jadi rasa sakit sebab dah berganti dengan rasa malu teramat.haha.

selepas hampir 5 tahun,tadi aku jatuh lagi masa berkejar dengan anak kucing aku.kucing tu pun satu hal,nak makan pun kena paksa.bajet cute la tu.weekkk.haha.kesian aku.sakit woo!tapi bagus jugak,kalau tak mungkin aku dah lupa macam mana rasanya terjatuh!

Deejay,Radio dan Suaraku Berpadu

oh hampir terlupa.dalam kebosanan bercuti ni,aku sebenarnya pernah join kuiz kesihatan radio perlis!

oh,suaraku telah ke udara!

haha.nasib baik aku dapat jawab.alhamdulillah,dapat RM50.hehe.tapi yang paling best ialah dengar suara kita kat radio.tak dapat jadi deejay pun takpe.aku dah puas hati.

esoknya masa pegi nak claim duit hadiah,aku dibawa ke konti.tengok suasana deejay tengah bertugas.time tu aku bayangkan,kalau aku jadi deejay la kan,agaknya ada tak yang nyanyikan lagu ni kat aku:

hanya di radio, kumendengar suaramu
setiap masa aku menghayatinya.....
.....hanya di radio,kubayangkan wajahmu itu..
secantik-cantik manusia dan semolek-molek pekerti..

ha.lebih kurang gitu la lagunya.haha.err..pernah tak aku cerita antara cita-cita aku ialah peguam,deejay ngan wartawan??


Buku Biodata

aku rasa bukan sekadar aku je yang buat buku biodata untuk kawan-kawan tulis sebelum keluar dari sekolah ke..ape ke kan..korang pun ada jugak kan?haha.meh kita intai-intai apa amanat kawan-kawan aku di smsah dan di plkn!

*aku petik ayat-ayat depa yang touching and akan aku ingat sampai bila-bila okee!

1. Ramizah Hassan (SMSAH)


- kenangan kita masa kita ponteng kelas Lukisan Kejuruteraan dan makan biskut kat toilet blok budak Biology.haha. (jahat rupanya aku kat sekolah dulu)
- waktu budak Wira rancang nak masuk dorm boy Cendekia and plan tu kita conteng kat tilam hang. (terserlah lagi kejahatan aku.haha)
- Qirah,ko ni obses sangat la dengan bahasa! (ala..tu dulu...)

2. Syazana Rashid (SMSAH)


- ko suke menbaca buku yang membosankan macam buku motivasi. (klakar la statement ni)
- ko suke seashell,kalo i buat semak locker aje (weiii!seashells tu sentimental value tau!)
- ko pendek,pipi merah and suke tido (haha.kantoi)

3. Razanah (PLKN)


- aku tak rasa hang kasar sangat.mungkin sebab muka hang yang serius memanjang tu kot orang nampak hang gitu (i accept it as a compliment.haha)
- aku rasa betul cakap cikgu zahir tu.ustaz amir adalah yang selayaknya untuk hang. (alhamdulillah.dah makbul.haha)

4. Raja Zafri (PLKN)


- please dont be so sensitive.so scared.. (cisssss ciss)

5. Suhaila (SMSAH) 


- Qirah,stay cute! (i will!haha)
- ko?sasterawan wira,cekang bahasa,baik,kadang-kadang gila-gila sikit,pipi merah selalu

6. Idah (SMSAH)


- aku selalu cari hang masa f2 masa aku gaduh dengan ferazzi.time aku nangis,hangla tempat aku luah.
- hang ni jenis straight to the point!berterus terang.mood macam tak tentu je?kalau nangis,pipi merah-merah,cute!! (dalam umpatan ada pujian.haha)

7. Amirah Samat (SMSAH)


- watla pilihan yang tepat ek! (a very short message tapi terkesan dalam hati.thnks dear!)

8. Normiza (SMSAH)


- makan teengrow bagi tinggi sikit (bajet ko tinggi ye nomie?haha)


9. Mimi (PLKN)


- Qirah is a very energetic girl.so much!i really amazed with the way you bring out yourself.always the best and confident!
- mimi suka tengok u bercakap.every single word is very meaningful.kata-kata yang diungkapkan macam diatur,perfect score!mimi jugak respect Qirah as a very good listener and leader too.
- Shaqirah as i know:bijak,rajin,emo,confident,x hipokrit,ustazah junior (tak tipu okee.dia puji aku je.haha)

10. As Eleyana (SMSAH)


- Qirah:degil,keras kepala,sometimes selfish,kawan yang sangat caring dan protective dan pentingkan kawan selagi hang baik dengan dia,suka nangis,xsuka benda bernombor,pandai buat conclusion,seorang yang kemas,lately suka tidur tak sampai 3 jam and tidur dalam kelas,muka matured,sekali pandang nampak cantik.2x pelik pulak.apapun aku tetap paling comey (ape ko ngarut ni as??haha)

11. Sopek (SMSAH)


- Aku respect hang.tabik spring!

12. Azida (PLKN)


- Terus terang ida cakap,ida memang suka dengan perwatakan Qirah yang lemah lembut. (ha???merepek betul)
- Qirah yang ida kenal baik sangat,bersopan santun bile cakap dengan orang (kesian ida.salah anggap.haha)

13. Nada (SMSAH)


- Kenangan bersamamu?orang first yang kenal masa f1,lollipop..eee..air liur.. (wekk3!)
- fasi debate sama-sama masa f3

14. Shiela (SMSAH)
- hang degil,sangat keras kepala!
- kalau hang nak A,hang tetap buat A even orang lain cakap B is better
- hang sangat appreciate friendship.tengok arr tadi,aku nangis,hang pun nangis sama.satu hari nanti,bila hang dah jumpa sahabat sejati,maybe dia la sahabat paling bertuah dalam dunia
- hang suka first love!
- i am not a good friend,but still,i do appreciate our friendship.

15. Adliyanti (SMSAH)
- Qirah from my eye:
- suka pakai kain batik,nak jadi lawyer
- kalau dengar lagu Rossa,ingatla kat aku
- kawen nanti ajak aku,aku nak tengok ahli masjid ko

16. Didi (SMSAH)
- Muka hang macam orang tua bila pakai spek

17. Fathi (SMSAH)
- hang ni sangat keras kepala menyebabkan orang susah nak approach
- yang aku suke,hang sangat-sangat commited dengan keje yang hang kene buat
 i salute u for that tapi communication skill kene improve lagi

18. Anam (SMSAH)
- sincerely,i think u r unpredictable especially towards boys
- stubborn but not ego
- perfectionist.bab ni aku respect gile kat hg!maybe suami hang pun macam hang jugak.haha

ni hanya sebilangan yang aku petik dari tulisan kawan-kawan aku.semuanya tinggal kenangan.masa makin memisahkan kita..tapi aku bersyukur punya kawan macam korang!korang macam cerminan diri aku la.dengan segala kritikan dan pujian korang,aku akan cuba baiki diri,insyaALLAH..miss the great moments kat SMSAH and PLKN!andai dapat kuundurkan  putaran dunia..

*azam tahun baru,menjenamakan semula Nur Shaqirah Mat Isa ke arah yang lebih baik.amin..

December 11, 2010

Azam Tahun Baru Cik Qirah

sori.terlebih rajin update malam ni.sekadar nak kongsi apa azam tahun baru aku kali ni.ada setengah tu azam yang dah direnew sejak 15 tahun lalu..ada yang 3 tahun lepas..tapi ada jugak yang aku baru je cipta sekelip mata tadi.haha.
1. nak jadi ejen jualan semua yang ada.ha ha ha.macam cosway ngan avon.haha. (tetiba tertanya-tanya,belajar ke meniaga yang jadi sampingan sekarang?hahahaha)
2. seriously nak slim balik.semua orang tegur pasal saiz aku skarang.mak pon cakap gitu tapi disebabkan aku anak yang genius,aku cakap: dah genetik..nak wat cana..haha
3. nak sediakan satu organizer yang akan aku catat semua benda penting.
4. nak belajar menari.seriously.tambah-tambah tarian tradisional.aku ni jenis pantang dengar lagu joget ke..zapin je..rasa macam nak bergoyang je badan.haha.ye..aku tau aku keras..sebab tu la nak belajar kan..
5. nak kumpul duit nak beli satu heels baru.
6. nak serious menabung dalam ASN.hehe.
7. nak belajar buat western foods.
8. nak mencari diri yang hilang sejak 8 tahun lepas...

 style tak azam-azam aku?haha

Nak Header Lawa!

ala..teringin sangat nak ada header yang cute!
nak belajar guna photoshop pun xreti-reti jugak..

tolong..

Tora the Explorer

err..pernah ke aku cerita pasal budak sorang ni?introducing..sahabat yang paling lama aku berkawan..sejak kami berusia setahun lagi, Siti Mastura Abdul Razak yang aku panggil Tora je.haha.dulu dia marah jugakla aku panggil tora sebab dia cakap,nama tu takde klas.haha.eleh..hahaha

tora ni kan,aku ingat lagi,aku dengan dia satu tadika tapi sekolah rendah ngan menengah tak sama.sekarang dia nurse,aku cikgu.tapi kami cukup sekepala.semua benda,dari sekecik-kecik benda sampai yang besar-besar,semua aku share ngn tora.pendek kata,kami memang membesar sama-sama la.

sekarang pun,kalau ada kenduri ka..apa ka..memang p sekali la.dulu (sampai tahun lepas) kami still naik beskal.haha.bajet ayu apanya..dah sorang pon xreti bawak moto!!tahun ni boleh la aku ngan dia berjengket bawak moto ngan skuter.haha.



tora,sayang hg sangat2!aku nak jadi pengapit hg jugak2 nanti.haha

muhammad fazlin bin abd rahim???siapakah insan ini??

hmmm..kalau nur fazlin aku kenal la..haha.tpi gender tu payah nak dipastikan.haha

December 7, 2010

Perlis Permai Lagi Mempersona

hari Ahad lepas,aku Wani ngan As pegi rumah Didi..schoolmate kami yang lebih kurang 3km je kot jaraknya dari rumah aku.tengok la gambar ni.lawa kan?


selain daripada pipi tembam aku,tolong cakap kampung aku lawa!haha

Keistimewaan Kidal

aku sifatkan entri kali ni berilmiah sebab aku nak cerita pasal hasil pembacaan aku tadi.dia cerita pasal pakwe dia kidal.dia cakap,orang kidal ni kreatif..tapi yang aku geram sangat,bila gaduh ngan pakwe dia,dia cakap: tau x orang kidal ni pendek umo??

sentap!!

meh sini aku nak cerita sikit pasal si kidal-kidal ni.buka mata,buka minda

memangla golongan kidal adalah golongan minoriti dalam dunia..dalam peratusan perempuan yang kidal adalah jauh lebih sedikit daripada peratusan lelaki.aku pon kidal..majoriti sedara mara aku kidal.hehe.best pe..haha
dulu aku sedih jugakla bila pakat cakap geng kidal ni pengotor.eleh..aku dengar cerita,di istana,raja nak tukang masak kidal tau sebab contohnya bila nak potong buah,dia akan pegang buah dengan tangan kanan dan pisau dengan tangan kiri.pembersih la tu..haha.menarik tak menarik tak?

kebanyakan peralatan memang dicipta untuk orang kanan.contohnya macam gunting..pisau..mouse..klim karipap..haha.sebab tu dikatakan orang kidal lebih kreatif sebab kena adaptasi dengan kekurangan ni.

orang kidal judak banyak menggunakan otak kanan.otak kanan ni macam otak kreatif la lebih kurang.tapi aku terkecuali la dalam kes ni.haha

oh,kalau tak salah aku,orang kidal menyambut perayaan hari Kidal sedunia pada 13 ogos setiap tahun.
ape lagi orang kidal,jom join kelab lefthanded sedunia so that boleh mintak cuti beramai-ramai masa tu.haha

ni list antara orang kidal yang ternama

1. Man Kidal - Pemain Gitar 

2. Asmawi Ani @ Mawi - Artis

3. Bill Gates - Usahawam/Jutawan (Microsoft) 

4. Julius Caesar -Roman General 

5. Amitabh Bachan- Pelakon 

6. Oprah Winfrey - Pelakon/ Host

7. Tom Cruise - Pelakon

8. Nicole Kidman - Pelakon

9. Barrack Obama - Presiden Amerika-Ke44 

10. Angelina Jolie - Pelakon

11. Nur Shaqirah Mat Isa - Guru Sains Terlatih

aku pernah nak belajar main gitar,tapi disebabkan aku kidal,akulupakan hasrat tu sebab gitar tu jadi terbalik bila aku pegang. (macam mana man kidal pegang?).aku jugak nak belajar anyam ketupat tapi tok malas nak ajar sebab aku pegang terbalik jugak  T_____T




fakta yang dipetik dari group kidal di facebook:

- Orang kidal mempunyai kelebihan dari segi teknikal skill.Contohnya sukan Badminton, Tennis; kerana orang kidal memegang racquets dgn cara yang berlainan. Ini menyebabkan pihak lawan sukar menjangka pergerakan yang di lakukan. 
- Researchers also claim that left-handed fighters are more skillful than right-handed fighters, as it is more difficult for opponents to foresee and block a punch thrown in the opposite direction. 
- Tahukah anda,daripada 5 orang yang mencipta komputer Macintosh, 4 daripadanya adalah orang kidal.



December 5, 2010

Sorry

pada yang follow,rasanya i dah follow u all balik.tapi tak gtau pon kt ur charbox.hehe
thnks to u all
lap u more!

Suddenly

tetiba teringat yang aku pernah masuk fashion show partner ngan eddie mazwan masa form4.pakai pakaian orang iban tapi aku tak leh beraksi sangat atas pentas sebab tergelak tengok pakaian dia.haha

tetiba teringat yang aku ni biro disiplin rumah yang pernah kena panggil dengan 27 kawan yang lain sebab ragging junior.haha


tetiba teringat yang aku sangat sukeee sticknotes dulu dan ada 3 kaler,oren hijau kuning


tetiba teringat yang aku pernah fanatik dengan warna biru


tetiba teringat menu dewan makan yang best!


tetiba teringat....teringat di suatu masa...

Siapa aku di sisimu - Hetty Sarlene

Hembusan angin bagai membawa berita..
Berita yang mengecewakanku..
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan..
Namun ku tabahkan hati ini..
 
Sayangku..
Ku tahu kau tak ingin begini..
Tapi kau..sanggup lakukannya..
Betapa..hatiku hancur musnah berderaian/berderai..
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaanku..


Kerna cintakanmu kujadi begini..

Kerna sayangkanmu kutelan semua..
Betapa hebatnya kau dihati ini..

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..

Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Disisimu..

Kuharap suatu hari kaukan mengerti kasih..

Siapa diriku di sisimu..
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai..
Ia bagai angin yang berlalu..


Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..

Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di hatimu..
Kasih..


Kenapa kau tak pernah fikir hatiku..

Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Di sisimu..di sisimu..
Aku di sisimu..


what did you think about me ?

u r one serious-stupid-joker-person ha ha ha

setelah lama menyepi!

`wee..dah lama yang teramat rasanya aku dah update blog.geram betul..rasa geram sebab beli modem P1Max tu pun  ada.yela..tak dapat coverage kt sini.apa?tempat aku ulu?cakap bebaik sikit eh..kawan aku cakap,kakak dia kat Sungai Besi pun tak dapat coverage tu.haha.moral of the story?survey dulu sebelum beli..nanti menyesal macam aku ngan paah.kalau aku tau,dah lama aku pakai broadband biasa mcm Celcom tu.
Cuti dah nak dekat dua minggu rasanya.kalau aku tak salah la.teringat paper last ritu,aku buat tindakan  berani mati dengan keluar dewan periksa pas SEJAM je menjawab paper tu.masa ada lagi sejam setengah.gila.final exam kot.tapi aku malaslah nak fikir panjang..kalau dah habis tu,keluar ajelah.tunggu apa lagi.aku takkan dapat ilham last minute punya untuk jawapan bagi soalan yang aku tak tau.hakikatnya aku memang tak tau sebab untuk paper last ni,aku stadi pukul 3 pagi hari nak exam.exam waktu petang tu.cuba kita fikirkan bersama,sempat ke aku cover semua topic?sila jawab.haha.jadi apa guna aku membijakkan diri stay situ padahal otak aku memang blur?
Sila jauhi perangai aku yang suka ikut kata hati.ala..ni bukan kali pertama aku buat macam ni..haha
Balik rumah ada hari raya haji.abang aku tak balik kali ni.tak dapat cuti.tapi sekarang ni dia mesti seronok punya..kerja tak cukup setahun lagi tapi dah naik pangkat sekaligus gaji naik sekaligus pindah tempat.dia kena transfer g Kuala Terengganu.bestla.pasni kalau aku ada duit lebih sikit pastu aku bosan pastu kakak adik aku ada duit,boleh pergi sun bathing kat Pulau Perhentian atau Pulau Redang.haha.cantik!kumpul duit dari sekarang
Balik rumah jugak mak membebel suruh aku habiskan lessen moto sebab tahun depan nak terus ambil lessen kereta.aku sebenarnya agak kurang yakin nak buat brek kecemasan masa test nanti..sebab tu aku lengahkan.aku takut terpelanting kat jaring depan tu.oh mintak simpang.tapi dalam tak tak berani aku,dah banyak tempat jugak la aku dah pegi bawak moto sendiri.siap bawak abah kakak adik adik siap.haha.heaven beb!ni buat aku makin tak sabar nak ambil lessen kereta nak bergerak sendiri.
Lagipun,selama mana aku tak reti nak bawak pape kenderaan selain beskal n kereta sorong kan?
Oh,bungkusan amir dah sampai.dia belikan aku kain n tudung warna pink.hehe.kat mak pon ada dia belikan tudung tapi tersangat labuh melebihi paras pinggang.mak gelak je masa try pakai.mak kata,menantu ooo menantu..insaf2.hahaha
Hehehe.seronok pulak aku menaip ni kan?banyak benda la aku nak cerita..
Perniagaan katalog aku?alhamdulillah..paksu aku siap order kasut dua pasang sekali order.pastu dia nak order lagi.alhamdulillah..sekali dapat komisen pun paling rendah dalam rm40..pernah sekali aku dapat dekat rm100.mungkin orang lain cakap sikit tapi bagi student macam aku,jumlah tu kira berbaloibaloi sebab tak payah nak promote lebihlebih.pas je katalog tu kat orang,ambil order,ambil barang,ambil duit.tapi aku still berfikir macam mana nak luaskan empayar perniagaan.

December 2, 2010

November 15, 2010

2 years 2 months 2 weeks

counting the days.actually,cadang nak tulis post ini on 2 years 2 months 2 weeks 2 days.mean 2 days from now.tp rini dah nak balik rumah.takut tak dapat online.err..raya kan hari tu!

untuk cinta hati,Mohamad Amir Mohamad Saedy..2 tahun mungkin tak lama bagi orang lain..tapi untuk kita yang banyak diuji,banyak diduga..walaupun dapat restu family tapi adanya dugaan lagi..terima kasih sebab masih mengukuhkan kesetiaan dan kasih sayang itu..walaupun kadang-kadang ayg datang taufan puting beliung segala macam,abg still bersabar.sori...T_____T

terima kasih.untuk sanggup datang ke Kedah dari Perak sekerap mungkin.jauh..dan maafkan ayg sebab selalu je abg sampai awal dan tunggu ayg..pastu kena belanja pulak nasi kandar.aish..sebenarnya,tiapkali dah nak balik,ayg rasa risau sangat..dh petang,mesti abg akan pecut moto laju2..ayg risau..ayg tak henti-henti doakan keselamatan abg..abg jaga diri ya!

terima kasih kerana selalu ada di sisi waktu susah dan senang..rasa sangat disayangi bila tiapkali ayg hntr mcg cakap ayg ada masalah dan nak mengadu,abg akan cakap macam ni:ape dia sayang..meh2 ngadu kat abg,cakap kt abg...seriously rasa disayangi yang amat..thnks dear!

cerita kita mungkin bukan macam kapel lain yang kawan..bercinta..selalu jumpa..tak.kita bukan macam tu.kita tak pernah bercakap walau 3 bulan di PLKN.awal-awal dulu ayg selalu merungut kenapa abg tak confess awal-awal yang abg suka ayg sejak dari minggu pertama lagi tapi sekarang ayg yakin,ALLAH punya agenda yang tersendiri.kisah cinta kita tercatat begini.tapi ok ape..surat dari abg dah sekotak penuh kot!

semua orang cakap ayg beruntung dapat abg.siap ada boy cakap,amir tu umpama permata,payah nak jumpa lelaki sebaik dia.tapi kenapa takde orang cakap abg untung dapat ayg? T____T

sejak kapel ngn abg la ayg mula fanatik dengan nasi kandar,kalau tak,ayg tak boleh sentuh langsung makanan yang pedas dan nasi yang melaut dengan kuah macam nasi kandar tu.tapi kan bang,serius..tak sama nasi kandar yg ayg beli sendiri dengan yang abg belanja sebab ada kasih dalam nasi tu.ala..bukan kasih dari mamak la!tolongla paham

abg,
abg tau tak,tiapkali abg cakap negeri yang paling cantik adalah Perlis,ayg rasa happy sangat-sangat.tiapkali ayg dengar abg jerit dari jauh,mak..menantu mak kirim salam!..ayg rasa bahagia sangat-sangat.tiapkali abg mintak izin nak telefon mak abah..tanya kabar mak abah,ayg yakin abglah calon terbaik untuk ayg,walaupun ayg ganas T____T

terima ksih sebab selalu cakap,abg terima ayg seadanya.terima kasih sebab cakap,abg terima kiah silam ayg (bukan kisah hitam okee.tolonglah paham).terima kasih sebab selalu berkongsi ilmu agama dengan ayg.terima kasih sebab buat mak abah percaya dengan abg dan tak pernah komplen bila ayg cakap nak keluar dengan abg (jangan tak tau yang mak aku siap buat makanan untuk aku bawak kat amir and tak bagi adik aku ikut keluar jumpa amir sama.haha).dan yang paling penting,terima kasih sebab yakinkan ayg bahawa abg adalah yang terbaik!

mintak maaf sebab selalu menberontak..mintak maaf sebab selalu keras kepala..mintak maaf sebab kadang-kadang selalu menangis tak tentu punca.hehe.ayg malu nak mengaku sebenarnya..sebab mesti nanti orang cakap ayg tak sesuai untuk abg,eleh..ape kisah.haha.kita lebih tau tentang hubungan kita,bak kata Mila,Aku Lebih Tahu tapi ayg jauh lebih tahu dari Mila.

ayg doakan hubngan ni akan kekal bukan setakat setahun dua lagi tapi untuk selama-lamanya.ayg ikhlas berdoa..semoga abg jodoh ayg dunia akhirat,amin...


 kita mungkin berbeza..tapi perbezaan itulah yang menyatukan kita.
Permata yang dicari selama ini telah kutemui..



November 14, 2010

antara kegilaan lagu korea dan lagu asli

aku takde la layan sangat movie.aku tak layan pape pon.nivel pon kurang jugak mendapat mesra dari aku.cuma bila aku dilanda kebosanan yang amat,baru aku akan menempik satu blok paksa sapa ada movie baru suru bawak mai bilik aku.okee.aku tipu.aku pegi cari diam-diam kat bilik orang lain je.

kegilaan aku terhadap novel melayu sampai novel mencari cinta yang aku penah tulis sebelum ni aje.novel tu dah lama.sejak dari aku zaman sekolah menengah lagi.novel inggeris still aku giat baca n selalu jugak pinjam dari perpustakaan.latest aku baca tajuk Jimmy's Girl.best!time orang baca Kimia,aku baca novel.

drama korea plak,aku hanya gila Winter Sonata.yang lain tengok gitu-gitu aje la tapi semenjak dua menjak ni,aku tak tengok langsung dah.cerita jepun pun adik beradik gak la.cuma khamis lepas aku tengok cerita Akai Ito.best!tapi sampai dua episod ajelah.hehe.

aku tak fikir aku kolot dengan tak pernah dengar lagu korea selain dari sountrack certain dramas n movies.aku tak kisah kalau aku tak kenal langsung band dari Korea.aku lagi kisah kalau orang gelakkan aku sebab selalu dengar lagu asli.haha.ape la sangat diagungkan lagu luar kalau dengar lagu asli negara kita tapi cepat-cepat tutup telinga,tukar channel dan gelakkan orang yang dengar?

ye tak?


GiveAway dari Suffahbeautyshop

dalam sibuk-sibuk macam ni,sempat lagi aku join GA and contest kali ni dari Suffah Beauty Shop.hadiah dia?hebat!aku aim semuanya.hahaha.amin..mintak2 dapat la

ni details GA tu:
Hadiahnya ialah:-
1st - 1 pek EVE 6000mg Collagen berharga rm79.00 
2nd - Figure Up Slimming beharga rm68 
3rd  - Jungong Detox White Patch untuk 1 bulan berharga rm60

Syarat penyertaan:
  • mestilah menjadi follower di SUFFAH BEAUTY SHOP dan FIGUREUP2U
  • buat satu special post mengenai giveway ini di blog/web peribadi anda dan tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen entry ini
  • jika anda memenangi cabutan bertuah ini, barang akan di kurier terus direct pada anda. Hanya 3 pemenang dipilih
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 26/11/2010 - my birthday la hehe .. jam 11 malam.
  • Pemenang bertuah akan diumumkan di sini pada 28/11/2010
 menarik kan?apa lagi!jom ramai-ramai join di sini

Esok balik tapi betul ke rabu tu raya??

a'a.betul la tu rabu raya.tapi tak rasa langsung nak raya.ritu ada telefon mak,mak cakap nak buat nasi masa raya ni.aku dah start memikir nak buat nasi apa lauk ayam nak masak macam mana sebab mesti,sah sangat dah aku yang kena masak.aku rasa nak buat ayam masak mrah aje kot dengan nasi putih.nasi berwarna ni tak puas makan la..pastu buat acar.cukup la kot.

tadi bukak email.dapat 1 email dari DHL service.dia cakap aku ada parcel tapi due to several problems (aku rasa masalah berkaitan alamat kot),parcel to dikembalikan ke pejabat dia balik.eh2,aku peli la jugak,aku mana ada beli pape or langgan pape secara online.parcel apa pulak ni?err..tapi betul ke semua ni?

sapa nak buat lawak pulak ni..

24 minutes survey


answer all the question honestly. 
No lying or cheating

Starting time : 2.16 a.m

Name : Nur Shaqirah Mat Isa
Brother(s) : 1 older bro, 2 younger bros
Eye colour : Grey due to cataract.hahaha 
Shoe size : 4 or 4/12
Hair  just like a bee hive
Piercings : Yes.
Height : 149
What r u wearing now : Pyjama
Where do you live :currently in Jitra
Favourite number : 8
Favourite drink :thick ice-milo
Favourite breakfast : Jacob weetameal with hot milo

Have u ever
1. Broken a bone :Fried chicken's bone? (valid tak?haha)
2. Been in a police car : Nope n hopefully never!
3. Fallen for a friend : amir was my friend. so the answer:yes
4. Fallen for a guy/girl in a short period of time :Yes
5. Swam in the ocean : Nope
6. Fallen asleep in school :Always
7. Broken someone's heart : i think so
8. Cried when someone died : Yes
9. Sat by the phone all nite waiting for someone to call :yes
10. Saved e-mails : email from P1Wmax:my internet bill
11. Been cheated on :sure
What
1. Your room look like : Hectic!
2. What is right beside u : curtain
3. What is da last thing u ate : nasi goreng kampung

Ever Had
1. Chicken pox : twice!
2. Sore throat :rarely
3. Stitches : No
4. Broken nose : No

Do You
1. Believe in luv at first sight :no
2. Like picnics? : of course!

Who
1. Who did u last yell at : my teddy bear
2. Who was the last person u danced with : amir, sorry for mention dis: Zul, our PLKN member during tradisional dinner
3. Who last made u smile : amir

Final Questions
1. What r u listening to right now : fan
2. What did u do today : today is a new day already a new day so i was only performed my Isya'prayer
3. Are u the oldest : Middle
4. Indoors or outdoors : Both

Today did you
1. Talk to someone u like? : Yes
2. Kiss anyone? : no
3. Sing : Yes
4. Talk to an ex? : No.i dont have any ex
5. Miss someone :sure!
6. Eat : Yes

Last person who
1. You talked to on the phone : amir
2. Made u cry? : amir
3. Went to the movies with? : paah,intan and kimah:new moon
4. You went to the mall with? : paah
5. Who cheered u up? : Family and as asiah amir

Have u
1. Been to Mexico : No 
2. Been to USA? : No

Random
1. Have a crush on someone :yes
2. What books are u reading right now :Basic Movement; PJ
3. Best feeling in the world : whenever i hear my family,friends and amir's laughter
4. Future kids name : must start with ANNUR
5. Do u sleep with a stuffed animal : Yes. a giant bear and a cow
6. Whar's under ur bed? :books,toaster,shoes
7. Favourite Sport(s) : i never love sports
8. Favourite place :beach
9. Who do u really hate? : hypocrite people
10. Do u have a job? : student.agent for catalog shop
11. What time is it now? : 2.35 a.m

Award Beatiful Blogger dari Sis Mzhany


first award yang aku dapat.sedih kan?haha
so,thnks a lot kepada Mzhany..sebab sudi bagi award ni kt saya
kena tulis pasal diri sendiri ye?

- love pink,ruffle,lace,seashell,cook and eat very much
- a future teacher 
- a lefthanded person
- wish to have a machine that can grant every of my single wish!

i tag 

angah ainul
as eleyana
faizah nordin
syifa nordin











Sayang,u owe me new jeans,blouse and gladiator!

tadi dok meluahkan rasa kecewa kat amir..kan bagus kalau aku ada lesen kereta..kumpul duit sikit-sikit beli kereta 2nd hand pun dah Alhamdulillah..senang nak berulang alik..pasni nakkena duduk rumah sewa,pastu nak keluar sekolah pergi praktikum lagi..mesti kena ada kenderaan.takkan aku nak chartered teksi tiap hari nak pergi sekolah?no!

aku yakin,aku akan menggeletar lutut yang amat time nak drive nanti.tapi sampai bila aku tak nak ada lesen kereta?aku kena yakin..sampai bila aku nak duduk kt passenger seats??

so..untuk naikkan semangat aku,amir cakap,dia akan hadiahkan a pair of jeans,blouse and shoes.untuk kasut tu,aku pilih gladiator sebab aku dah ada heels,flat,sandal and wedges.gladiator aje takde lagi.

apa sayang?u tak tau gladiator?bunyi macam alligator?ok2..untuk kemudahan u (cett.macam sah2 je dapat lesen), i google untuk u ok!


 sayang,ni la ghupernye gladiator.haha.ganas tak ganas tak?


 blouse or mini dress kena warna pink!ada ruffle,lace..i like!

jeans bow cut ye!


hahaha.
kalau macamni,aku nak ambil lesen bas terus la!ntah2 dapat banglo!